《10》

185 32 9
                                    

"Rumah kau dekat mana San?" Tanya Woo Young. San memandang Woo Young. "Atas gunung" Woo Young mengangguk. Sebenarnya nak tergelak tapi ditahan

"Dah jom balik semua" kata Seong Hwa yang baru saja habis kelasnya. Hong Joong pulang dahulu kerana dia terus ke tempat kerjanya. Mereka semua keluar dari pagar sekolah

"Hyung. Tolong hantar aku dekat kedai boleh?" Tanya Yeo Sang. Seong Hwa hanya mengangguk. "Korang jalan baik-baik tau. Yun bawa basikal elok-elok bye" mereka mengangguk

Yun Ho dan Min Gi melambai Woo Young, San dan Jong Ho lalu mengayuh basikal mereka. "Appa aku dah sampai. Hyung tak nak tumpang ke?" Tanya Jong Ho.

"Tak apalah. Aku dah biasa jalan kaki" kata Woo Young lalu melambai Jong Ho. Kini tinggal Woo Young dan San sahaja. "Kenapa kau tak balik lagi San?" Tanya Woo Young

"Biar aku teman kau" kata San. Woo Young hanya mengangguk lalu berjalan bersama San. "Tak menyusahkan kau ke?" San menggeleng. Sepanjang perjalanan mereka hanya diam

...

"Oppa!" Seorang kanak-kanak perempuan berlari ke arah Woo Young. Woo Young memeluk adik perempuannya. "Annyeong Jung Woo Na. Eomma mana?" Tanya Woo Young kepada Woo Na, adik perempuannya

"Eomma belum balik. Lama Woo Na tunggu oppa" kata Woo Na sambil mencebik. Woo Young mencubit pipi adiknya. "Akh ni chingu oppa, Choi San" San tersenyum ke arah Woo Na. Woo Na membalasnya

"Mian. Rumah aku tak besar macam rumah orang lain. Mian kalau kau tak selesa kena duduk dekat lantai" kata Woo Young lalu menuang air untuk Choi San

Kehidupan Woo Young sederhana saja. Di rumahnya hanya ada sebuah sofa, itupun sudah terkoyak rabak. Setelah appanya pergi, eommanya yang bekerja menanggung dirinya dan Woo Na

"Gwenchana. Aku okay" kata Choi San. "Oppa ajarkan Woo Na yang ni" kata Woo Na lalu menunjukkan bukunya. Woo Young mengajar adiknya. Choi San hanya memerhati

Choi San POV

Bila tengok Woo Young dengan adik dia, dia buat aku teringat dekat adik aku, Choi Han

Apalah yang Choi Han tengah buat sekarang? Mesti dia sedih abang dia dah tak ada. Kenapalah aku langgar peraturan Death Mist dulu. Aku menyesal

End pov

"Aku balik dulu. Annyeong" Choi San terus keluar dari rumah Woo Young. Woo Young tidak sempat berbuat apa-apa

.....

Seong Hwa menyarungkan bajunya lalu menyikat rambutnya rapi. Dipandang frame gambar di mejanya. Gambar appa, eomma dan dirinya. Seong Hwa rindu akan waktu itu

"Aku menyesal Seong Hwa" Seong Hwa terkejut apabila Choi San tiba-tiba ada disebelahnya dengan pakaian serba hitam itu. Kabus tebal mengelilinginya

"Kau ni terkejut aku. Apa yang kau menyesal?" Tanya Seong Hwa. Nasib tak kena heart attack tadi

"Aku menyesal langgar peraturan Death Mist dulu" kata Choi San sayu. Seong Hwa sedikit blur. "Langgar peraturan?" Choi San mengangguk

Choi San flashback

"Andwae! Bagi baliklah beg aku!" Kata Choi San kepada Da Won, geng SF9. Da Won menyelongkar beg San lalu menjumpai barang yang dikehendakinya. "Banyaknya. Gomawo" Da Won mengambil wang itu

"Andwae! Tu yuran sekolahlah! Bagilah balik! Woi sial!" Satu tumbukan singgah di wajah kacak Choi San. Choi San terjatuh

[C] DEATH MIST 《SAN》Where stories live. Discover now