Sampai di pejabat, dia terus menyapa pekerja² disitu dengan senyuman lalu duduk di mejanya berdepan dengan bilik Naura.
Baru saja hendak memulakan kerja perutnya memulas.
"Haih . Mesti sebab aku tak sempat sarapan tadi ni" dia membebel sendirian.
Tidak tahan dengan sakit perutnya Alif menuju ke pantry. Air dibancuh.
Matanya tertancap pada bekas biskut di atas meja. Dia mengeluarkan beberapa biskut. Dua orang gadis masuk ke pantry.
Alif hanya memandang sekilas lalu mencicip minumannya.
“Hi, pekerja baru ke? " soal salah seorang dari mereka.
Alif mengiyakan.
"Saya Sheila yang tu pula Kak Hawa" ujarnya bersama senyuman .
"Alif"
Giliran Alif memperkenalkan dirinya. Sheila mengambil tempat duduk di sebelah kiri Alif.
"Amboi borak apa ni . Curi tulang eh" gurau Azmir , tunang Sheila.
"No la apa you ni tak baik tau memfitnah . Ni ha ada pekerja baru , tu yang nak kenal-kenal tu" jelas Sheila.
Azmir memandang Alif . Tangan dihulurkan seraya memperkenalkan diri.
"Bila start , tak tahu pun" soal Azmir musykil.
Selalunya jika ada pekerja baru pasti akan dikenalkan dihadapan semua. Sheila mengangguk , dia pun ingin menanya soalan yang sama tadi tapi entah mengapa lain pula jadinya.
"Minggu lepas , korangkan masih outstation masa tu mana la korang tahu. " Kak Hawa membantu menjelaskan.
Alif juga sebenarnya bingung , benar kata kak Hawa hampir semua pekerja berkumpul semasa dia dikenalkan tapi mengapa mereka berdua tidak mengenalinya.
Baru Alif tahu yang mereka tidak berada disana ketika itu.
"Selamat pagi cik Naura " suara pekerja menyapa Naura .
Pantas Alif menghabiskan sarapannya. Usai meminta diri terus dia mengambil buku sebelum masuk ke bilik Naura.
Alif membuka fail yang diberikan oleh Fika tempoh hari. Alif terkadang pelik , dengarnya sebelum ini Fika merupakan orang yang menguruskan segala jadual Naura tapi kenapa Naura mahu mencari P.A lain , dia menyoal sendiri.
“Tengah hari nanti boss ada meeting dengan Mr.Edward berkenaan projek di Canada dan lepas tu boss kena pergi tengok site dekat Penang. Selebihnya Fika cakap yang boss suruh tunda ke hari lain,kan? Itu sahaja untuk hari nie.”
terang Alif panjang lebar berkenaan jadual yang akan dilaksanakan oleh Naura hari ini.
Naura sekadar mengangguk , rasanya tiada apa yang perlu dibicarakan lagi .
Alif memandang Naura pelik , macam ada tak kena je .
" dah baik jadi PA sekarang nak jadi security pula . " soal Naura tanpa memandang Alif .
" hah? "
" yang berdiri dekat sana tu kenapa , tak tahu jalan keluar " ujarnya senada .
Gulp ! Alif telan liur , bole tahan garang juga boss aku ni . Alif meminta diri lalu segera keluar dari bilik Naura .
<♡>
Alif mencatat kesemua maklumat berkenaan projek yang akan dibangunkan nanti. Sekali sekala dia mengambil kesempatan melihat Naura.
Dia kagum dengan Naura kerana mampu mengusahakn Alice Holding's sendirian. Cara dia membentangkan hasil kerjaya nya juga sungguh professional dan teratur.
Patutlah syarikat nie semakin maju kerana memiliki boss yang cukup bijak .
Setelah lebih kurang dua jam berlalu, perbincangan mereka pun tamat. Naura mengajak Alif pergi ke restoran kerana masing² belum mengisi perut kerana sibuk bersiap sedia untuk perbincangan yang berlangsung sebentar tadi.
Dari restaoran tadi sampai la di dalam kereta , masing - masing hanya berdiam diri . Mungkin tiada perkara yang hendak dibualkan .
Beberapa kali Alif cuba memandang ke belakang , pelik , kerana kereta yang berada di belakang mereka itu seperti mengekori mereka .
" Kenapa macam kereta belakang ni follow kita? " Alif bertanya .
Naura sudah mengetap gigi geram . Cepat saja lokasinya ditemui .
Tiba² deringan telefon memecahkan kesunyian antara mereka. Naura melihat nama si pemanggil lalu mengangkat.
Naura diam untuk memberi peluang kepada si pemanggil untuk bercakap . Sudah menjadi kebiasaannya begitu .
Naura terangguk - angguk mengiakan bicara si pemanggil .
" déjame resolver ”arah Naura.
Kelajuan kereta di tingkatkan. Alif disebelah hanya berkelakuan biasa saja , seperti sudah biasa dengan keadaan seperti ini .
Berdas - das tembakan mula kedengaran , Naura sudah mula risau , risau dengan keadaan orang sekeliling .
Dia membelok ke kanan menggunakan jalan lama , pemanduannya tidak terkawal akibat hendak mengelak tembakan .
" pandu kereta ni !!" arah Naura . Salah satu butang ditekan untuk membuka satu bumbung kecil yang memuatkan seorang saja .
Pistol kecil yang diselitkan dibelakang pinggang diambil .
Alif tidak banyak soal kerena Naura sudah pun melepaskan stereng kereta . Dia mengawal dari tempat duduknya
Naura menunggu masa yang sesuai , tiba di jambatan dia mula mencari sasaran , sasarannya adalah kepada si pemandu dengan hanya satu tembakan tepat .
Kereta mereka mula hilang kawalan kerana pemandu mereka mati ditembak , mereka cuba untuk mengawal tapi tidak sempat kerana kereta mereka terjunam ke dalam gaung berhampiran jambatan .
Success seperti yang dirancang . Naura meletakkan pistol di kerusi belakang sebelum mengambil alih pemanduan .
Setelah sampai di office, Naura pantas keluar dari kereta .
" Cik Naura " panggilnya .
" what happened just now ? " soal Alif .
Dia kena tahu apa yang berlaku sebentar tadi . Dia ni kira dah macam mangsa keadaan tau , tetiba terjerat .
" there's nothing you need to know " matanya tajam menikam anak mata Alif lalu langsung meninggalkan Alif seorang diri .
Aku terkedu melihat pandangan tajam itu , seperti......
Pandangan membunuh ?