Pelik

11 0 0
                                    

Sudah 10 mesej dihantar , jawapan nya masih sama tiada satu pun yang berbalas . Mana pula Naura ni .

" hish .. jawab la "  bebel nya sendiri

" woi !! "  sergah Haikal . Ni la haikal suka sangat kejutkan orang , fikir lawak .

" kau dah kenapa ? Semacam je aku tengok " soal Haikal .

Sejak balik semalam sampai pagi ni aayik menghadap phone je tak pun termenung . Macam baru lepas break up je .

" tak la . Aku risau dengan boss aku ni ."

Alif menyuarakan kebimbangan nya , semalam sempat dia menghantar beberapa gambar kepada kawannya . Dia mahu tahu dengan siapa Naura berjumpa semalam  .

Inspektor Razif , merupakan kawan kepada Alif sejak kecil lagi . Dia seorang yang cekap dan boleh dipercayai .

Menurut apa yang didapatinya , lelaki di kelab semalam itu bernama A.R , salah seorang daripada pengedar dadah yang terkenal , tapi mengapa pula Naura hendak berjumpa dengannya .

Dia masih tertanya - tanya , bila tanya Naura mesejnya itu dibiarkan sepi saja mungkin dia malas hendak beritahu.

" kenapa pula kau risau dengan dia? Dia bukannya bini kau ke apa ."

" takla , perangai dia tu pelik la , asyik berubah.. kadang-kadang aku rasa macam dia tu bukan Naura . "

" maksud kau? " soal Haikal .

" maksud aku..."

Deheman seseorang menggantung bicaranya . Kelihatan Zack menghampiri mereka berdua , dia mengambil tempat duduk hadapan mereka .

" kau kata nak pergi kerja kan , kenapa tak pergi lagi " soalnya .

Jam dinding diitilik , dah setengah jam berlalu waktu bekerja Haikal . Setahunya , Haikal pernah bagitahu yang dia tidak bole lambat datang kerja , lambat seminit saja pun pasti akan dimarahi .

Ni dah setengah jam dah berlalu takkan tak nak pergi lagi kot .

" haah la , kau pergi la kerja kang lambat pula naya kau " sokong Alif

tanpa sedar Zack memandang Haikal dengan pandangan yang sukar ditafsirkan , cukup mereka berdua saja yang tahu .

Haikal melarikan pandangan nya lalu meminta diri ingin pergi bekerja .

Setelah kereta Haikal sudah meninggalkan perkarangan rumah , Zack bersuara .

" aku rasa lagi baik kalau kau jangan cerita sangat problem lau dekat dia " ujar Zack dingin  .

" dah kenapa pula " soal Alif bingung .

" aku nak kau berhati - hati , jangan cepat nak percayakan orang " pesan nya kepada Alif .

Dia sudah lama perhatikan Haikal , macam ada sesuatu yang tidak kena tentangnya .

" kalau macam tu aku tak patut la percayakan kau , sebab aku lagi kenal lama dengan Haikal berbanding kau "

Zack terdiam , tidak tahu bagaimana lagi hendak beritahu Alif . Dia bangun dari duduk lalu masuk ke dalam biliknya .

Alif hanya memerhati , kata-kata Zack kembali menerjah ingatannya . Kenapa Zack berkata begitu , fikirnya .

Dia tahu yang sejak dari mula mereka satu rumah lagi Zack sudah menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap Haikal . Ada saja yang dia tidak gemar tentang Haikal .

Takkan la sebab itu Zack masih mahu menjauhkan Haikal dari Alif ? Alif masih termenung memikirkan nya . Satu persatu masalah timbul .

<♡>

Secret identityTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang