BAB 7

26 2 0
                                        

Kring Kring! Loceng diatas mejaku berdering segera aku mematikan bunyi tersebut. Dalam pada waktu yang sama telefon Oppoku menyanyikan lagi blackpink 'Let kill this love... Yeay yeay' menunjukkan seseorang menelefonku.

"Ish sapa ni?Pagi-pagi buta call orang"omelku sendiri. Aku melihat siapa yang menelefonku tentera nama MAMAT TROPIKA . Aku mengangkat.

"Assalamualaikum" kataku memulakan pembualan. "Waalaikumussalam siap cepat!"katanya tegas. "Ish nak pergi mana? awak ni orang baru bangun tidurlah"rengek ku. "Dah, bangun mandi siap aku tunggu kat depan rumah kau kalau tak... tenggok kau"katanya tegas menamatkan panggilan kami. Apahal mamat ni bengis semacam.

____________________________________

Aku menunggu diluar rumah sewaku akhirnya kereta mamat tropika sampai juga.

Aku segera masuk ke dalam perut keretanya "Kenapa lambat sampai, tadi bukan main lagi suruh siap cepat"bebelku sambil memandangnya. "Ish, kau ni bebel pagi buta apahal semak ah"marahnya geram.

Dalam perjalanan kami hanya mendiamkan diri "Kau ni kenapa senyap"tanya Tengku Mikael memecahkan kesunyian kami. "Saya tak tahu nak cakap apa,lagipun awak tu macam takde mood je"jawabku pula. "Tahu pun aku ingat kau taktahu, kau nak tahu kenapa?"tanyanya fokus memandunya. Aku memandangnya. "Aku baru putus dengan girlfriend aku, sebab apa? Mesti kau nak tahu sebab kau! Kau penyebabnya halang aku nak bercinta dengan dia kau! Kau rosakkan hubungan kitorang"marahnya sambil menjerit kepadaku setelah memberhentikan keretanya dibahu jalan.

"Kena..pa saya kenapa saya penyebabnya?"tanyaku lembut. Dia senyum sinis "Entah, aku pun taktahu, aku ingat lepas kita kahwin ni aku nak curang tapi dia mintak aku putus dengan dia pulak tak jadi ah nak curang"jawabnya. Jawapannya sangat menyakitkan hati aku tapi... Aku cuma redha apa yang dah berlaku sebenarnya ni Ya Allah. Lama Tengku Mikael memandangku tajam lalu dia meneruskan pemandunya. "Kau jangan nak mengadu dekat mak bapak aku pulak aku tumbuk nanti tak pasal-pasal masuk icu"katanya tegas tapi ayat dia kelakar.

____________________________________

Sampai di sebuah butik Tengku Mikael berhentikan keretanya setelah mendapat parking. "Dah jom keluar"katanya dengan bengis aku angkur sahajalah. Kami memasukki butik tersebut.

"Hah, sampai pun tuan dan puan lama kami tunggu"kata salah seorang wanita itu. "Saya Rabiatul pemilik butik ni"katanya pula ooo pemilik butik. "Mari saya tunjukkan pakaian perkahwinan"sapanya lembut sambil menunjukkan tempat tersebut. "Okay tuan dan puan dah sampai"katanya lembut. Memang betul bapak cantiknya baju kat sini tapi bapak mahal. "Erk, puan mari ikut saya pilih pakaian perkahwinan puan"kata Puan Rabiatul dengan lembut. Aku mengikutnya.

"Hah, cuba puan pakai yang ni mesti sesuai"kata Puan Rabiatul sambil menghulurkan baju tersebut. Aku mengambil huluran tersebut aku segera ke salinan pakaian. Sudah aku bersiap terus aku keluar "Wow, cantiknya puan sesuai"katanya gembira. Aku tersipu malu ish malu pulak kita. "Jom, saya tunjukkan dekat Tengku Mikael"katanya. Aku menurutinya malu pulak dahla dia takde mood.

