Makeda bangkit masuk ke ruang dalam rumahnya meninggalkan Adam sendiri di beranda rumah. Makeda mendapatkan ibunya di dapur. "Ibu, yang datang jumpa Eda dekat luar tu namanya Adam. Kawan sekerja Eda waktu di Australia dulu," kata Makeda setelah dia melihat Ibu sedang memasak di dapur. Makeda cari bekas simpanan teh. Dia tadi terlupa buatkan air untuk Adam. Seronok berbual dengan orang jauh.
"Jauh dia datang," balas Ibu sambil mencampakkan daun kesum ke dalam kuah Asam Pedas.
" A ah. dia ada seminar di KL, kemudian dia datang singgah jumpa Eda. Alang-alang dah sampai Malaysia, dia nak jalan-jalan dulu," jelas Makeda. Takut kalau Ibu salahfaham. Mana ada kawan lelaki datang singgah rumah sebelum ini.
"Ibu tahu tak homestay yang dekat-dekat sini? Eda ingat nak bawa Adam jalan-jalan dekat sini dulu dalam 2-3 hari ni," soal Makeda bila tiada jawapan dari ibu. Makeda ambil satu uncang teh dan tambah air panas ke dalam teko.
"cuba Eda tanya Din. Tak silap Ibu dia dah tukar rumah arwah mak dia jadi homestay," balas Ibu tanpa ada prasangka.
"oh, Din..Izudin tu ke ibu?" tanya Makeda sambil tunggu teh turun warna.
"ye lah, Din mana lagi. Din yang jadi runner Eda la," sahut Ibu yang sedang mengacau Asam pedasnya sebelum dia tambah garam. Sedikit masa lagi Asam pedas sedia untuk dihidangkan makan tengah hari.
"ok, nanti Eda tanya. Kalau Din boleh bawa Adam bawa jalan-jalan lagi bagus. Eda sibuk sikit dua tiga hari ni," balas Makeda gembira. Makeda capai dua set cawan beserta piring. Disusunnya di atas dulang bersama teko tadi. Makeda tambah dengan sepinggan kecil roti manis.
"kejap lagi ajak Adam makan tengahhari sekali. Boleh Walid kenal-kenal dengan Adam nanti," pesan Ibu sebelum Makeda keluar hidangkan air untuk Adam. Makeda hanya mengangguk.
Ya, Makeda belum beritahu Walid lagi kedatangan Adam. Selalunya kalau ada tetamu, Makeda akan memaklumkan pada Walid. Walaupun bukan tetamu Walid, sekurang-kurang Walid tidak rasa terpinggir apabila mendengar suara riuh di luar. Sejak Walid kene strok, Walid lebih suka duduk di dalam bilik. Walid akan meluangkan masanya membaca buku. Petang nanti baru Walid akan keluar. Duduk santai di beranda rumah.
"okay, I manage to find a place for you to stay," kata Makeda sambil meletakkan dulang minuman. Adam hanya memerhati Makeda menuangkan air ke dalam cawan dihadapannya.
"and my mum invite to have lunch here. But I'm not sure you will like it or not," tambah Makeda lagi.
"Oh really, that will be great. Homecook always the best," balas Adam dengan rasa teruja. Makeda sambung berborak dengan Adam seketika.
"Assalamualaikum, Eda," suara lelaki memberi salam. Makeda dan Adama sama-sama menoleh.
"Waalaikumussalam, Din," sahut Makeda.
"sibuk ke? Maaf la, datang tak bagitahu. Din dari tapak rumah dekat sini-sini. Singgah sekejap sebab ada projek baru nak bagi pada Eda," Ujar Izudin dengan serba-salah apabila terpandang Adam yang duduk di beranda rumah Makeda.
"eh tak da lah. Kejap lagi nak makan tengahhari. Masuk lah dulu Din. Eda pun ada benda nak tanya Din," Makeda rasa gelihati. Baru sahaja tadi Ibu sebut nama Izudin sekarang Izudin muncul depan rumahnya. Bagai diseru.
Izudin menurut dengan rasa segan. Sebelum ini dia tidak rasa begitu, mungkin kerana melihat tetamu Makeda yang luar biasa turut ada bersama mereka.
"Adam this is Izudin but we called him, Din. Din, ini Adam kawan Eda dari Australia. Dia datang jalan-jalan," Adam dan Izudin hanya mengangguk tanda berkenalan.
"Projek apa?" tanya Makeda tanpa sempat Din bercerita terlebih dahulu. Adam hanya diam sambil cuba memahami buah bicara Antara Makeda dengan Izudin. Melihat cara Izudin dan Makeda berbincang, Adam rasa sesuatu yang baru. Adam tahu Makeda sangat serius apabila melibatkan kerja. Namun, kali ini suasana yang berbeza. Melihat Makeda yang lain.
