《12》

167 29 0
                                    

Min Gi dibawa ke klinik oleh Seong Hwa. Nasiblah hanya cedera ringan saja. Seong Hwa dan Min Gi keluar dari klinik. "Jomlah pergi makan dulu. Kalau kau sakit sangat aku hantar kau balik jelah"

Min Gi menggeleng. "Aku okay hyung. Makan benda yang penting. Jom jom" Seong Hwa tersenyum dengan perangai Min Gi yang tak ubah macam budak kecik. Seong Hwa dan Min Gi menuju ke sebuah restoran

****

Seong Hwa dalam perjalanan mahu ke wad Puan Park tetapi ada seorang budak lelaki terlanggarnya sehingga air yang dipegang budak itu terjatuh

Seong Hwa membantu budak lelaki itu. "Mianhae hyung. Ne No tak tengaja tadi" kata budak lelaki itu. Seong Hwa melutut agar ketinggiannya sama dengan budak itu tapi Seong Hwa tetap tinggi walaupun sudah melutut hmm

"Kenapa sorang-sorang? Eomma appa mana?" Tanya Seong Hwa sambil mengelus lembut rambut budak itu. "Eomma dengan appa Ne No tinggalkan Ne No" kata budak lelaki itu

"Nama apa ni?" Tanya Seong Hwa. "Lee Je No. Hyung boleh panggil Ne No" kata Je No sambil tersenyum menunjukkan puppy eyes nya

Seong Hwa tersenyum. "Biar hyung ganti air Ne No okay?" Kata Seong Hwa tetapi Je No pantas menggeleng. "Eomma kata tak elok minta orang" kata Je No

"Hyung belanjalah. Jom" Je No tersenyum begitu juga Seong Hwa. Seong Hwa memimpin tangan Je No ke kafeteria hospital

....

"Ne No! Ne No pergi mana? Risau eomma!" Kata seorang wanita. Mungkin eomma Je No. Seong Hwa menunduk hormat kepada eomma Je No. "Mianhae ahjumma. Tadi saya jumpa dia jadi saya bawak dia pergi kafeteria. Mian buat ahjumma risau"

"Akh gwenchana. Mian sebab menyusahkan encik?" Seong Hwa tersenyum

"Tak perlu panggil saya encik. Saya Park Seong Hwa. Panggil je Hwa" Puan Lee mengangguk lalu tersenyum. Je No pula sedang enak menyedut bubble tea yang dibeli oleh Seong Hwa

"Okaylah Hwa minta diri dulu ahjumma. Annyeong Ne No ah" Seong Hwa melambai Je No. Je No membalasnya dengan senyuman yang manis

Seong Hwa berjalan ke wad eommanya dan Seong Hwa melihat beberapa jururawat dan seorang doktor berlari tergesa-gesa ke wad eommanya. Seong Hwa tidak sedap hati lalu memecut ke wad eommanya

Seong Hwa menolak daun pintu wad eommanya. Seorang doktor lelaki sedang menggunakan defibrillator kepada Puan Park. "Ppalli!" Doktor itu meletakkan alat itu di dada Puan Park. Badan Puan Park terhinjut (?) dek kerana alat itu

Seong Hwa ingin mendekati Puan Park tetapi pantas ditarik keluar oleh jururawat yang lain. "Eomma! Bagi saya masuk! Jebal!" Seong Hwa sudah dibanjiri dengan air mata

"Bawa bertenang encik Park. Kami akan merawat eomma encik" kata jururawat itu. Seong Hwa duduk di kerusi yang ada di hadapan wad itu. Seong Hwa menekup mukanya lalu menangis. Dia berdoa agar eommanya selamat saja

Doktor itu keluar dari wad Puan Park. Seong Hwa segera mendekati doktor itu. Wajah doktor itu sayu sahaja. Seong Hwa seperti mengetahui maksud doktor itu terus merempuh pintu wad Puan Park

"Eomma andwae! Jebal jangan tinggalkan Hwa! Hwa dah tak ada siapa-siapa lagi! Jebal jangan tinggalkan Hwa macam mana appa tinggalkan Hwa! Eomma jebal" Seong Hwa memeluk tubuh kaku Puan Park. Seong Hwa meraung sekuat-kuatnya. Kini dia bersendirian tanpa ibu bapa disisi

[C] DEATH MIST 《SAN》Where stories live. Discover now