《9》

182 30 22
                                    

"Aku dekat mana ni?" Yun Ho memanggil Hong Joong dan Seong Hwa. Mereka berdiri di sisi Yeo Sang. Yeo Sang membuka matanya

"Hyung?" Seong Hwa tersenyum. Yun Ho terus menelefon Min Gi dan Woo Young. Seong Hwa membantu Yeo Sang bangun. Tangan kiri dan kaki kiri Yeo Sang disimen

"Lama ke aku mati?" Hong Joong menolak bahu Yeo Sang perlahan. "Kalau aku sepak mulut kau sia-sia je Kang Yeo Sang" Yeo Sang tersengih. Yeo Sang memandang Yun Ho di sebelah katilnya

"Ala comelnya kau pakai benda alah tu. Teringat aku dekat cerita anjing yang kena pakai macam kau jugak" kata Yeo Sang sambil menahan tawanya. Yun Ho memandang Yeo Sang dengan pandangan kosong

"Kau nak cakap aku ni macam anjing? Sampai hati kau Kang Yeo Sang" kata Yun Ho pura-pura menangis. Seong Hwa dan Hong Joong ketawa melihat gelagat dua orang ni

"Memang sampai pun" balas Yeo Sang membuatkan Yun Ho mencebik. Baru sedar dah keluarkan perangai savage dia tu heih tabah Jeong Yun Ho

"Kanggaroo!" Woo Young berlari ke arah Yeo Sang tetapi malangnya dia tersilap langkah lalu tersadung akibat terpijak kakinya sendiri. Dekah mereka semua melihat Woo Young yang terjatuh macam nangka busuk itu

Woo Young bangun lalu membersihkan habuk di hoodie merahnya. Perasaan malu cuba dikawal. "Apa gelak-gelak huh?" Woo Young acah cool padahal dalam hati rasa nak lari sebab malu

"Min Gay mana? Eh maksud aku Min Gi" kata Yeo Sang. Min Gi masuk dengan sebuah hamper. "Wah untuk aku ke tu?" Kata Yeo Sang

"Taklah ni untuk Yun Ho dengan Yeo Sang. Kanggaroo not allowed" kata Woo Young sambil tersenyum jahat. Yeo Sang memberi pandangan maut kepada Woo Young

Sedang mereka bergelak ketawa, pintu wad ditolak oleh seseorang. Mereka semua memandang ke arah pintu. Terpampang wajah Jong Ho yang tersenyum ke arah mereka

"Our maknae!" Kata Yun Ho. Jong Ho ketawa lalu menutup pintu. Tangan kirinya masih berbalut kerana kesan dari kemalangan hari itu

"Kau dah okay ke?" Tanya Seong Hwa. Jong Ho mengangguk. "Lepasni aku dengan Yeo Sang dah bolehlah pergi sekolah balikkan hyung? Bolehlah kan kan kan?" Kata Yun Ho sambil membuat muka comelnya. Seong Hwa tergelak lalu mengangguk

Nak je Yun Ho melompat tapi apakan daya, tak mampu dia nak buat macam tu. Mereka bergelak ketawa pada petang itu

***

Yun Ho melihat kawasan sekolah seperti budak yang baru pertama kali ke sekolah menengah. Seong Hwa menolak wheelchair Yeo Sang

"Weh Yun. Janganlah jakun sangat doh. Macam tak pernah datang sekolah" kata Woo Young. Malu dia tengok Yun Ho macam tu. Yun Ho tersengih

"Dah masuk kelas belajar elok-elok okay? Ingat korang nak PT3, belajar jangan main. Tak dapat 3A keatas aku sula sekor-sekor" kata Hong Joong sambil membuat aksi menyulanya. Woo Young, Min Gi, Yun Ho dan Yeo Sang seram melihat Hong Joong. "Aip aip Boss!"

....

"Perasan tak? Geng NCT U tu senyap je lepas Jae Hyun hyung tak ada" kata Woo Young kepada Min Gi. Min Gi menepuk kepala Woo Young. Woo Young menggosok kepalanya

"Kau nak sangat ke kita kena buli lagi? Kau kena ingat, Win Win hyung masih hidup. Dia dengan Jae Hyun hyung tu sama je perangai. Bengonglah kau ni Woo Young" kata Min Gi. Woo Young redha apabila dibengongkan oleh Min Gi

....

