Adam masuk pejabat. Pagi Isnin kali ini luar biasa berbanding pagi yang lain. Wajah gembira Makeda menyambutnya. Adam tersenyum. ini bermakna misinya menghalau Makeda dari datang ke pejabat minggu lepas berjaya.
"good morning, how it's going Makeda?" tegur Adam. Makeda ralit di meja tidak menyedari Adam baru sampai. Makeda menjawab tetapi wajahnya masih fokus pada monitor komputer. Adam tidak kisah dengan reaksi Makeda. dia meletakkan beg kerjanya dan menekan butang ON. Pada jam seterusnya, Makeda terus sibuk dengan projek yang diuruskan. Wajah ceria Makeda semakin pudar bertukar tegang.
Ada perubahan tarikh hantar tender dan ada beberapa penambahan senarai untuk detail drawing untuk projek Rumah warga emas. Ramai pembekal mencari Makeda kerana ada masalah teknikal untuk Projek Renovasi Bajet Hotel. Makeda jadi kalut. seminggu dia bercuti kerjanya bertambah. Dia pening kerana tidak tahu yang mana harus dia lakukan terlebih dahulu. Dia harus menyemak balik status projek yang dia uruskan.
"makan tengah hari Makeda?" tegur Adam. Makeda pula hampir terlupa kalau tidak diingatkan oleh Adam. Adam tarik kerusi Makeda apabila Makeda tidak berganjak. kaget Makeda dengan tindakan Adam. Adam senyum.
"makan!" seru Adam sekali lagi. Makeda menarik laci mejanya. Dia mengeluarkan bekal makan tengah harinya.
"untuk saya?" soal Adam. Dia sengaja mengusik. Makeda jeling. Dia tidak paham sikap Adam yang tiba-tiba suka mengusiknya. Sebelum ini, Adam akan keluar beli makanan tengahhari dan sama-sama makan di pantri. Budaya pejabatnya berbeza, masing-masing lebih suka makan di pantri dan sanggup beli kemudian bawa balik makan di pejabat. waktu makan tengah hari adalah waktu mereka membina hubungan sesama ahli.
"kenapa tak keluar beli hari ini?" kali ini Makeda menjual soalan pada Adam sambil mereka bergerak ke pantri.
"sebab hari ini, saya tak mahu keluar," ringkas sahaja jawapan Adam. dia mahu mematikan topik tersebut. Dalam fikiran Adam, ada sesuatu yang dia nantikan dari Makeda. Dia tidak pasti adakah Makeda sedar atau tidak.
"habis, macam mana awak nak makan?" risau pula Makeda. Dia tahu Adam jenis mudah lapar. boleh ke dia tahan lapar? Makeda jadi tidak senang hati. Dia tidak suka makan sedap dan kenyang seoang diri tetapi Adam kebulur melihat dia makan. Makeda nampak Adam sibuk buat kopi. minum kopi ketika perut kosong tidak elok. Dia risau kalau Adam diserang gastrik nanti.
Makeda mengambil penutup bekalnya ganti pinggan untuk Adam. Dia bahagi separuh isi bekalnya. Adam hanya memerhati tindakan Makeda. Makeda menolak penutup bekal pada Adam. Adam memandang kosong. tidak mengerti. Makeda beri sudunya pada Adam. Adam masih kaku.
"makan, Adam. kongsi makanan saya." Adam pula terkedu dengan tindakan Makeda. Dia tidak berharap untuk kongsi makanan Makeda. Dia serba salah.
"saya makan sikit pun kenyang. jangan risau," ujar Makeda. jawapan Makeda menghapus rasa bersalah dalam hati Adam. Adam mula menyuap makanan. Makeda pula makan dengan tangan. Makeda tidak sedar Adam memerhati perbuatan Makeda. Makeda sanggup berkorban untuk senangkan hati orang lain.
"kenapa awak makan dengan tangan, Makeda? awak boleh ambil balik sudu awak ni," Makeda berhenti makan sekejap. Makeda menolak dan menerangkan dengan ringkas pada Adam bahawa dia lebih suka makan dengan tangan. sekali lagi Adam dikejutkan dengan sikap Makeda.
"Makeda, did you forget something that you need to submit to me today?" soal Adam sebelum Makeda pulang. buat pertama kali, Makeda pulang awal. melihat Makeda bersiap, Adam cuba menghalang Makeda dari terus pulang. Ada sesuatu yang dia tunggu dari Makeda.
