Sinaran matahari mula masuk ke dalam bilik Alif. Alif mengeliat lalu bangun dari perbaringannya.
Alif mencapai tuala dan bergegas masuk ke dalam bilik mandi. Setelah itu dia bersiap-siap untuk pergi ke kerja. Maklumlah, hari pertama kan mestilah awal. Tak nak lah buat hal hari pertama nie.
Kemeja berwarna biru gelap menjadi pilihannya.
Sebelum pergi Alif sempat meneguk air susu yang berada di peti sejuk sebagai pengisi perut. Kang tak isi buat hal pula perut nie nanti.
Alif mempercepatkan langkah menuju ke keretanya takut dia tersekat dengan kesesakan lalu lintas maklum lah hari ini merupakan hari bekerja mesti banyak kereta di atas jalan raya.
Alif memandang syarikat yang sudah menjadi tempat mencari rezekinya.
Sungguh,masa ini la yang dinanti-nantikan. Dia memejam mata kemudian menghembus nafas perlahan. Semoga hari ini berjalan dengan lancar.
"Eh Alif awak dah sampai." Fika menyapa.
"Untuk first day cik Naura kata awak tak perlu buat banyak kerja dulu so saya nak kenalkan awak dengan staf-staf kat sini."
Setelah Alif meletakkan beg dia dibawa ke tengah-tengah .
" Morning guys . Kenalkan Alif Zikrie . PA cik Naura "
Alif berjabat tangan kepada pekerja lelaki manakala senyuman diberikan kepada pekerja perempuan .
Alhamdulillah . Hari pertama dia disambut baik oleh rakan sekerjanya . Dia mempunya semangat untuk bekerja .
Fika memberinya tunjuk ajar berkenaan selok belok company . Dia sudah menyediakan satu fail yang didalamnya ada maklumat yang mungkin diperlukan Alif.
Sesekali Alif membantu rakan barunya menyiapkan kerja . Terasa bosan pula apabila dia belum diberikan kerja .
Akhirnya dia membuat keputusan untuk membantu sedikit apa yang perlu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Secret identity
AçãoBerhati hati kerana bimbang perbuatan sendiri memakan diri .