Pada waktu rehat, Ateez lepak di padang. Hong Joong dan Jong Ho membeli makanan di kantin manakala yang lain menunggu di padang. Yeo Sang menyelak buku menggunakan sebelah tangannya yang tidak berbalut. Geng-geng form 3 fokus dengan study untuk PT3 yang bakal menjelma

"Argh!" Mereka berpaling ke arah bunyi jeritan tadi. Terlihat dari jauh Win Win dan Lucas sedang membelasah seorang pelajar. Seong Hwa dan Woo Young berlari ke arah mereka

Seong Hwa dan Woo Young menolak mereka. "Yah! Dahlah tu buli orang! Asal kau tak insaf lagi hah?!" Marah Seong Hwa. Win Win menumbuk muka Seong Hwa. Woo Young mencengkam kolar baju Win Win bersedia untuk menumbuknya

"Woo jangan!" Seong Hwa menghalang Woo Young. Woo Young membantu Seong Hwa bangun. "Baik kau pergi sebelum aku report dekat Cikgu Kun" kata Seong Hwa

Win Win mengetap geram. "Jom Lucas" Win Win melanggar bahu Seong Hwa dengan sengaja sebelum pergi meninggalkan mereka

Woo Young membantu pelajar itu. "Yah gwenchanayo?" Pelajar lelaki itu mengangguk. Seong Hwa memandang wajah pelajar itu. Seong Hwa kaku. CHOI SAN?!

"Hyung tercegat apa! Tolonglah dia ni!" Marah Woo Young. Seong Hwa tersedar dan terus membantu Woo Young memapah pelajar itu ke padang

Woo Young mengelap darah di wajah pelajar itu. Seong Hwa hanya diam. "Apa nama kau? Kau budak baru ke?" Tanya Woo Young.

"Aku Choi San, haah aku pelajar baru. Terima kasih tolong aku tadi" kata Choi San sambil tersenyum. Woo Young membalas senyuman Choi San

Hong Joong dan Jong Ho telah tiba dengan plastik makanan. Mereka terkejut melihat Choi San, roh Death Mist ada bersama mereka. "Hyung bagilah makanan kitorang! Lapar doh" kata Yeo Sang membuatkan Hong Joong tersedar

Hong Joong mengagihkan makanan kepada mereka semua. Makanan yang dibeli lebih diberi kepada Choi San. Choi San tersenyum kepada Hong Joong

"Apa dah jadi ni Seong Hwa? Bukan ke dia roh, kenapa dia jadi manusia pulak" Hong Joong berbisik dengan Seong Hwa. Seong Hwa mengangkat bahu tanda tidak tahu

"Kau form berapa San?" Tanya Min Gi. "Form 3. Aku kelas ketiga" kata San. Mereka hanya mengangguk tetapi tidak Hong Joong, Seong Hwa dan Jong Ho. Mereka masih tidak faham dengan apa yang berlaku

....

"Macam mana kau boleh jadi manusia Choi San?" Tanya Seong Hwa. Choi San tersenyum sinis dengan persoalan Seong Hwa. "Aku tak cakap pun aku manusia. Aku tetap roh. Aku jaga korang dan bantu korang dapatkan keadilan" kata Choi San sebelum meninggalkan Seong Hwa

***

"Woi budak! Aku sabar lama dah dengan kau ni! Kau bagitau sekarang mana Seong Hwa! Bagitau!" Jerkah Win Win. Jong Ho menolak tangan Win Win. "Hyung nak buat apa?! Nak balas dendam? Hyung lupa ke macam mana kawan hyung mati hah?"

Satu tumbukan singgah di wajah Jong Ho. "Baik kau diam sial!" Jong Ho tersenyum sinis lalu menolak bahu Win Win. "Kalau aku tak nak, hyung nak buat apa dekat aku?" Win Win menahan geram. Wajah Jong Ho dipandangnya

"Aku akan balas dendam Choi Jong Ho!" Kata Win Win. "Jom kita tengok siapa yang menang" langkah Win Win terhenti. Win Win memalingkan wajah ke Jong Ho. Jong Ho tersenyum sinis lalu meninggalkan Win Win

#manote

Mwo! Ya! Hahaha maaf tiber



[C] DEATH MIST 《SAN》Where stories live. Discover now