Hari nie merupakan hari yang paling bermakna buat Alif kerana hari ini dia ada interview dekat sebuah syarikat yang terkenal .
Pada mulanya, dia tidak sangka yang dia akan dapat tawaran dari situ tetapi selepas mendapat surat baru lah dia percaya.
“ Kal , aku pergi dulu ya. Doa aku berjaya " laung Alif yang berada di luar sedang mengikat tali kasutnya.
“ Okay . Goodluck bro ” haikal kawan baik a.k.a roomate Alif memberi semangat .
“ Thanks "
Alif berlari anak menuju ke arah kereta nya .
Dia memandu dengan kelajuan yang sederhana bak kata pepatah ‘biar lambat asal selamat’.
Setelah beberapa minit berlalu, dia pun sampai ke destinasi yang di tuju. Dia terpaku seketika melihat pejabat yang tersergam indah di hadapannya itu. Dia tidak percaya disini lah tempatnya bekerja sekarang.
Alif mengunci pintu keretanya lalu berjalan masuk kedalam lif.
Dia menekan butang ‘11’ kerana dia teringat akan perbualannya dengan salah seorang staf yang juga bekerja di sini.
Flashback
Alif dan kawan-kawannya sedang menonton tv di ruang tamu. Tiba² telefon Alif berdering.
“Siapa pula yang telefon aku tengah hari buta nie? Nak tengok tv pun susah” omel Alif sambil melihat nombor telefon yang tidak dikenali itu.
“Jawab je lah. Bising je " marah Haikal .
Hilang fokus nya terhadap movie kegemarannya ini .
Bertih jagung dihadapan meja diambil. Amboi,dah macam dalam panggung wayang, siap ada pepsi bagai lagi.
“Ye lah”
Alif mengangkat panggilan itu dengan segera. Kang bising lagi monyet sorang ni dah satu hal. Dia menjawab di tempat yang berjauhan sedikit supaya tidak mengganggu .
“ Assalamualaikum...siapa nie? ” tanya Alif ingin tahu.
“Waalaikumussalam.. Saya Fika salah seorang pekerja di syarikat Alice Holding's, isnin nie encik ada interview dekat syarikat kami kan? Boss saya suruh bagitau encik bila encik sampai nanti naik ke tingkat 11, saya akan tunggu encik kat sana ya.... ”
terang gadis bernama Fika .
“ Ouh. Baiklah. Terima kasih ”
Talian dimatikan .
Tingkat 11? Tak tinggi sangat ke? Baru Alif teringat pejabat yang dia akan pergi nanti adalah pejabat yang paling terkenal di Kuala Lumpur. Mestilah tinggi.
End Flashback
Setelah sampai di tingkat 11 dia mula mencari kelibat Fika , gadis yang menghubunginya tempoh hari.
“Encik Alif Zikrie? ” sapa seorang gadis yang berada di belakangnya . Alif berpaling sebelum mengangguk.
Alif melihat nametag wanita itu ‘Syafikah’. Mesti dia yang menghubungi ku tempoh hari , fikir nya .
“ Encik boleh duduk dekat sini , saya nak bagitau boss saya yang encik dah sampai " Alif mengangguk kecil.
Gementar dia saat ini menunggu diriku dipanggil.
Sedang sibuk melihat telefon tiba² nama Alif di panggil . Fika menunjuk ke arah pintu bilik yang agak jauh dari tempat nya berdiri. Alif menuruti sahaja lantas berterima kasih.

ANDA SEDANG MEMBACA
Secret identity
ActionBerhati hati kerana bimbang perbuatan sendiri memakan diri .