Part 1 - Bab I

277 5 0
                                    

Adam memandang meja Makeda yang kosong. Menurut gadis penyambut tetamu sudah tiga hari Makeda tidak masuk kerja tanpa sebab. Dia juga tidak meninggalkan apa-apa pesanan. Segala temujanji Makeda juga terpaksa ditangguhkan. Ke mana Makeda menghilang?

Adam cuba menghubungi telefon genggam Makeda tetapi suara cik telco yang menyambutnya. Makeda gagal dihubungi. Pelik dengan kehilangan Makeda. Jarang sekali Makeda tidak masuk pejabat atau bercuti kecemasan. Bahkan semua kakitangan tahu bahawa firma ini merupakan rumah kedua Makeda. Ada juga memanggil Makeda dengan 'mak cik guard firma' kerana dia paling awal datang pejabat dan orang terakhir yang pulang.

"hari pertama Makeda tidak masuk pejabat awak ada hubungi dia?" Adam memulakan soal siatnya dengan gadis penyambut tetamu.

"selepas dua jam waktu pejabat saya ada hubungi dia. Makeda sepatutnya hadir ke mesyuarat dengan jurutera pukul 9 pagi tetapi jurutera memaklumkan saya bahawa Makeda tidak hadir," jawab gadis penyambut tetamu.

"jadi awak dapat bercakap dengan dia?" Adam berdebar menanti cerita seterusnya.

"saya dapat hubungi telefonnya tetapi tiada suara yang jawab. Saya ada hubungi dia beberapa kali selang sejam tetapi tidak berangkat," ujar gadis penyambut tetamu dengan riak wajah risau. Adam menghembus nafas dengan berat. Ada sesuatu yang terjadi terhadap Makeda.

"berikan alamat rumah Makeda. Saya akan ke rumahnya dan beritahu Martin, saya pergi cari Makeda." Adam mengambil keputusan untuk rumah Makeda. Dia inginkan kepastian. Walaupun kebarangkalian Makeda ada dirumah rendah namum Adam perlu periksa terlebih dahulu.

Sekiranya Makeda tiada di rumah, Adam merancang untuk melaporkan kehilangan Makeda pada pihak polis. Ini kerana sudah tiga hari Makeda hilang tanpa berita. Namun Adam berdoa dalam hati semoga Makeda selamat. Hatinya berasa kurang enak memikirkan tentang Makeda.

Adam tiba di hadapan rumah Makeda. Adam nampak kereta kecil Makeda berwarna merah di tempat letak kereta. Makeda pernah memberitahu Adam bahawa dia tinggal di studio apartment dan tinggal sendiri tanpa teman. Adam menekan loceng rumah Makeda. Tiga kali Adam tekan tetapi tiada jawapan. Adam menanti di hadapan pintu selama sejam. Otakya ligat berfikir tentang keselamatan Makeda.

"tolong cek untuk saya, orang patut dihubungi ketika kecemasan. Terima kasih," perasaan ingin tahu Adam semakin bertambah setelah dia mendapat tahu tuan rumah adalah orang yang patut Makeda hubungi ketika kecemasan. Bukan ahli keluarganya yang terdekat. Ada sesuatu tentang Makeda yang Adam tidak tahu. Tanpa lengah lagi, Adam menghubungi tuan rumah Makeda terlebih dahulu. Berkenaan ahli keluarganya, Adam akan selesaikan kemudian.

"Makeda!," jerit Adam setelah tuan rumah datang membuka rumah Makeda. Rumah Makeda kemas dan kosong. Tiada tanda rumahnya dicerobohi atau dirompak. Ini bermakna Makeda selamat dari sebarang jenayah.

"Hello!," seru tuan rumah. Adam segera menghampiri tuan rumah. Nampaknya tuan rumah menjumpai Makeda. Makeda bersembunyi disebalik duvet.

"jangan buka!," jerit Makeda lemah apabila Adam cuba menarik duvet. Adam berhenti menyelak duvet tersebut.

"kenapa Makeda?," soal Adam lembut.

