"Aku dah lama sabar dengan kau hyung" Jong Ho tersenyum sinis. Senyumannya begitu menyeramkan. Win Win berusaha untuk tetapi malangnya Jong Ho memijak perut Win Win lalu mencangkung di hadapan Win Win
Berpeluh Win Win dibuatnya apabila melihat pisau yang berkilat di tangan Jong Ho itu. "Aku jaga elok-elok pisau ni untuk kau hyung. Khas untuk kau" kata Jong Ho lalu ketawa
"Hyung takkan kita nak biarkan je" kata Yeo Sang sambil menggoncang bahu Seong Hwa. Seong Hwa buntu
Jong Ho bersedia untuk menikam Win Win tetapi..
"ANDWAE!!!"
Jong Ho dan Win Win memandang ke arah suara itu. Jong Ho agak terkejut apabila melihat barisan hyung-hyungnya. "Apa hyung semua buat dekat sini?"
"Kau gila ke Jong Ho?! Aku taulah kau dah tak tahan dengan semua ni tapi kau janganlah jadi pembunuh Choi Jong Ho! Aku sayang kau!" Kata Yun Ho. Jong Ho terdiam
Win Win menendang Jong Ho sehingga Jong Ho jatuh terbaring. Win Win merampas pisau Jong Ho lalu diacukan di leher Jong Ho
"Kalau kau tak nak dia mati! Jangan berani dekat dengan aku!" Kata Win Win
"Dahlah Win Win! Ingat akibatnya kalau kau bunuh orang!" Kata Seong Hwa yang cuba mendekati Win Win bersama ahli yang lain
"Jangan dekat!!" Jerit Win Win. Jong Ho menyiku perut Win Win dan merampas kembali pisaunya
"Jangan halang aku hyung! Aku dah penat dengan semua ni! Biar aku bunuh je dia ni!" Kata Jong Ho menikam dada Win Win. Ateez tidak menghalang Jong Ho
Jong Ho menikam Win Win berkali-kali. Yun Ho menolak Jong Ho. "Dahlah pabo!" Yun Ho menumbuk wajah Jong Ho sambil menangis
Tiba-tiba kabus tebal mengelilingi mereka. Seong Hwa sudah pasti ini akan terjadi. Seseorang muncul disebalik kabus tebal itu
Yang lain terkejut melihat orang itu kecuali Seong Hwa, Hong Joong dan Jong Ho. "Ch-Choi San?"
Choi San mengangkat wajahnya memandang mereka semua lalu tersenyum sinis. Sepantas kilat Choi San sudah berada di hadapan Jong Ho
"KAU DAH LANGGAR PERATURAN DEATH MIST CHOI JONG HO!!" suara Choi San amat menyeramkan. Mukanya tidak mempamerkan sebarang senyuman
"Mianhae! Aku tak sengaja Choi San! Mian!" Rayu Jong Ho sambil memeluk kaki Choi San. Yang lain masih tercengang melihat Choi San yang berpakaian serba hitam seperti malaikat maut
Choi San memegang kepala Jong Ho. "Selamat bertugas Choi Jong Ho" baru saja Choi San hendak memulas kepala Jong Ho, tiba-tiba....
"ANDWAE!!!"
Choi San menghentikan perbuatannya. Semua memandang ke arah Seong Hwa. "Biar aku yang gantikan tempat kau Choi San! Jangan ambik nyawa Jong Ho! Ambik nyawa aku untuk ganti tempat kau!" Kata Seong Hwa
"Yah Park Seong Hwa! Kau gila ke hah?! Jangan tinggalkan aku weh" kata Hong Joong yang sudah menangis itu. Seong Hwa menyeka air mata Hong Joong lalu memeluknya. "Gomawo untuk semuanya"
Seong Hwa pergi pula memeluk member yang lain sebelum mendekati Choi San yang masih memegang kepala Jong Ho
"Seong Hwa hyung. Mianhae!" Kata Jong Ho. Seong Hwa hanya membalas dengan senyuman
"Seong Hwa hyung andwae!!" Jerit Woo Young dan Min Gi. Seong Hwa menarik nafas dalam-dalam. Choi San melepaskan kepala Jong Ho
"Kau pasti?" Tanya Choi San. Seong Hwa hanya mengangguk. Member yang lain tidak mampu menghalang keputusan Seong Hwa. Apa yang mereka mampu buat ialah menangis
Choi San memegang kepala Seong Hwa. Seong Hwa menutup matanya. Dia tidak kisah jika perlu berkorban nyawa untuk sahabatnya. "Hana. Dul--"
*****
5 tahun kemudian
Sudah 5 tahun peristiwa itu berlaku. Peristiwa itu masih segar di ingatan masing-masing.
Flashback
"Hana. Dul--"
Seong Hwa membuka matanya perlahan. Semua member berlari ke arah Seong Hwa lalu memeluknya. Seong Hwa pelik. Mengapa dia tidak mati?
"Apa dah jadi?" Tanya Seong Hwa. "Choi San lepaskan hyung lepastu terus hilang" kata Woo Young tersedu-sedan
Seong Hwa memeluk semua membernya.
End flashback
"Hyung bagilah balik ice americano aku!!" Jong Ho mengejar Min Gi yang telah mencuri ice americanonya. "Sikitlah! Kedekutlah kau ni Jong Ho!" Kata Min Gi.
Jong Ho mengambil sebiji epal lalu menggenggamnya sehingga lumat dengan wajah yang menyeramkan. Min Gi memulangkan semula ice americano Jong Ho. "Hehe mian"
Seong Hwa dan member lain hanya ketawa. "Sedarlah kau tu dah 20 tahun Min Gi!! Dah tua dah! Buanglah sikit perangai budak-budak tu" kata Yun Ho
"Eh muda lagi okay? Nanti umur aku 60 tahun aku buanglah perangai comel aku ni" kata Min Gi sambil flip hair. Yun Ho membuat muka menyampahnya
"Dah jom gerak pergi uni" semua mengangguk lalu menyerbu masuk ke dalam kereta Seong Hwa. "KAJJA!!" Seong Hwa memulakan perjalanan ke Mars Shiber University
.....
Sewaktu mereka mahu berjalan ke kelas masing-masing, Yeo Sang terlanggar seseorang sehingga kedua-duanya terjatuh. "Akh mianhae"
Yun Ho membantu Yeo Sang bangun manakala Seong Hwa membantu lelaki itu bangun. Semua tercengang melihat wajah lelaki itu
"Aku kembali sebagai manusia" kata Choi San sambil tersenyum menampakkan lesung pipitnya. Ateez bersorak gembira
***
"Macam mana kau boleh jadi manusia San?" Tanya Min Gi. Choi San tersenyum. "Kesalahan aku dah dimaafkan" mereka hanya mengangguk.
"Now jom kita bersorak macam selalu!!" Kata Hong Joong. Mereka semua mengangguk lalu mengangkat tin coke masing-masing
"8 MAKES 1 TEAM!!"
-THE END-
#MANOTe
Yeahh habis! Yuhuuuu ok enjoy!
Ok ni happy ending right? Sya akan buat dua ending. So pilihlah korang nk ending yg mana ok?! Byee
YOU ARE READING
[C] DEATH MIST 《SAN》
DiversosApabila seseorang itu dalam kesusahan yang amat berat, akan datangnya kabus yang tebal mengelilinginya. Akan ada seseorang yang muncul dibalik kabus tebal itu "Welcome to Death Mist. Aku akan bantu kau untuk mendapatkan keadilan" Marilah singgah ATE...