《2》

268 45 21
                                    

Kelas Hong Joong telahpun tamat. Hong Joong mengemas begnya lalu keluar dari kelas untuk berjumpa rakan-rakan Ateeznya

Semasa hendak menuruni tangga, Hong Joong ditolak dengan kuat menyebabkan dia terjatuh dari tangga

Pandangan Hong Joong menjadi gelap. Yang terakhir dilihatnya ialah Tae Yong dan ahli NCT U

**

"Hong. Kau okay tak?" Hong Joong membuka matanya. Kepalanya berpusing. Seong Hwa menghalang Hong Joong dari bangun. "Aku dekat mana?"

"Kau dekat hospital. Min Gi dengan Woo Young jumpa kau dekat tangga" kata Seong Hwa. Yun Ho, Jong Ho, Min Gi, Woo Young dan Yeo Sang mendekati leader kecik mereka

"Hyung! Kitorang risau gila dekat hyung!" Kata Yun Ho sambil memeluk Hong Joong. Hong Joong menjerit kesakitan kerana merasa sakit di badannya

"Ah mian" Yun Ho melepaskan pelukannya. Hong Joong cuba untuk menggerakkan badannya tetapi tidak boleh. Terasa sakit yang teramat

"Dah janganlah banyak gerak. Kau tu baru je kena belasah dengan geng NCT U tu" kata Seong Hwa. Hong Joong cuba untuk mengingati semula tetapi kepalanya teramat sakit

"Hyung, hehet belikan sup ayam dekat kantin hospital tadi. Makanlah dulu" kata Yeo Sang sambil menghulurkan sebungkus plastik. Hong Joong tersenyum lalu memakannya

Malam itu, Woo Young dan Jong Ho menjaga Hong Joong. Puas Hong Joong melarang tetapi mereka tetap keras kepala. Nasiblah dapat adik-adik macam ni

"Aku sebenarnya penat dengan semua ni. Bila semua ni nak berakhir? Aku penat kena belasah hari-hari, duit kena ambil hari-hari. Penat" luah Hong Joong kepada Jong Ho dan Woo Young

Jong Ho dan Woo Young tidak tahu mahu membalas apa. Mereka pun tidak tahu mengapa Hong Joong selalu menjadi mangsa geng NCT U

...

Jong Ho dan Woo Young sudah tertidur di sofa yang ada di wad Hong Joong. Hong Joong masih tidak dapat melelapkan matanya. Hong Joong senyap-senyap keluar dari wadnya lalu berjalan sekitar hospital

Hospital agak sunyi kerana para pesakit sudah tidur. "Nak pergi mana tu?" Tanya seorang nurse kepada Hong Joong

"Ambil angin sekejap" kata Hong Joong sambil tersenyum. Nurse itu membalas senyumannya. Hong Joong pergi ke taman yang ada di hospital itu

Hong Joong duduk di kerusi taman itu. Hong Joong termenung mengenangkan nasibnya. "Baik aku mati" kata Hong Joong

Tiba-tiba Hong Joong dikelilingi kabus tebal. Hong Joong ketakutan. Ada seorang lelaki muncul dibalik kabus tebal itu. "Perlukan bantuan? Aku akan tolong kau mendapatkan keadilan" kata lelaki itu, Choi San

"K-kau si-siapa?" Tanya Hong Joong ketakutan. Dahlah serba hitam. Seram Hong Joong dibuatnya. "Aku Choi San. Aku roh yang membantu korang dapatkan keadilan" kata Choi San

"Apa yang aku boleh buat untuk dapatkan keadilan?" Tanya Hong Joong. Choi San memetik jarinya lalu muncullah sehelai kertas dan sebatang pen di sebelah Hong Joong

Hong Joong mengambil kertas dan pen itu. Pandang sahaja ke hadapan, Choi San dan kabus tebal itu sudah hilang. Hong Joong tercari-cari Choi San

"Welcome to Death Mist. Tugas kau teramatlah senang. Kau perlu tulis nama orang yang kau nakkan keadilan daripadanya dan keadilan apakah yang kau nak aku buat. Keadilan akan terlaksana dengan serta merta" Hong Joong tanpa teragak-agak menulis nama Lee Tae Yong dan keadilan yang diinginkannya

