Adam berjalan ke ruang menunggu. Kelihatan semua tempat duduk hampir penuh. Pintu Q masih belum dibuka, jadi ramai yang menunggu di luar pintu. Adam mencari sudut untuk dia meletakkan begnya dan menunggu. Masa menunggu masih berbaki 45 minit sebelum berlepas.
Adam berhenti meletakkan begnya. Dia ternampak seorang gadis yang dia kenali sedang duduk di kerusi hadapan pintu Q. Dia terlebih dahulu memerhati gadis tersebut. Kalau-kalau dia tersalah orang.
Makeda! Dia yakin Makeda yang sedang duduk di kerusi tersebut. Dia cuma keliru kerana Makeda dihadapannya kelihatan sugul. Sepanjang dia di Pulau Redang, Makeda banyak menghantar mesej padanya. Semuanya baik-baik sahaja.
Adam masih lagi berbelah bagi untuk mendekati Makeda. Kenapa Makeda disitu? Makeda ingin beri kejutan pada diakah? Pertemuan minggu lepas, Adam ada beritahu Makeda waktu penerbangannya. Atau Makeda cuba lari keluarganya? Adakah sebab itu Makeda kelihatan tidak gembira?
"Makeda?" Adam terus menegur Makeda. Dia tidak mahu membuat spekulasi yang tidak baik terhadap Makeda dan keluarganya. Makeda mengangkat wajahnya. Air mata kelihatan mengalir di pipinya. Makeda segera menyapu air matanya.
"what happened?" Adam cuba bertanya lagi apabila tiada jawapan dari Makeda. Makeda menundukkan pandangan. Dia cuba bertenang. Adam diam menanti. Dia seperti memahami Makeda perlukan masa untuk menjelaskan situasinya.
Tidak lama kemudian, Pintu Q dibuka. Orang ramai mula beratur masuk ke ruang tersebut. Adam mengajak Makeda ikut beratur. Makeda hanya mengikut. Adam menarik beg pakaian Makeda. Adam dan Makeda mengambil tempat paling belakang. Jauh dari orang ramai.
"yesterday, we received a call from embassy that Raihan involved in car crash. I don't know situation but I was told that Raihan are in critical," jelas Makeda. Makeda sebenarnya masih belum dapat menerima kenyataan bahawa adiknya, Raihan terlibat dalam kemalangan di Sydney. Makeda terpaksa meminta bantuan dari Kak Mariah untuk memaklumkan keadaan Raihan pada walid dan ibu. Makeda risau kalau walid dan ibu pun terpaksa dihantar ke hospital. Situasinya ketika itu begitu kelam-kabut. Firdaus pula masih di German dan kontraknya ada dua bulan berbaki sebelum dia dapat balik ke Malaysia.
Makeda juga rasa lega kerana pihak kedutaan telah membantunya dalam menyediakan segala dokumen dan urusan visanya. Makeda cuba mendapatkan tiket paling cepat untuk sampai ke Sydney. Penerbangan ke Sydney yang masih ada pada Isnin malam, penerbangan pagi sudah penuh. Makeda berada di Klia2 dari malam tadi, dia tidak ingat berapa jam dia tidur. Tidurnya juga tidak lena, asyik termimpikan Raihan.
Makeda bersyukur kerana Walid dan Ibu pula tenang menerima berita kemalangan Raihan dari Kak Mariah. Makeda juga sudah bersedia ketika kalau dia perlu buat panggilan kecemasan. Melihat reaksi Walid dan Ibu, Makeda segera memeluk Ibu dan Kak Mariah menggenggam tangan Walid. Makeda perasan Walid dan Ibu menahan dari menangis. Ternyata Walid dan Ibu lebih kuat mendengar berita tersebut.
Makeda kemudian menjelaskan langkah seterusnya apa yang perlu mereka lakukan. Firdaus juga sedang berusaha untuk mendapatkan kebenaran pulang dari German lebih awal. Kak Mariah pula mengambil tugas Makeda menjaga Ibu dan Walid. Makeda pula perlu ke Australia untuk menguruskan keadaan Raihan yang sedang kritikal. Makeda yang pernah tinggal di Sydney semestinya tahu prosedur yang perlu mereka lakukan.
"give me your boarding pass," pinta Adam setelah mendengar situasi Makeda. Adam sebenarnya risau melihat Makeda yang begitu serabut. Makeda menurut dan menghulurkan tiket penerbangannya. Adam melihat tiket penerbangan Makeda. Adam rasa dia perlu tukar tempat duduknya dan sentiasa bersama Makeda.
