Puan Kim menangis kegembiraan apabila anak kesayangannya sudah sedar setelah 4 bulan terlantar koma. "Jung Woo-ah! Appa dengan eomma rindu Jung Woo sangat-sangat" kata Puan Kim. Jung Woo tidak ingat apa-apa pun
"Ahjumma ni eomma saya?" Puan Kim mengangguk walaupun itu agak memedihkan apabila seorang anak tidak mengingati ibu bapanya sendiri. Encik Kim sedang berbincang dengan doktor tentang masalah Jung Woo. Seong Hwa dan Hong Joong turut mendengar
"Jung Woo mengalami amnesia. Peratus untuk dia ingat balik 20% sahaja. Jadi kamu semua mestilah bantu dia ingat diri dia semula. Jung Woo juga mengalami trauma kerana peristiwa itu. Buat masa ini jangan biarkan Jung Woo stress" terang doktor itu. Encik Kim hanya mengangguk
"Gomawo sebab tolong tengokkan anak ahjussi tadi Seong Hwa, Hong Joong" Encik Kim tersenyum. Seong Hwa dan Hong Joong tersenyum juga lalu menunduk hormat untuk meminta diri
....
"Hong. Kau pergilah dulu wad diorang. Aku nak pergi kantin. Kau nak apa-apa tak?" Kata Seong Hwa.
"Nanti aku chat kau. Bye" Hong Joong meninggalkan Seong Hwa. Setelah memastikan yang bayang Hong Joong telah hilang, Seong Hwa menuju ke sebuah wad peribadi. Tertera nama Puan Park disitu
Seong Hwa menolak pintu wad dengan perlahan. "Eomma" kata Seong Hwa kepada Puan Park yang masih koma itu. Seong Hwa memegang tangan Puan Park.
"Eomma. Eomma ingat tak Kim Jung Woo? Kawan lama Hwa tu. Dia baru je sedar tadi. Eomma bila nak sedar? Hwa rindu nak peluk eomma, nak sembang dengan eomma. Eomma sedarlah cepat. Janganlah tinggalkan Hwa" tanpa Seong Hwa sedari, air matanya mengalir. Dengan pantas Seong Hwa mengesat air matanya
"Hwa pergi dulu ya eomma. Sedar cepat tau. Saranghae eomma" Seong Hwa mencium dahi Puan Park sebelum meninggalkan wad ibunya. Seong Hwa menghela nafasnya lalu pergi ke kantin untuk membeli makanan
***
"Aku rindu Yeo Sang dengan Yun Ho" kata Min Gi kepada Woo Young dan Jong Ho. Woo Young berhenti makan. Ketiadaan Yeo Sang, Yun Ho, Seong Hwa dan Hong Joong amat dirasai. "Lepas habis sekolah jom pergi hospital nak?" Cadang Jong Ho. Mereka mengangguk setuju
"Nak pergi hospital huh? Tu pun kalau kau sempat hidup" orang itu meninggalkan mereka setelah curi-curi dengar perbualan mereka
.....
"Min Gi hyung! Woo Young hyung ppalli! Nanti aku tinggalkan hyung kang!" Jerit Jong Ho. Min Gi dan Woo Young berlari sepantas yang mungkin
"Kau ni kejaplah. Penat kau tau tak" kata Woo Young. Jong Ho tersengih. Mereka menaiki kereta Jong Ho. Driver peribadi Jong Ho menghantar mereka ke hospital
Perjalanan berjalan dengan lancar tiba-tiba...
POMMMMMM!!
Kereta yang dinaiki mereka hilang kawalan. Driver Jong Ho cuba untuk mengawal stereng kereta tetapi malang, mereka terbabas lalu melanggar penghadang jalan
"Aduh sakitnya" kata Min Gi. Min Gi memandang Woo Young di sebelahnya. "Woo Young bangun" Min Gi sudah menangis. Min Gi mendail nombor seseorang. "Hong Joong hyung"
Jae Hyun tersenyum dari jauh apabila melihat kereta Jong Ho terbabas. Tidak sia-sia dia tabur paku dekat jalan tadi. Jae Hyun menghidupkan enjin motosikalnya dan pergi dari situ
YOU ARE READING
[C] DEATH MIST 《SAN》
AcakApabila seseorang itu dalam kesusahan yang amat berat, akan datangnya kabus yang tebal mengelilinginya. Akan ada seseorang yang muncul dibalik kabus tebal itu "Welcome to Death Mist. Aku akan bantu kau untuk mendapatkan keadilan" Marilah singgah ATE...