Kelihatan Tengku Mikael sedang bermain telefonnya sambil duduk diatas sebuah sofa berwarna gold.

"Tengku.. ni puan dah siap"kata Puan Rabiatul mengejut Tengku Mikael yang sedang leka bermain telefon. Segera Tengku Mikael berhenti bermain telefonnya terus dia memandangku tapi sekejap senang cakap sekilas sahaja. "Mm, okay ambil yang tu"katanya memandang Puan Rabiatul.

Skip Butik

____________________________________

Dalam kereta kami senyap sunyi hanya bunyi radio sahaja. "Kita pergi makan"katanya ringkas. Aku mengangguk.

____________________________________

Setelah lama memandu akhirnya sampai tapi dia cakap nak makan apahal tempat lain macam.

"Awak cakap nak makan kenapa bukan macam tempat nak makan je"kataku kepadanya. "Ikut je lah"jawabnya terus keluar dari perut keretanya. Aku pun segera keluar.

Lama kami berjalan tapi satu habuk tak nampak restaurant,kedai mamak. Dia ni nak makan ke nak pergi mana.

Tiba-tiba aku ternampak pantai? Patutlah nampak pokok ru sepanjang perjalanan kitorang. Dengan secara tiba-tiba Tengku Mikael menutup mataku oi haramlah. "Apa awak buat ni"kataku mataku dia tutup dengan tapak tangannya. "Sekejaplah"katanya. Dia membuka mataku aku terkejut kerana sebuah poster yang digantung diatas pokok menulis HAPPY BIRTHDAY memang aku tak ingat harini hari jadiku. Rasa nak menangis.

"Happy birthday makcik bakery"ucap Tengku Mikael kepadaku aku tersenyum memandangnya. "Tapi... kita berdua je sambut sebab yang lain nak buat malam karang"Tengku Mikael menekup mulut ceh nak buat lagi tak jadi. "Kau abaikan je lah"katanya tersenyum kantoi. "Thanks"ujarku ringkas. "Jom duduk atas tikar ni penat aku buat kejutan ni"kataya mengalukanku duduk.

Kami menikmati makanan yang dihidangkan oleh Tengku Mikael. "Aku nak minta maaf pasal dalam kereta tadi prank je"katanya sayu. "Alah saya tak marah pun"jawabku padahal panas hati. Aku tergelak tenggok dia makan comot  Kenapa gelak?"tanyanya. Eh dia nampak eh "Erk.. pipi awak ada cholate tu"jawabku masih ada lagi sisa ketawa. Segera tangannya lincah mengelapnya "Kat mana?"tanyanya. "Kat situ"jawabku sambil memuncungkan bibirku. "Dah, hilang kan"katanya memandangku. Aku mengangguk tenggok muka dia macam malu hahah over.

Aku segera ke pantai bukan apa nak cari ketenangan ceh. Aku termenung seketika menghadap pantai melihat pemandangan yang indah.

"Lama termenung"tegur Tengku Mikael dari tepi. Aku terserentak "Kau marah aku ke?"tanyanya matanya masih menghadap pantai. "Sebab?"tanyaku pula. "Yelah kau terpaksa kahwin dengan aku kan"jawabnya dengan perlahan. "Alah awak ni dah jodoh saya terima jelah".9 Dia tersenyum "Thanks"ucapnya kepadaku.Kami saling berpandangan antara satu sama lain. Adakah dia jodohku?

Push! Aku berhenti mengelamun aku melihat figura siapakah yang menyimbah air kepadaku.  "Ish! Tengku ! Habis basah dahlah tak bawak baju lebih"rungukku ish!. Dia hanya ketawa Lalu menyimbahku lagi ish mamat ni. Aku cuba mengejar dia lalu menyimbah air kepadanya padan muka. Terjadilah sesi kejar mengejar.

Skip pantai

__________________________________

Aku baru sahaja pulang "Huh! Penatnya!"keluhku. Haih ni bukan kahwin lagi ni.








Okay dh takde idea 😪 see you in the next chapter🥰

SEINDAH CINTA KUTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang