「BULI ¤ 03」
•
2 Hari Kemudian..
TIT... TIT.. TIT..
Dari setiap sudut dapat dilihat jari Yumin yang bergerak perlahan. Matanya dibuka perlahan-lahan sebelum melihat adiknya yang sedang tidur di atas bangku yang disediakan di sebelahnya.
Perlahan-lahan dia membelai sedikit rambut Taeho. Tanpa sedar, matanya perlahan-lahan mengeluarkan titisan cecair jernih.
" N-noo..na m-minta maaf ya, Taeho? Noona j-janji akan lebih b-ertenaga d-demi kita seke..luarga.. " Matanya dipejam rapat.
" oh, N-noona! " Taeho menggosok matanya sebelum tersenyum gembira.
" Noona okay? ada sakit mana-mana tak? Beritahu je Taeho, nanti Taeho kerjakan siapa yang buat noona macam ni! Tak ada perasaan langsung! " Taeho menyilangkan tangannya.
Yumin tertawa kecil. Dia melihat keadaan sekeliling.
" Taeho-ah, macam mana dengan bil hospital? " Taeho memandang kakaknya sambil menggarukan kepalanya.
" t-tu, appa sedang berusaha mencari duit. Tapi noona jangan risau, appa mesti boleh! " ujar Taeho bersemangat.
Yumin tersenyum lemah.
.
.
.Yumin's POV
Aku tersenyum lemah.
Aku lemah.
Aku tak berguna.
Kenapa aku lemah sangat? Kesian appa mesti dia tengah susah hati.
" Taeho.. " Aku memanggilnya dengan lembut.
" Noona ada simpan duit sedikit untuk kepentingan Noona. Nanti cakap dekat appa suruh dia guna duit tu untuk bayar bil hospital. " Aku tersenyum kepadanya.
Taeho hanya mendiamkan diri sahaja.
" tapi noona- " aku memotong percakapannya.
" tak ada tapi-tapi. Guna je duit tu. Noona taknak tengok appa susah,cari duit untuk noona. noona boleh buat sendiri. " Taeho hanya mengangguk sambil menggenggam tanganku.
" Taeho dengar cakap appa okay? " Aku tersenyum lemah melihatnya. Taeho hanya memandang muka aku dengan mata yang merah.
" baiklah. Semua ni demi noona. " Ujar Taeho menahan sebak.
" Walau apa pun orang cakap dekat keluarga kita, kita kena bersyukur okay? Walaupun hidup keluarga kita tak semewah orang lain kita kena bersyukur sebab eomma dan appa sanggup jaga kita dari kecil hingga besar. Noona taknak Taeho berputus asa dengan cepat. Noona percaya hidup kita pasti akan berubah suatu hari nanti. " Aku berkata sambil mengelap air mata aku yang mengalir di pipi.
•••
Jungkook's POV
" Weh , amacam dengan budak miskin tu? Dah dua hari aku tak nampak dia. Dah mampus agaknya. " Taehyung memulakan bicara.
" Entah dia, yang kau care sangat pasal dia kenapa? bukannya kau tu suami dia pun. " Jimin menggulingkan biji matanya. " Lagipun dia tu suka menyusahkan semua orang, acah-acah sakit padahal aku tengok muka elok je! heh! kuat berlakon. " Jimin menjulingkan matanya ke atas.
Aku hanya termenung memikirkan Yumin. Kenapa dia tak datang dua hari ni? Eh. Buat apa aku kisah pasal dia pula. Dia tu cuma tempat aku melepaskan geram je. Tak lebih.
" Weh Kook, kenapa kau diam je? selalu kau yang paling bising. Jangan cakap kau teringat dekat budak miskin tu. " Taehyung menepuk bahu aku kuat.
Aku hanya mendengus kasar.
" Tak nak aku dengan dia. Harap muka je cantik tapi perangai bodoh! kelas terakhir pula tu! Miskin tu jangan cakap lah. Heh! " Aku membidas percakapannya.
" Haritu aku kurung dia dekat stor lama, biar padan muka dia terkurung dalam tu. hahaha! " Ujarku sambil tergelak jahat.
" bodoh betul! " Jimin menampar belakang kepalaku dengan kuat.
haih nasib sayang.
•••
TO BE CONTINUE
stories by : Tnisha-93
YOU ARE READING
BULI | 전정국
Fanfic" Disebabkan kau, semuanya hancur berderai bak kaca yang pecah seribu. " - Jung Yumin " Kau punca semua ni berlaku! " - Jeon Jungkook [Siapa sangka hati yang putih jernih mampu menjadi sehitam arang. ] Start : 8 April 2020 End :