Part 3 - Bab III

32 1 0
                                    

Adam meletakkan dulang makanan di hadapan Makeda. Makeda meletakkan telefonnya dan mengambil bungkusan sandwich Subway. Dia baru selesai berbalas mesej dengan Firdaus.

Alhamdulillah, Abang Firdaus dah dapat tiket ke Sydney. InshaAllah, lusa Abang Firdaus berlepas ke Sydney. Apa-apa nanti Abang Firdaus update lagi - Firdaus

Alhamdulillah. Doktor ada beritahu Raihan akan pindah wad biasa mungkin esok atau lusa. - Makeda.

Walaupun Firdaus sudah mendapat kelulusan untuk menamatkan kontraknya lebih awal, Firdaus masih perlu ikut prosedur yang telah ditetapkan oleh syarikatnya. Firdaus perlu mengisi beberapa dokumen dan mendapat surat perlepasan secara rasmi. Firdaus hanya boleh membeli tiket setelah surat rasmi dikeluarkan. Firdaus juga kalut mengemas barang-barang yang perlu dihantar pulang ke Malaysia. Seminggu ini, terasa sekejap bagi Firdaus dan Makeda.

Seminggu ini juga Makeda berulang alik ke hospital. Doktor berjaya membuang darah beku di kepala Raihan. Pembedahan tersebut mengambil masa 12 jam. Raihan kemudian dipantau oleh doktor di ICU. Dalam tempoh seminggu, keadaan Raihan melepasi keadaan kritikal. Doktor tidak jangka Raihan akan cepat pulih. Oleh kerana keadaan Raihan bertambah baik, doktor akan memindahkan Raihan ke wad biasa dan tunggu Raihan sedar. 

Makeda berpendapat Raihan cepat pulih kerana Raihan mendengar suara ibu dan ahli keluarga yang lain walaupun tidak sedar. Setiap kali Makeda melawat Raihan, Makeda tidak pernah gagal memperdengarkan suara ibu yang telah dirakam terlebih dahulu. Doktor juga menggalakkan Makeda untuk selalu bercakap dengan Raihan. 

"Abang Firdaus sudah dapat beli tiket. Mungkin lusa dia akan sampai. Bila Abang Firdaus sampai, awak tak perlu datang hari-hari lagi macam sekarang, Adam,"ujar Makeda sambil membuka bungkusan sandwich. 

"awak tak kecil hati kan? Saya tak nak susahkan awak. Pasti awak sibuk dengan kerja," tambah Makeda. Adam diam tidak terus menjawab. Dia hanya makan dengan senyap. Melihat Adam tidak menjawab, Makeda juga turut ikut rentak Adam. Makan dengan senyap. Makeda bimbang kalau-kalau Adam kecil hati dengan luahannya tadi. 

Adam sudah menghabiskan sandwichnya. Dia kemudian capai minumannya. "sebenarnya saya tak rasa susah pun Makeda. Saya risau kalau awak bosan menunggu Raihan hari-hari. Lagipun Raihan masih dalam ICU, awak boleh tunggu dia sepanjang hari di hospital. Sekurang-kurang saya boleh jadi teman awak berbual," Makeda memandang Adam pelik. Makeda ingatkan Adam kecil hati rupanya Adam ada sebab lain.  

"awak dah tak sedih lagi kan, Makeda?" tanya Adam. Soalan dari Adam sebenarnya ada maksud tersirat. Ini mengingatkan Makeda apa yang terjadi sepanjang minggu lepas. Adam seorang pendengar yang baik.

Emosi Makeda seminggu ini sebenarnya kurang baik. Sekejap ok, seketika kemudian Makeda berubah jadi sedih. Ini kerana, Makeda tiba-tiba teringat kenangan pahit dan manisnya dengan Raihan. 

"Is there anything bothering you?" itulah soalan yang akan Adam tanya setiap kali melihat wajah sugul Makeda. Makeda pula akan cuba mengelak dengan menggeleng kepala. 

"kalau awak sedih, awak perlu menangis Makeda," Adam tahu ada sesuatu yang menganggu Makeda tetapi Adam tidak mahu memaksa Makeda untuk meluahkan. Makeda mengeluh.  

"Adam, awak tahu? Saya pernah kecil hati dengan ibu dan walid," kata Makeda setelah masing-masing diam seketika. 

"Saya ingat Makeda, awak pernah cerita sebelum awak balik Malaysia," jawab Adam memasang telinga. 

"Saya kecil hati sebab ibu dan walid selalu lebihkan Abang Firdaus dan Raihan. Saya sengaja pilih bidang seni bina sebab saya ada alasan untuk tak balik cuti semester. Awak tahukan, belajar seni bina selalu sibuk, dari awal semester sampai habis semester. Kalau tak cukup tidur, memang biasa. Ibu dan Walid tak pernah kisah kalau saya tak balik," luah Makeda sambil menundukkan pandangannya. 