Adam kini sedar, jawapan dia perlukan dari Makeda perlu ditangguhkan. Ini bukan masanya. Adam sedia dan setia menunggu jawapan dari Makeda walaupun Adam tidak tahu sampai bila. Kalau kali pertama dulu, Adam pasrah dengan perancangan Makeda untuk menjaga ibu bapanya. Untuk kali ini, ia adalah kemalangan yang diluar bidang kuasa Adam untuk mengawalnya. Jawapan Makeda masih tergantung. Adakah Makeda terima cinta Adam, hanya hati Makeda yang tahu.
Sekarang dia perlu bantu Makeda dan lupakan hasrat hatinya. Ini kali kedua Adam melihat Makeda ditimpa kesusahan. Adam hanya diam disebelah Makeda dan membiarkan penumpang lain beratur terlebih dahulu. Mereka terakhir masuk ke perut pesawat. Adam juga berjaya menukar tempat duduknya dengan penumpang yang lain. Ini kerana tempat duduk Adam berdekatan dengan tingkap manakala tempat duduk Makeda ditengah. Siapa tak mahu kalau ditawarkan tempat duduk di tepi tingkap.
Untuk mengelakkan Makeda letih ketika sampai, Adam meminta pramugari ubat penenang supaya Makeda dapat tidur sepanjang perjalanan. Adam juga bimbang kalau-kalau Makeda tidak dapat mengawal perasaannya.
Begitu juga selepas 8 jam penerbangan, Adam menghalang Makeda keluar lebih awal. Adam tahu Makeda tidak sabar untuk berjumpa adiknya Raihan tetapi mereka perlu melepasi bahagian imigrsen dan kastam yang leceh.
"tenang, Makeda. Kita ada banyak masa dan saya akan bawa awak pergi berjumpa Raihan," pujuk Adam. Oleh kerana penerbangan mereka sampai waktu pagi, urusan dengan imigresen mengambil masa yang lebih lama. Banyak pesawat yang sampai pada waktu yang serentak. Adam dan Makeda tidak perlu menunggu beg kerana masing-masing membawa 'hand luggage'. Mereka juga tidak perlu isytihar apa-apa barangan atau makanan.
Adam mengajak Makeda naik teksi dan terus ke hospital walaupun Adam tahu Makeda penat. Adam pasti Makeda akan menolak kalau disuruh berehat dan menukar pakaian terlebih dahulu. Perjalanan ke hospital terasa lama oleh Makeda. Dia asyik melihat jam tangan. Adam hanya diam memerhati. Dia hilang kata-kata untuk menenangkan Makeda.
"Assalamualaikum, Abang Fir. Eda baru mendarat. Sekarang dalam perjalanan ke hospital. Abang Fir macam mana?" Jawab Makeda sambil memandang Adam. Adam membalas pandangan Makeda walaupun dia tidak faham, dia tahu panggilan yang Makeda tentu dari ahli keluarganya.
"Alhamdulillah. Tak pe. Eda dah ada dekat sini. Abang Fir selesaikan dulu apa yang patut. Nanti update lagi," Makeda mematikan panggilan dan memaklumkan pada Adam. Firdaus dibenarkan untuk tamatkan kontraknya lebih awal dan dia cuba untuk ke Sydney secepat mungkin.
Makeda cepat-cepat membayar tambang teksi sebaik sahaja teksi berhenti di hadapan hospital. Dia segera keluar dari teksi dan berlari masuk ke pintu utama hospital. Meninggalkan Adam dan begnya. Hatinya tidak tahan untuk mengetahui keadaan Raihan.
"Raihan still in ICU and is in coma," luah Makeda sebaik sahaja Adam mendekatinya.
"have you talk to doctor?" tanya Adam. Makeda menggeleng. Dia hanya menerima khabar Raihan dari meja kaunter pertanyaan. Dia belum ada kekuatan untuk bertemu doktor.
"do you need me accompany to see doctor?" Makeda hanya mengangguk dan ikut Adam dari belakang. Makeda sebenarnya tidak menyangka dia akan bertemu Adam di KLIA2. Dia tahu tarikh Adam balik ke Sydney tetapi apabila mendapat berita Raihan kemalangan, otaknya seperti tidak berfungsi. Apabila sampai Sydney, Makeda rasa dia sedikit lega kerana Adam ada bersamanya. Dia tidak tahu bagaimana harus dia lakukan kalau dia hanya seorang. Makeda sebenarnya tidak lupa janjinya pada Adam untuk memberi jawapan tentang hatinya.
'Maafkan Makeda, Adam.'
- TAMAT BAHAGIAN II -
YOU ARE READING
Seribu Tahun Satu Kebahagiaan
Narrativa generalecerita tentang Adam dan Makeda. Walaupun sudah berkawan beberapa tahun, Adam langsung tiada perasaan terhadap Makeda sehinggalah Makeda tiba-tiba MIA. Makeda pula terlalu fokus terhadap hidup dan kerjayanya hingga lupa pada perasaan sendiri.