BAB 8

24 2 0
                                    

Hari yang  ditunggu-tunggu sudah tiba semua tetamu sudah kelihatan.

"Zana.. cantiknya kau "kata Mia yang dari tadi ralik melihat seorang jurusolek solekku. Aku melihat diriku di cermin macam tak percaya aku sudah mahu berpunya.

"Zana... Dah siap jom majlis dah nak mula dah tu"kata Puan Zarina. Aku mengangguk.

____________________________________

Aku duduk disamping umiku dan ibu mertuaku. Huish debarnya kelihatan pengantin lelaki sudah tiba dan duduk dihadapan tok kadi.

Aku terpana melihat kesegakkan Tengku Mikael memakai baju melayu berwarna blue white.

"Tengku Mikael Bin Tengku Yahya Bakri aku nikahkan dikau dengan Nurul Farzana Binti Muhammad Faizul dengan mas kahwinnya rm 4,000 ringgit tunai"kata tok kadi sambil tangannya berjabat dengan Tengku Mikael.

"Aku terima nikahnya Nurul Farzana Binti Muhammad Faizul dengan mas kahwinnya rm 4,000 ringgit tunai"balas Tengku Mikael pula.

"Sah"

"Sah"

"Sah"

"Alhamdulillah"

Sudahnya berakhir akad nikah kami. Kini tibalah masanya untuk pembatalan air sembayang.

Tengku Mikael berjalan kearahku dan kini dia duduk dihadapanku. Dia menyarungkan cincin dijari manisku. Selesai menyarungkan cincin dijariku aku pula mencium tangannya. Waktu itu aku dapat merasa sekuntum bunga sudah mekar dihatiku. Tibanya untuk aku menyarungkan cincin kepadanya selesai sahaja dia pula mencium dahiku terasa begitu bahagianya pada waktu itu.

Selesai sahaja mata kami bertemu dua-dua malu haha. "Ehem ehem dah la tu memandangnya jom lah bergambar"sampuk satu suara garau kami terserentak.

"Aku tahulah adik aku dah kahwin jangan buat aku jeles"sampuk Zafril abang sulong aku. Kami berdua hanya senyum-senyum sahaja.

"Eh, apa lagi tu jom Zarith nak tangkap gambar ni "kata Zarith merupakan abang keduaku. "Ish, angah ni sabarlah"sampuk Zafril dengan geram. Tiba-tiba seseorang memukul bahu Zafril dengan kuat. "Kamu ni adik kamu yang nak bergambor bukan kamu"balas Puan Zarina dengan geram. Zafril mengaru kepalanya yang tidak gatal.

Lama kami bergambar entah apa kejadahnya lagi la si angah ni. Tak cukup sweet lah tak cantik lah baik dia je yang kahwin. "Okay! Nice picture"teriak Zarith. Aku melihat gambar yang dikatakan nice picture tu boleh lah padahal hihi.

"Zana!!"teriak seseorang nak tercabut telinga aku. Aku memaling mm geng aku dah sampai mereka berjalan ke arahku "Zana.. aku rindu kau.."kata Alia terus memelukku. Mereka merupakan kawanku semasa sekolah rendah hingga sekolah menengah."Haah rindu kau Zana tapi tulah tup tap tup tap dah kahwin"kata Fina pula. Aku senyum. "Entah kau ni kahwin tak ajak"sampuk Ara amboi. "Weh korang aku lapar ni"kata Bebi yang dari tadi melihat gelagat kami. "Eh bebi kau pun datang"kataku dengan gembira sambil memeluknya. "Tahniah sahabat"ucapnya "Thanks"balasku.

"Ehem ehem"sampuk seseorang. Lupa pulak suami kat belakang "Eh, korang ni lah suami aku"kataku lembut. Tengku Mikael hanya senyum "wah, hensem padan dengan kau"sampuk Balqis. Tiba-tiba Tengku Mikael bersuara "Sayang....abang nak pergi jumpa kawan abang kejap sayang sembang dengan kawan sayang eh"kata Tengku Mikael memaling kearahku. Aku mengangguk padahal terpana panggil aku Sayang hihi.

Kami bersembang rancak macam-macam topik bersembang tak padan macam orang kahwin haha. "Weh, Zana bagi lah sikit calon kat kitorang"sampuk Seri. "Sape"kataku ringkas. "Tu...."Seri menunjuk menggunakan jari telunjuknya kelihatan Tengku Mikael dan kawan-kawan sedang rancak berbual di sana. "Pergilah test sendiri"balasku. Seri memuncungkan bibirnya. "Nanti jangan lupa bagi hasilnya nanti" sampuk Ara. Aku membuat muka tidak paham. "Ish, kau ni lambatlah anak lah tu pun tak fikir"kata Bebi menayangkan senyuman miang. "Ish, otak kuning betullah korang ni"marahku. Mereka ketawa.

SEINDAH CINTA KUWhere stories live. Discover now