Jujur sudah lama dia menahan perasaan ini. "Aku tak sabar nak tengok keadilan ni dilaksanakan" Hong Joong tersenyum bangga

Skip

Lee Tae Yong dan geng NCT U berbual-bual di sebuah restoran. Mereka yang paling riuh disitu

"Yong hyung. Aku rasa aku tak naklah buli si Hong Joong tu. Aku nak insaf macam Jung Woo" kata Do Young tiba-tiba membuatkan Tae Yong bengang

Tae Yong mencengkam kolar baju Do Young. Do Young ketakutan. "Kau apahal tiba-tiba nak insaf?! Kau tak ingat apa yang aku buat lepas si Jung Woo tu blah?! Kau nak kena jugak macam Jung Woo ke hah?!" Tengking Tae Yong

"Tapi aku nak berubah hyung. Aku tak nak jadi jahat lagi" dengan beraninya Do Young menjawab. Satu tumbukan dilepaskan di wajah Do Young. "Baik kau blah sekarang sebelum aku lumat kau" jerkah Tae Yong

Do Young mengambil begnya dan terus keluar dari restoran itu. Member NCT U yang lain hanya diam. Tae Yong meramas rambutnya kasar. Do Young memang nak kena macam si Jung Woo tu kena

Flashback

"Yong hyung. Aku nak berhenti buli orang" kata Kim Jung Woo atau lebih dikenali sebagai Snoopy Woo. Tae Yong memandang Jung Woo dengan pandangan tajam

"Kau dah kenapa tiba-tiba macam ni Snoopy?!" Tengking Tae Yong. Terhinjut bahu Jung Woo mendengar tengkingan Tae Yong

"Semalam aku nampak si Hong Joong tu kerja lepas balik sekolah. Aku ikut dia sampai rumah dia. Aku nampak mak dia duduk atas wheelchair. Aku kesian tengok dia" kata Jung Woo

Tae Yong menghadiahkan sebuah tumbukan di perut Jung Woo. Tertunduk kesakitan Jung Woo akibat tumbukan itu. Tae Yong mencengkam rambut Jung Woo. Jung Woo menahan sakit

"Kau nak mati ke Snoopy? Kau jangan cari pasal dengan aku. Kau ni dah dikira adik kesayangan aku tau. Baik kau fikir betul-betul sebelum aku buat kau tak boleh bergerak langsung" ugut Tae Yong

"Aku nak berhenti hyung" kata Jung Woo lemah. Tae Yong menendang perut Jung Woo sehingga dia baring terlentang. "Kau ni memang bodoh!"

Tae Yong membuka baju Jung Woo. Jung Woo cuba menghalang tetapi dia tersangatlah lemah. "Seksi" Tae Yong memulakan aksinya. Jung Woo menangis sepuas-puasnya

End flashback

Tae Yong memecut laju motosikalnya. Sepanjang perjalanan dia teringat kata-kata Do Young tadi. Tae Yong memulas handle motor agar lebih laju motornya bergerak

Lampu isyarat berwarna hijau, Tae Yong memecut dengan laju tiba-tiba

BANGGGGG!!

Tubuh Tae Yong tercampak jauh begitu juga motosikalnya. Lori yang melanggarnya tadi hilang sekelip mata. Orang ramai berkerumun mengelilingi Tae Yong

Ada yang menelefon ambulans. Tae Yong sudah nyawa-nyawa ikan. Darah mengalir keluar dari kepalanya. Yang terakhir dilihatnya ialah kabus tebal mengelilinginya dan seorang lelaki berpakaian serba hitam mendekati Tae Yong

"Keadilan telah dilaksanakan" kata lelaki itu lalu hilang bersama kabus tebal tadi. Saat itu juga, Lee Tae Yong menghembuskan nafasnya yang terakhir sebelum sempat ambulans tiba

....

#manote

Wah Tae Yongku sudah tiada😢 korang fahamkan apa yang Tae Yong buat dekat Jung Woo? Fahamkan? Kan?

Kalau tak faham, ha hahaha tak taulah hue

Enjoy;)

[C] DEATH MIST 《SAN》Where stories live. Discover now