"dapatkan shawl untuk saya dalam closet,"Adam patuh dengan arahan Makeda. Makeda tidak berhijab dan bersembunyi di balik duvet. Sambil menanti Makeda mengenakan shawl, Adam sempat mengimbas seluruh studio Makeda. Ada gambar keluarganya tergantung di dinding. Tetapi kenapa bukan ahli keluarganya orang yang patut Makeda dihubungi ketika dalam kecemasan? Persoalan tersebut bermain-main dalam minda Adam.

"Adam, maaf." Seru Makeda. Makeda sudah sedia bertemu Adam. Makeda cuba bangkit namun dia sangat lemah.

"jangan! Awak baring sahaja. Maafkan saya. Saya tidak tahu awak sakit," Adam menahan Makeda apabila melihat wajah Makeda yang pucat. Ingin sekali dia menyentuh dahi Makeda untuk memeriksa suhu badan Makeda tapi Adam menghentikan niatnya. Adam tahu Makeda sesekali tidak akan membiarkan lelaki menyentuhnya walaupun dia sakit.

Adam berfikir lagi. Apa yang harus dia lakukan sekarang? Makeda sesekali tidak akan membiarkan Adam mengangkatnya untuk dibawa ke hospital. Makeda sangat keras hati apabila dia berhadapan dengan lelaki. Sudah tiga tahun Adam bekerja dengan Makeda. Dalam tempoh itu dia mengenali Makeda untuk menghormati agamanya.

"hello, saya perlukan ambulans," Adam mengambil keputusan menanti paramedik membawa Makeda ke hospital. Walaupun Adam tidak tahu sakit yang dialami Makeda tapi Adam pasti Makeda sangat lemah. Makeda perlu dapatkan rawatan dengan segera. Adam juga tidak tahu sudah berapa lama Makeda menahan sakitnya.

"doktor suspek dia mengalami denggi. Kami akan cuba menurunkan suhu badannya terlebih dahulu," ujar jururawat kepada Adam setelah Makeda diberi rawatan sebaik sahaja mereka tiba dihospital.

"sila daftarkan pesakit nanti," tambah jururawat. Sebelum bergerak ke hospital Adam sempat mencapai dokumen Makeda.

"dia ada insurans perubatan?" soal jururawat di kaunter pendaftaran. Adam membelek dompet Makeda. Identity kad, ATM kad, kad keahlian, voucher makanan dan kupon diskaun tetapi tiada kad insurans perubatan. Adam mengeluh dan memandang jururawat di hadapannya.

"kalau tiada bagaimana?" soal Adam.

"kalau tiada, encik perlu membayar deposit terlebih dahulu." Jururawat menerangkan tentang prosedur pendaftaran dan pembayaran. Makeda tiada insurans perubatan? Adam merasakan ini bukan Makeda yang dia kenal. Makeda yang dia kenal sangat teliti dan tersusun urusannya.

Setelah selesai urusan pendaftaran, Adam menanti Makeda sedar. Doktor telah selesai melakukan pemeriksaan keatas Makeda. Untuk tempoh 24 jam ini, pihak hospital akan memeriksa bacaan darah Makeda.

Adam merenung Makeda yang tidak sedarkan diri. Adam mendapati Makeda sedikit kurus akibat jatuh sakit. Adam tertanya siapa kawan rapat Makeda? Adam tahu Makeda baru sahaja seminggu masuk bekerja setelah 6 minggu bercuti pulang ke Malaysia. Begitulah rutin Makeda sepanjang tiga tahun dia bekerja di firma. Hanya 6 minggu sahaja Makeda memohon cuti. Tidak pernah kurang atau lebih.

3 hari sebelum Makeda hilang, Makeda ada mengadu pada Adam sebelum pulang bahawa dia berasa sangat penat dan badannya sakit. Adam pula merasakan Makeda hanya berasa kurang motivasi setelah 6 minggu bercuti. Bila dia memikirkan kembali, Makeda tidak pernah sakit dan tidak pernah ambil cuti sakit. Makeda sangat kuat bekerja.

p/s: cuba mengisi masa dalam tempoh PKP ini. cerita ini masih belum ada penamat. Mula menulis dalam tahun 2017-2018. Masih belum ada semangat untuk menyiapkan cerita. Kalau ada komen yang baik-baik mungkin akan diteruskan untuk bab seterusnya untuk 2 minggu akan datang. Terima kasih sudi baca. 

Seribu Tahun Satu KebahagiaanWhere stories live. Discover now