Part II - Bab V

33 1 0
                                    

Makeda tersenyum membaca pesanan WhatsApp dari Adam. Awal pagi Izzudin telah menjemput Adam pergi jalan-jalan di Melaka. Dalam hati Makeda masih ada rasa bersalah kerana tidak dapat membawa Adam berjalan-jalan seperti yang dijanjikan sebelum. 

-Izudin had picked me up. We are going to site visit first. I never thought I will have site trip in Malaysia. So excited.  

- Enjoy your day! 

Pukul 7 pagi Makeda sudah bergerak ke hospital. Dia perlu berebut untuk dapat tempat letak kereta. Nasib dia baik tempat letak kereta yang selalu dia letak masih kosong walaupun kereta masih bersusun masuk mencari tempat letak kereta.  Jadi, Ibu dan Walid takkan tunggu lama di pintu utama.Tadi dia sudah pun tinggalkan Ibu dan Walid di pintu utama terlebih dahulu. Semua dokumen masih dipegang oleh Makeda, jadi Ibu dan Walid masih perlukannya untuk membuat pendaftaran. 

Makeda lihat jam pada telefon pintar. Pukul 9, giliran masih belum tiba. Makeda keluar mencari sarapan untuk ibu dan dia. Dia merasakan temujanji hari ini akan mengambil masa. Tempat menunggu juga penuh dengan pesakit lain. Begitulah rutin dia setiap kali temu janji Walid. Ada masa dia antara pesakit yang dipanggil. Kalau ada kes lebih utama, Walid akan dipanggil kemudian. 

Telefon Makeda bergetar. Adam berkongsi gambar dia dan Izudin. Sebelum Izudin bawa Adam bersiar-siar di Bandar Melaka, Izudin singgah dahulu ke tapak projek dibawah seliaannya. Izudin juga bekerja sebaga kontraktor. Projek dilawatnya adalah projek renovasi atau ubahan tambahan di bahagian dapur.  Projek yang diuruskan Izudin semua projek kecil-kecilan sahaja. Izudin juga macam Makeda. Ada latar belakang tentang seni bina dan kejuruteraan. Kerana tidak tahan dengan bebanan kerja dan asyik bertukar tempat kerja, Izudin memilih jadi kontraktor. 

i'm waiting Izudin. He is scolding the worker there something wrong with wiring. He seems not happy with it. 

Adam sempat berkongsi Izudin sedang memarahi pekerja. Makeda hanya senyum. Tidak membalas. Dia tahu Izudin serius dalam bekerja. Sebab itu Makeda senang bekerja dengan Izudin. Selepas Makeda pulang Australia dan mula bekerja sendiri, Izudin datang menemuinya. Izudin menawarkan beberapa projek pada Makeda. Kerana tidak begitu mengenali Izudin, Makeda menolak. Ibu dan Kak Mariah yang jadi orang tengah sebab Ibu kenal dengan arwah mak Izudin. Dan Izudin pula ketika itu, menerima banyak tawaran projek rumah persendirian. Izudin tidak menang tangan untuk menguruskan semua projek tersebut. Makeda pula ketika itu, baru saja memulakan perniagaan pertukangan kayu. Dia juga sendiri masih cuba menyesuaikan diri dengan perniagaan barunya. 

"Kak Mar bukan nak suruh Eda amik semua projek tu. Eda amik yang Eda rasa Eda boleh buat. Lagipun rugi la, kalau Eda biarkan skill Eda tu. Kurang-kurang Eda boleh buat macam latihan. Biar tak berkarat," Pujuk Kak Mariah. Kak Mar memang penyokong kuat Makeda untuk mencuba sesuatu baru. 

"Eda boleh duduk Australia dua-tiga tahun sorang-sorang, takkan projek kecil yang Izudin nak bagi tu Eda tak boleh buat?" Tambah Kak Mariah. 

"Ibu lagi suka kalau Eda buat kerja design-design rumah tu, sebab itu yang Eda belajar. Ibu tak nak Eda tinggal terus," Suara Ibu pula kedengaran. Makeda sangat lemah kalau dengar permintaan ibu. Makeda juga bersetuju dengan pendapat ibu, Makeda juga rasa sayang kalau dia tinggal terus bidang yang dia minat. Tapi sebab ingin dekat dengan keluarga, Makeda sanggup berkorban. Tapi sekarang kalau peluang ada depan mata, takkan dia perlu tolak. 

"kalau yang itu Kak Mar dan Ibu nak. Eda ikutkan je. Tapi Eda akan pilih projek yang Eda suka je. Eda ingat nak fokus buat perabot kayu sahaja," Jawab Makeda. Dengan Izudin pun Makeda ulang yang sama. Dia tidak akan menerima semua projek yang ditawarkan Izudin. Dia akan tapis terlebih dahulu. 


