BULI【08】♡

123 15 11
                                    


「BULI ¤ 08」

" kau buat kerja aku. " Buku tersebut dicampak ke arah muka Yumin. Nasib sempat Yumin menunduk sebelum buku tersebut mengenai mukanya.

" faham tak?! " Lelaki tersebut memegang kasar dagu Yumin memandang kearahnya. Sepasang mata coklat perang miliknya perlahan-lahan mengeluarkan air mata yang ditahan. Lantas sahaja lelaki tersebut memeluk dirinya.

" aku minta maaf. " Yumin tergamam. Tidak disangka pembuli sekolah ini meminta maaf kepadanya. Tidak pernah dia fikirkan tentang hal ini. Jungkook pula sudah menangis teresak-esak di bahu Yumin.

" k-kenapa? " bergetar suara Yumin menahan ketakutan di dalam dirinya. Tidak tahu mana datangnya keberanian, dia perlahan-lahan menggosok lembut rambut Jungkook. Lembut. Dia hanya kekal menggosok rambut Jungkook.

" aku minta maaf atas semua kesalahan aku dekat kau selama ni! hiks! aku tahu aku banyak buat salah, aku minta maaf sangat-sangat. Luka-luka di badan kau mesti semuanya punca daripada aku kan? aku minta maaf! a-aku... " Tangannya berhenti daripada mengusap kepala si pembuli sekolah. Hampir sahaja dia mahu menjerit akan luahan Jungkook yang didengarinya ini.

" teruskan.. aku sukakan usapan kau. " Jungkook memejamkan matanya. Mengalirkan air mata jantannya yang 'palsu' itu. " aku mahu berubah, tidak mahu jadi pembuli. Sebaliknya.. " Dia mengeluarkan sesuatu daripada poket belakang seluarnya. Yumin yang sedar akan kejadian itu hanya memerhatikannya tanpa berkelip. Hatinya bergelora. Tangannya masih lagi mengusap kepala Jungkook supaya Jungkook tidak sedar akan pandangan matanya yang terarah di poket belakan Jungkook. Air liur ditelan perit.

" AKU MAHU JADI ORANG YANG MEMBUNUH KAU!! " Dia mengeluarkan pisau lipatnya dari poket belakangnya tersebut. Cepat sahaja tangan Yumin menolak keras bahu Jungkook. Dia mengundur kebelakang. Matanya mulai kabur. Dia cuba untuk mencari jalan keluar daripada kelas.

" AWAK GILA KE JUNGKOOK?!! " Yumin berlari pantas ke arah pintu kelas yang terbuka. Tetapi langkah Jungkook yang besar membuatkan dia sampai lebih awal daripada Yumin. Dia menutup pintu tersebut dengan senyuman sinisnya. Tidak lupa juga pisau lipat itu terarah ke arah Yumin.

" Kau gerak, aku campak. " Dia mendekati Yumin perlahan-lahan. Pisau tersebut diturunkan ke arah leher Yumin pula. " Kau nak lembut.. "  Jungkook menjilat pisau lipat tersebut sehingga ke hujung yang tajam. Matanya merenung tajam kearah Yumin. " atau kasar, sayang. " Dia menghala pisau tersebut ke arah Yumin secara tiba-tiba. Yumin pula sudah tersandar di dinding.

" and yes, aku gila. Gila sebab diri kau yang bodoh! miskin! " Jungkook menekan sedikit hujung pisau tersebut di leher Yumin. Yumin mengaduh kesakitan.

" a-apa yang saya b-buat dekat awak?! " dengan segala kudratnya dia berjaya menolak tubuh Jungkook menjauhinya. Tangannya memegang lehernya yang terkoyak sedikit. Perlahan-lahan dia jalan mendekati pintu kelas.

" aku tak t-tahu! tapi aku rasa nak bunuh kau sekarang! sebab aku benci kau! " Matanya bertukar merah. Yumin sudah bersedia memegang tombol pintu kelas. Bersedia untuk lari daripada syaitan bertopengkan manusia tersebut.

TOK! TOK! TOK!

" HELLO APA BISING- BISING TU?! NAK BUAT ANAK SILA BUAT DI DALAM BILIK BUKAN KELAS OKAY?! "

BULI | 전정국Where stories live. Discover now