Makeda sedang mengukur kayu untuk dipotong. Setelah beberapa hari dia bertungkus lumus mencari idea untuk mereka cipta katill dipasangkan bersama almari dengan tema rumah permainan seperti diminta oleh pelanggannya. Hari ini dia turun ke bengkel untuk memulakan projeknya itu.
Kini sudah setahun Makeda kembali ke Malaysia. Pada awalnya, Makeda mencari kerja di firma yang berdekatan dengan rumah ibu bapanya. Apabila ditawarkan jawatan yang sesuai, Makeda menghadapi kekangan dengan masa. Pekerjaannya memerlukan dia bekerja lebih masa termasuk hujung minggu. Makeda hanya dapat bertahan sebulan dan kemudian mengambil keputusan drastik berhenti kerja. Majikannya tidak mahu memahami komitmen Makeda diluar pejabat. Makeda juga memohon jawatan tutor di kolej swasta. Mula-mula, Makeda dapat menyusun jadual kelasnya sesuai dengan jadual temujanji ayah dan ibu di hospital. Namun, jarak kolej dengan hospital dan laluan yang dilalui Makeda selalu kesesakan menyebabkan Makeda tidak dapat bertahan.
Pilihan yang Makeda ada adalah bekerja sendiri. Namun, ketika itu Makeda tidak tahu pekerjaan apa yang sesuai untuk bekerja dari rumah. Kak Mariah kemudian mencadangkan Makeda membuka bengkel perabot apabila Makeda hadiahkan bangku saiz kanak-kanak pada Musa, anak ketiga kak Mariah berumur 3 tahun. Kayu yang Makeda guna untuk bangku kanak-kanak adalah kayu terpakai yang ada dihalaman rumahnya. Ketika di Australia Makeda sempat menyertai kelas pertukangan kayu di TAFE tetapi Makeda tidak dapat sijil kerana terpaksa pulang Malaysia untuk menjaga Ayah. Lagipun, Makeda ikut kelas tersebut hanya suka-suka sebagai isi masa lapang.
Ketika Kak Mariah kongsikan hasil seni Makeda di laman sosialnya, ramainya yang bertanya untuk tempahan. Makeda masih ragu-ragu dengan cadangan Kak Mariah walaupun senarai tempahan sudah berususun menanti persetujuannya. Lagipun, Makeda tidak mempunyai sijil sah untuk membuka bengkel perabout DIY.
"buatlah sebagai hobi dulu. Lagipun, Eda pun banyak duduk dekat rumah kan? Eda boleh guna bangsal ayah tu," nasihat Kak Mariah ketika dia dan keluarga datang melawat ayah dan Ibu. Disebelah halaman rumah keluarga Makeda memang ada bangsal yang ayah buat sebagai stor. Hanya bangsal buruk. Tapi sejak ayah jatuh sakit, bangsal tersebut terbiar begitu sahaja. Bagi Kak Mariah, elok juga Makeda guna bangsal tersebut sebagai bengkel perabotnya.
"tapi tempahan kawan Kak Mariah ni banyak, Eda takut tak jadi nanti diorang tak suka pula," Luah Makeda. Tiada keyakinan.
"yang tu Eda jangan risau. Kita cuba sikit-sikit dulu. Kalau semua puas hati, Eda boleh teruskan buat. Kalau tak jadi, maksudnya taka da rezeki la," Pujuk Kak Mariah lagi.
"bangku yang Eda buat untuk ayah, Kak Mar tengok dia pun suka. Dia rajin ke tandas. Kalau dulu, banyak ragam," ya, benar. Makeda setuju dengan pandangan Kak Mariah. Sebelum dia buatkan bangku untuk Musa, Makeda ada reka bangku 'multi-purpose' untuk ayah guna dalam tandas.