"what?" Makeda cuba mengingat. Seingat Makeda, dia tiada apa-apa urusan dengan Adam sama ada urusan pejabat atau peribadi. Adam seperti terkilan dengan reaksi Makeda.
"Homework that I give to you last week. You should give me the report," beritahu Adam sahaja. Bulat mata Makeda. Makeda ingat Adam hanya bergurau dengan memberikannya list tersebut. walaupun diam-diam Makeda buat seperti yang disuruh Adam.
"its okay, I just wondering to who you write love letter?" Makeda pandang Adam. Adam tidak kisah Makeda lupa tetapi senarai yang terakhir itu disebut Adam. Ini bermakna Adam ingat 'bucket list' tersebut. Makeda geleng kepalanya. dia tidak tulis lagi surat cinta pada yang dikasihi. Dalam senarai yang Adam beri, senarai yang terakhir Makeda abaikan.
Makeda masih belum jumpa orang yang benar-benar dia kasihi. Dia pernah jatuh cinta tapi tidak bercinta. baginya Makeda rasa cinta yang pernah dia alami hanya perasaan cinta monyet. adakah perlu dia tulis surat cinta pada orang dia kasihi. adakah orang yang dia kasihi itu adalah belahan jiwanya? seminggu bercuti dia masih belum pasti rasa hatinya.
"you can write it tonight and give it me tomorrow," tambah Adam. walaupun tiada paksaan dari Adam, Makeda ambil serius dengan permintaan Adam. Makeda cuba senyum. sebelum dia pulang, dia meletakkan buku nota kecil atas meja Adam. Adam tersentak. Adam nampak Makeda sudah keluar dari pejabat. pertama kali, Makeda 'tinggalkan' dia.
Adam menatap buku nota kecil Makeda. Jurnal Trip Makeda. Adam belek pada muka surat pertama. Makeda tampal bucket list degan salotape comel. setiap aktiviti yang Makeda buat ada gambar. ada catatan tetapi Adam tidak faham. barangkali bahasa melayu. Adam tahu bahasa melayu bahasa pertama Makeda. Adam gelak kecil. patutlah Makeda berani beri buku nota kecil ini. yakin sungguh dia yang Adam tidak akan faham apa yang ditulisnya.
Namun, senarai terakhir itu masih jadi tanda Tanya Adam. Surat untuk yang dikasihi bakal ditujukan kepada siapa. Siapakah orang yang Makeda kasihi? Adakah Makeda mempunyai kekasih? Kalau ada, siapa? Perasaan ingin tahu membuak-buak. Kalau ada, kenapa tidak dikenalkan? Orang Malaysiakah? Adam tiada jawapan.
Adam ulang sekali membelek lagi buku nota kecil yang ditinggalkan Makeda. Kali ini Adam tilik satu persatu. Setiap catatan ditulis tangan. Tulisan tangan Makeda tidak lah cantik tapi kemas dan menarik. Gigih sungguh Makeda buat jurnal trip ini. Mungkin dia benar-benar bosan bila dipaksa cuti.
Sebenarnya Adam tidak tahu apa yang patut dia lakukan dengan buku nota kecil Makeda. Dia bukanlah cikgu untuk memberi penilaian hasil kerja Makeda. Cuma dia ingin Makeda tahu banyak perkara yang boleh Makeda lakukan ketika masa lapang. Bukan hanya kerja semata-mata. Adam melihat jam, pejabat sudah kosong dan malap. Beberapa lampu sudah dipadamkan Makeda sebelum dia pulang. Adam mengemas mejanya. Buku nota kecil Makeda Adam simpan dalam laci mejanya. Laci khusus untuk barang peribadinya. Andai kata suatu hari Makeda meminta buku nota kecilnya kembali, Adam akan kembalikan semula kepada tuannya. Sebaik sahaja skrin monitornya gelap, Adam terus keluar. Pulang.
P/s: Bahagian pertama ini pendek sahaja babnya. kalau rasa ingin dipanjangkan boleh beri cadangan dalam komen untuk penambahan plot. terima kasih.
YOU ARE READING
Seribu Tahun Satu Kebahagiaan
Художественная прозаcerita tentang Adam dan Makeda. Walaupun sudah berkawan beberapa tahun, Adam langsung tiada perasaan terhadap Makeda sehinggalah Makeda tiba-tiba MIA. Makeda pula terlalu fokus terhadap hidup dan kerjayanya hingga lupa pada perasaan sendiri.