"saya pun tak pernah balik kalau cuti semester, Makeda. Saya akan buat road trip dengan kawan-kawan atau buat kerja separuh masa," Adam cuba kongsi pengalaman hidupnya. 

"saya ingat lepas saya dah pegang segulung Ijazah, ibu dan walid akan berubah. Bangga dengan saya tapi tidak. Sebab tu, saya pilih untuk kerja di Sydney," Luah Makeda lagi sambil merenung lantai. 

"tapi awak mengalah dan pulang menjaga menjaga mereka ketika mereka sakit," sambung Adam. Makeda memandang Adam.  Adam nampak Makeda menahan tangis. 

"Ada masa saya rasa Raihan tak patut lahir. Sebab kalau Raihan tak lahir, Ibu dan Walid akan beri perhatian pada saya. Ibu dan Walid akan sayang saya lebih," lirih Makeda. Air mata yang ditahan tadi akhirnya jatuh ke pipi. Makeda segera menyapu air mata. Dia kemudian mendongakkan kepalanya untuk mengelakkan air mata terus keluar. Adam hanya diam. Membiarkan Makeda meluahkan perasaannya. 

"walaupun saya tak pernah ucapkan semua ini  pada Raihan tetapi Raihan seperti faham. Dari kecil Raihan asyik berkepit dengan saya. Apa saya buat semua dia tiru. Ada sekali, Raihan ikut saya naik basikal. Saya tak ingat sebab apa, basikal yang kami naik hilang kawalan. Dan kami jatuh. Habis siku Raihan luka berdarah. Bila balik, ibu pukul saya sebab tak pandai jaga Raihan. Raihan pula tak berhenti menangis dan minta maaf melihat saya dipukul," cerita Makeda sambil ketawa. Air matanya masih lagi mengalir di pipi. 

"masa tu saya tak ada dendam dengan Raihan, sebab waktu Raihan baru sahaja baik dari demam. Baru sahaja keluar dari hospital. Ibu sebenarnya risau, kalau Raihan jatuh sakit sekali lagi. Raihan kalau jatuh sakit, kena tahan dekat wad," sambung Makeda yang sudah tenang. 

"lepas habis SPM, dah masuk matrikulasi Raihan dah kurang sakit. Bila Raihan nak sambung belajar ke sini, Ibu dan walid lepaskan sebab saya ada di sini. Seperti yang cakap sebelum ini, Raihan suka tiru apa yang saya buat,"  

"ingat tak waktu Adam paksa saya sambung cuti selepas demam denggi?" tanya Makeda. Adam hanya mengangguk walau tidak mengerti kaitannya dengan Raihan. 

"waktu tu saya pilih untuk jalan-jalan ke Newcastle dan Raihan terjumpa senarai yang Adam bagi pada saya. Waktu itu, Raihan cuba korek kenapa tiba-tiba sahaja saya datang ke Newcastle. Mula-mula saya mengelak. Tapi Raihan tidak berputus asa sehinggalah saya terpaksa cerita apa yang terjadi. Bila Raihan dapat tahu, dia  sangat marah.  Raihan kemudian  memberitahu sebab sebenar kenapa dia sambung belajar sama tempat dengan saya,"  Makeda berhenti seketika. Adam nampak riak wajah Makeda berubah. Sekali lagi air mata bergenang tumpah ke pipi. 

"Raihan tahu saya jauh hati dengan Ibu dan Walid. Dan Raihan pilih sambung belajar sama tempat dengan saya sebab dia ingin selalu ada dengan saya. Raihan juga minta maaf kerana dia selalu sakit dan jadi perhatian ibu dan walid," Kali ini Makeda menangis semahu-mahunya. 

Adam hanya kaku ditempat duduknya. Ingin dipeluknya pasti ditolak Makeda. Adam membiarkan Makeda terus menangis. Mungkin itu sebaiknya. Walaupun Adam tidak berbuat apa-apa, dia berharap dengan kehadirannya  Makeda akan rasa lebih lega. Melepaskan segala rasa terpendam di dada. Adam dan Makeda berkeadaan begitu hampir setengah jam. 

"saya yakin Raihan pun akan tidak mahu awak bersedih begini, Makeda. Menangislah untuk hari ini, esok akan awak senyum semula," pujuk Adam sambil menghulurkan tisu yang terakhir. Makeda menyambut dan menyapu air matanya. 


P/s : sukar untuk meneruskan bab ini kerana saya kehilangan momentum STSK ini, setiap kali saya cuba menulis terasa tidak kena dengan jiwa. Tetapi saya tetap menulis dan peram bab ini untuk beberapa minggu. Minta maaf buat yang menunggu. SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1442H buat semua. 

Seribu Tahun Satu KebahagiaanWhere stories live. Discover now