Naura berdiri sambil berpeluk tubuh, runsing dia memikirkan keadaan syarikat tika ini. Sesekali dia mengeluh, kenapa ada yang sanggup membelot terhadapnya sedangkan dia selalu berlaku adil kepada semua pekerjanya.
Kata-kata Fika terngiang-ngiang di kepalanya .
"Naura I have something to tell you" Naura pandang Fika,dia mengambil tempat duduk dihadapan Naura. Riak wajahnya jelas memberitahu ada sesuatu yang berlaku .
Fika memandang Naura lama sebelum mengeluh. Dia tidak boleh berdiam diri lagi, keadaan akan semakin teruk jika dibiarkan .
Bila dapat tahu yang Alif akan kerja 'half day' hari ni terus dia ambil kesempatan masuk ke dalam bilik Naura.
"Farouq"satu nama itu saja sudah buat Naura mengeluh.
"I dont want to talk about this. "
Fika memandang Naura tidak percaya. Fika tahu sedingin mana pun layanan Naura terkadang tetapi didalamnya Naura seorang yang baik.
"Naura, the problem is,things are getting worse. You want to see your company fall because of him?" duganya.
Naura diam. Tak mungkin dia nak tengok syarikat keluarganya ini jatuh. Sebenarnya dia tersepit sama ada amanah parents nya ataupun terhutang budinya.
Fika memandang wajah Naura simpati,dia tahu keadaan Naura tika ini. Sebagai sahabat dan orang yang paling Naura percayai,dia rasa dia bertanggungjawab untuk menasihati Naura.
Fika bangun lalu menghampiri Naura,tangan Naura dicapai lalu digenggam erat.
"Look, I know you can solve this problem. Aku sebagai kawan akan tolong kau bila kau perlukan pertolongan. Fikirkan la". Walau apapun pilihan Naura dia akan ikutkan saja.
Naura memeluk Fika,dia terharu dengan kelakuan Fika. Selama ini,Fika la yang memberikannya semangat untuk terus hidup. Kematian mummy daddy nya membuatkan dia hampir berputus asa sehinggala Fika datang memberikan semangat baru untuknya.
Naura kembali menyambung tugasannya. Satu persatu fail ditanda..dia mengeluh seketika. Pen di tangan dimainkan. Masih mengingat perkara tadi.
Huh.Tidak semua nikmat hidup dirasai setiap manusia.Dunia ini bagaikan rumah dugaan oleh itu setiap manusia hendaklah menempuhi dugaan tersebut.Setiap manusia diberikan dugaan yang berbeza-beza mengikut kemampuan.
Kertas yang memenuhi mejanya dikemas dengan teratur lalu dimasukkan ke dalam beg kerjanya. Dia bercadang akan menyiapkan separuh di rumah.
Ada perkara yang lagi penting baginya. Dia berjalan menuju ke satu rak yang menyusunkan pelbagai fail. Rak tersebut dibuka kuncinya.
Satu fail berwarna hitam dicapai lalu diletakkan diatas meja. Dia meneliti satu persatu. Dia mengeluh sekali lagi,entah keberapa kalinya.
Sudah lama dia rahsiakan benda ini. Beberapa kerugian yang jadi,dia sendiri yang tutupi.
Akhirnya dia membuat keputusan. Betul kata Fika,dia harus bertindak sebelum keadaan bertambah teruk lagi dan lagi.
Nombor seseorang didail.
<♡>
Rumah dihadapannya dipandang. Betulkah tindakan aku ni. Bila dia sedar yang dia sedikit ragu-ragu dan tidak yakin terus dia berpatah balik.
"Naura?" Dia tersentak. Air liur ditelan kesat. Dia berpaling.
Mak Husna memeluk Naura erat. Naura membalasnya.
"Mari naik" air matanya dikesat perlahan. Rindunya terubat juga pada anak nya seorang ini.
Jarang sekali dia melihat Naura pulang. Dia faham dengan pekerjaan Naura,sebab itu dia selalu menahan diri menghubungi gadis ini.