"Kawan Din dia tengah cari pelukis pelan buat freelance. Dia nak bina dua buah banglow dengan keluasan 1,500 kaki persegi," jawab Izudin.
"bila? Urgent ke? Kalau minggu ni, Eda sibuk sikit. Esok nak bawa Walid appointment. Lusa Eda nak masuk bengkel siapkan tempahan perabot. Lepas tu, Eda nak bawa Adam jalan-jalan," tanya Makeda dengan serius. Jadualnya pada minggu ini sangat padat. Dengan kehadiran Adam menambahkan lagi kesibukan Makeda.
"Urgent ke tak, Din tak pasti. Dia baru tanya-tanya. Kalau Eda berminat nak projek ni, dia akan emel geran tanah kemudian," balas Izudin sambil mengeluarkan telefon pintarnya. Izudin mencari maklumat berkaitan projek yang dibincangkan dengan Makeda.
"dia nak set Working Drawing dengan 3d sekali," tambah Izudin. Matanya masih melekat pada skrin telefonnya. Makeda senyap tidak membalas. Adam hanya memerhati. Walaupun dia tidak faham buah bicara antara Makeda dengan Izudin, Adam cuba pasang telinga. Sekarang dia sedar, dia perlu belajar Bahasa Ibunda Makeda.
"kalau dia bagi masa dua minggu, Eda boleh buat tak termasuk design. Tapi kalau nak segera, tak sempat la," jawab Makeda setelah dia membuat perancangan di mindanya untuk minggu akan datang.
"dia dah ada lakaran design. Eda hanya ikut pada lakaran dan tambah-tambah apa yang patut," kata Izudin.
"Din kira macam tu la. Kalau betul-betul dia setuju dengan syarat Eda, Din bagi nombor telefon denga alamat emel Eda," Makeda memberi kata putus. Sebelum terima projek baru, Makeda akan tapis dahulu. Dia hanya akan ambil projek yang boleh ikut masa dan aturannya. Kalau projek yang tinggi permintaan, awal-awal lagi Makeda akan tolak. Tanpa ada negosiasi.
"ok lah, kalau macam tu," Ujar Izudin. Izudin menarik nafas lega. Perbincangan dia dengan Makeda selesai. Izudin ingin bangkit tapi ditahan Makeda.
"Din, Ibu cakap Din ada Homestay. Betul ke?" tanya Makeda untuk kepastian. Bimbang juga salah maklumat.
"A ah, ada. Rumah arwah Emak, Din ubahsuai jadi Homestay. Kenapa?"
"Adam tengah cari Homestay dekat-dekat sini. Eda ingat nak bawa dia jalan-jalan ke Melaka nanti lepas temujanji Walid," Adam pandang Makeda apabila dengar namanya diseru. Apa yang Makeda cerita pada Izudin? Kenapa nama dia disebut?
"boleh. Ada dua bilik single Din ubahsuai ada pintu sendiri. Boleh keluar masuk tanpa ikut pintu utama. Sebenarnya Din buat untuk saudara-mara yang balik jarang-jarang. Senang tak payah cari hotel atau homestay lain. Kalau Eda sibuk, Din pun boleh bawa Adam Jalan-jalan. Boleh juga Din bawa lawat tapak sekali," Mata Adam masih pada Makeda. Inginkan penjelasan. Dia masih keliru.
"kalau macam tu, kira settle lah. Din makan tengahhari dekat sini la. Lepas makan tengahhari, Din boleh bawa Adam pergi homestay Din terus," Makeda terus buat keputusan. Sengaja membiarkan Adam tertanya-tanya.
"Din cakap dengan Adam ya. Eda masuk dulu. Nakajak walid makan tengahhari sekali," Laju Makeda masuk ke dalam. Meninggalkan Adamdan Izudin berbual. Sambil kenal-kenal.
P/s: selepas draft hilang dimakan virus. saya perlu buat rombakan jalan cerita dan plot. mungkin jalan ceritanya lari daripada yang asal. Selamat membaca. Teruskan vote dan comment, ia sedikit memberi inspirasi untuk sambung bab seterusnya.
YOU ARE READING
Seribu Tahun Satu Kebahagiaan
Fiction généralecerita tentang Adam dan Makeda. Walaupun sudah berkawan beberapa tahun, Adam langsung tiada perasaan terhadap Makeda sehinggalah Makeda tiba-tiba MIA. Makeda pula terlalu fokus terhadap hidup dan kerjayanya hingga lupa pada perasaan sendiri.