We are going to Melaka City. Izudin said we are going to eat first. After we eat, he will bring me to jalan-jalan. 

Mesej baru dari Adam. Setiap pergerakan baru dia akan mengemaskini pada Makeda. Makeda pula senang menerima mesej dari Adam. Rasa serba salah masih melekat di hati Makeda. apabila mendapat mesej Adam, rasa serba salah itu makin berkurang. Nampak Adam serasi dengan Izudin. Betul la orang kata, orang lelaki senang buat kawan sesama lelaki berbanding perempuan. 

"the wall system in Malaysia totally different compare to Australia. Even for modern house, only external wall we use brick wall. And for internal, we using gypsum board with insulation," Adam memulakan bicara ketika mereka bergerak ke Bandar Melaka. Jam sudah menunjukkan pukul 11 pagi. 

Tadi Makeda ada memberitahunya, sesi temu janji ayahnya hampir selesai. Kata Makeda, kalau sempat dia akan berjumpa dengan Adam petang nanti. 

"actually, recently we start fiber cement board for both external and internal. But not widely used that because most client not familiar with those material. They afraid it more costly compare to the traditional method. And some labor worker prefer used traditional method," jawab Izudin. Selepas bertukar kerjaya jadi kontraktor, Izudin mula meneroka kaedah yang lebih cepat dan mudah untuk membina rumah. Dia juga setuju dengan pendapat Adam. 

Adam dan Izudin tidak kekok untuk sembang. Sepanjang hari, ada saja topik yang menarik untuk mereka bincang. Dari topik bina rumah sehingga sejarah Melaka. Mereka berborak seperti sudah lama sedangkan Adam dan Izudin baru sahaja bertemu semalam. 

Izudin memperkenalkan Asam Pedas pada Adam. Mula-mula Adam agak takut untuk mencuba. Dia masih belum biasa makan pedas. 

"just take a sip. If you don't like the taste. Leave it." Adam cuba kuah Asam Pedas, Adam agak terkejut kerana rasanya bercampur masam manis dan ada sedikit pedas. Adam terus jatuh cinta. Isi ikan juga manis menunjukkan ikannya juga segar. Izudin juga gembira Adam suka lauk Asam Pedas. 

Selepas makan, Izudin bawa Adam jalan-jalan di Bandar Melaka. Tempat pertama mereka singgah A Famosa dan bergambar disitu. Kemudian mereka di bangunan Stadthuys, Izudin mengajak Adam naik beca melihat bandar Melaka sebelum mereka ke Melaka River Walk. Mereka balik sebelum waktu pejabat berakhir kerana tidak mahu terlibat dengan kesesakan lalulintas di Bandar Melaka. 

Setiap tempat Adam singgah, Adam tidak lupa untuk berkongsi gambar pada Makeda. Hati Makeda senang kerana Adam seronok jalan-jalan di Melaka dengan Izudin. 

Temujanji Walid tadi berakhir lambat dan Walid dan Ibu kepenatan. Sampai di rumah, Makeda menyuruh Ibu uruskan Walid dan berehat. Makeda tidak membenarkan Ibu memasak. Makeda yang siapkan makanan tengahhari mereka. Walid dan Ibu pun sudah makan tengahhari. Selepas memastikan Walid selesa di dalam bilik, barulah Makeda berehat. 

Makeda capai diarinya. Segal temujanji atau kerja yang perlu disiapkan semua tertulis di situ. Makeda melihat jadualnya. Makeda termenung. Esok, Makeda sudah tetapkan untuk siapkan tempahan seharian. Dia tidak boleh bawa Adam jalan-jalan lagi. Harap-harap lusa dia boleh bawa luangkan masa dengan Adam. 

Assalamualaikum, Kak Makeda. Boleh Kak Makeda singgah rumah lusa? Barang-barang semua dah beli. Datang tengok apa yang kurang boleh tambah nanti. 

Ada mesej baru masuk. Makeda tepuk dahi. Dia terlupa, hujung minggu nanti majlis perkahwinan sepupunya. Dia lupa masukkan dalam diari. Hmmm, terpaksa la dia heret Adam. Ingatkan dapat luangkan masa dengan Adam. Tak kisah lah orang tanya pasal Adam. 


P/s : Xian Nian Kuai Le. Selamat Tahun Baru Cina. Nak dapatkan balik mood menulis bukanlah senang. Harap berpuas hati untuk bab kali ini. :)






Seribu Tahun Satu KebahagiaanWhere stories live. Discover now