「BULI ¤ 10」•
Yumin duduk mengecilkan diri di sudut ruang miliknya. Tangannya meramas rambutnya kuat. Air mata tidak berhenti mengalir sejak malam semalam. Trauma.
" tak! Aku tak buat! " Kepalanya dihantukkan ke dinding banyak kali. Hampir sahaja berdarah kepalanya. Badannya dibaringkan pula di atas katil bersaiz queen buat dirinya. Tangannya menggenggam cadar dan matanya dipejam untuk cuba melupakan perkara semalam.
" t-tak! " Yumin menjerit ketakutan. Dia memeluk lututnya. Mukanya disembamkan di kepala lututnya. Air mata yang sentiasa menemaninya setiap hari makin menjadi-jadi.
'
klekkk!! '
Yumin memandang ke arah pintu biliknya yang terbuka sendiri. Padahal pintu tersebut sudah berkunci.
Jam di dinding terus dikerling. Jam digital tersebut sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Serta-merta membuat bulu roma Yumin meremang.
Dia berjalan mendekati pintu tersebut. Kepalanya dikeluarkan sedikit untuk melihat keadaan di luar.
' senyap sunyi. siapa yang bukak? '
Hati kecilnya mula berbisik sendirian. Kepalanya ditutup sepenuhnya dengan hoodie kepunyaan Yoonji. Mahu menjaga aurat walaupun di masih belum memasuki Islam.
Yumin mula membuka langkah untuk mengikuti bayang yang dia nampak tadi. Bulu roma semua sudah naik habis.
Tiba sahaja dia di dapur, dia melihat lembaga tersebut berada di atas sebuah rak makanan. Matanya terbeliak.
Lembaga tersebut tersenyum menampakkan gigi taringnya yang panjang. Yumin mula mengambil peralatan yang boleh dijadikan bantuan untuknya. Pisau yang dicapainya terus dituju ke arah lembaga tersebut.
" KAU SIAPA?! " Hampir hilang anak tekak Yumin menjerit. Tangannya masih setia menujukan pisau tersebut.
Lembaga tersebut tersenyum sinis sebelum menghilangkan diri di dalam tubuh Yumin. Tangan Yumin secara automatik menujukan hujung mata pisau tersebut ke arah perutnya.
Dirinya yang sebenar cuba untuk memberhentikan kejadian tersebut.
' tak! jangan! '
Pisau tersebut menyucuk sedikit perutnya. Hatinya sudah berdoa banyak kali supaya perkara tersebut dihentikan. Dia tidak mahu manusia yang tidak bersalah terkena tempias nasib malangnya. Cukup dia sahaja yang merasainya.
Yumin sudah redha. Pisau tersebut dicucuk hampir setengah. Air matanya mengalir deras.
' sesiapa datanglah! '
Tidak tahu dari mana datangnya tangan terus menarik pisau tersebut dari perut Yumin. Matanya dibesarkan tanda tidak percaya. Yumin terduduk di atas kerusi yang berada berdekatan. Perutnya ditekan.
" KAU GILA?! " Suara garau lelaki itu membuatkan Yumin terhincut bahunya sedikit. Yoongi terus mendukung Yumin membawanya ke atas katil miliknya. Band-aids dicapai dan dibuka.
Kain bandage yang memang dah disediakan di dalan kotak band-aids itu diambil. Baju Yumin diselak sedikit dan dia mengambil tuala basah. Kain basah tersebut dilekapkan di kesan tikaman tadi.
Yumin merintih kesakitan
Kain bandage itu kemudiannya dililitkan di sekeliling pinggang Yumin. Tubuh kecil tersebut didukungnya secara bridal style.
YOU ARE READING
BULI | 전정국
Fanfiction" Disebabkan kau, semuanya hancur berderai bak kaca yang pecah seribu. " - Jung Yumin " Kau punca semua ni berlaku! " - Jeon Jungkook [Siapa sangka hati yang putih jernih mampu menjadi sehitam arang. ] Start : 8 April 2020 End :