"bagi Eda masa ya, Eka buat pelan-pelan," Makeda setuju menerima cadangan kak Mariah. Walaupun tempahan yang diterima hanya 5 bangku kanak-kanak, ia agak banyak bagi Makeda. Ia agak memakan masa untuk Makeda yang masih baru dalam bidang tersebut. Setelah sebulan, Makeda dapati masanya lebih bebas. Dia boleh siapkan kerjanya sesuka hatinya. Tidak terikat dengan waktu pejabat. Senang untuk dia menguruskan masa mengikut kehendaknya dan mudah untuk dia menjaga ayah dan ibunya.
Selepas beberapa bulan, ada pelanggan meminta Makeda buatkan alat permainan kayu dan perabot untuk saiz kanak-kanak. Kalau tempahan cabinet dapur dah biasa, tapi untuk perabot saiz kanak-kanak sedikit terhad. Dari pertukangan kayu Makeda mula terima upah untuk melukis pelan rumah. Kebanyakan adalah pelanggan yang sama kerana apabila mendapat tahu Makeda pernah bekerja arkitek, ada permintaan untuk renovasi bilik, dapur dan rumah. Jadi, Makeda dapat jana pendapatan dari dua sumber. Siapa sangka hanya siaran bangku kanak-kanak di laman social Kak Mariah, Makeda dapat mengembangkan 'networking'nya dari pelbagai orang. Dari hanya buat perabot DIY hingga buat pelan rumah siap dengan pakej 'built-in perabot.
Melihat keadaan Makeda semakin kukuh, Firdaus dan Raihan mencadangkan supaya Makeda ubahsuai bangsal yang sedia ada kepada bengkel perabot yang lebih teratur dengan pejabat sekali. Membuka bengkel perabot bukanlah senang kerana masyarakat Malaysia lebih suka membeli perabot siap pasang. Kalau ada yang berminat dengan perabot kayu jati, harganya mahal. Hanya sesuai untuk golongan yang berada.
Walaupun baru sahaja 6 bulan Makeda memulakan kerjaya baru ini, Makeda sentiasa ada pelanggan yang menempah perabot. Tidak pernah putus. Ini kerana Makeda ada menyediakan khidmat pesanan atas talian. Sekiranya perabot tiada di dalam talian, pelanggan boleh buat permintaan untuk custom made perabot. Setiap bulan ada sahaja tawaran baru yang diperkenalkan Makeda.
-hey, Makeda. What's up?
- Congratulation on your new workshop!
- seem you are busy. Catch up with you later.
Walaupun Makeda sudah kembali Malaysia, Adam masih lagi berhubung dengan Makeda. Sentiasa mengikuti perkembangan Makeda melalui social media. Tetapi kerana kekangan masa, Makeda terlupa untuk membalas mesej Adam. Kadang-kadang Makeda hanya buka mesej Adam tetapi tidak baca isi kandungannya.
Namun, Adam masih tidak berputus asa. Sekiranya ada masa, Adam akan selalu mesej Makeda. Adam ingin Makeda tahu Adam sentiasa ingat walaupun mereka jauh. Adam masih belum mengalah untuk pikat hati Makeda. Adam masih yakin hati Makeda hanya milik dia. Ketika Makeda menolak perasaan Adam dulu, Makeda menolak bukan kerana Makeda ada perasaan pada yang lain tetapi hati Makeda terikat pada keluarganya. Pada ayah. Pada ibu. Bukan lelaki lain.
Dalam akaun sosial media Makeda pun tiada gambar Makeda dengan seorang lelaki. Banyak gambar keluarga dan kerjaya barunya. Kalau Makeda sudah berpunya, tentu Makeda akan war-warkan dalam sosial media. Pasti Makeda akan menjemput Adam ke majlis perkahwinannya!
YOU ARE READING
Seribu Tahun Satu Kebahagiaan
General Fictioncerita tentang Adam dan Makeda. Walaupun sudah berkawan beberapa tahun, Adam langsung tiada perasaan terhadap Makeda sehinggalah Makeda tiba-tiba MIA. Makeda pula terlalu fokus terhadap hidup dan kerjayanya hingga lupa pada perasaan sendiri.