TRS: Chapter 1

441 11 2
                                    

"Aku nak cakap yang aku kena pindah Korea dalam masa terdekat ni" kata Farah.

"Serius ke yang kau nak pindah ni? " tanya Zehan.

"Ye. Aku kena ikut family aku balik sana, ayah aku kena uruskan syarikat dia kat sana"

"Hmm bukan korang pun kena pindah jugak ke? Aku ada dengar yang ayaha aku cakap yang korang akan ikut family masing-masing balik tempat kelahiran korang " tanya Niena.

"Memang pun. Aku kena pergi Jerman, nak tolong ayah aku uruskan syarikat even aku masih belajar. Aku nak try belajar buat bisnes " ujar Wawa.

"Haa Farah, kau punya flight bila? " tanya Nuraini meminta kepastian.

"Jumaat. Flight malam. Ayah aku tak nak lambat sangat sampai sana, sebab banyak yang dia kena uruskan"

"Yang lain bila? "

"Niena, Zehan, Nuraini, izzati dan aku flight Sabtu ni, belah petang. Yang lain hari Ahad ." ujar Hidayah.

"Hmm kita tak sama flight. Memandangkan minggu ni kita last dekat sini, apa kata kita keluar lepas sekolah esok " cadang Syikin.

"Nak gi mana? " tanya mereka serentak.

"Kita lepak mamaklah. Lepas tu kita main roller blade. "

"Aku ikut je, yang lain macam mana? Setuju tak?"Niena setuju dengan cadangan Syikin.

"Setuju" jawab mereka serentak.

"Okey esok kita gerak pakai dua kereta je. Kita gerak pukul 6 petang. Kita makan dulu lepas tu baru pergi main roller blade. " ujar Sakilla.

"Okeyyy on je " mereka menjawab serentak.

Mereka mengnyedut minuman yang di pesan sehingga habis. Mereka perlu ke Mid Valley untuk membeli barang untuk balik ke negara kelahiran mereka.

"Jom gais kita gerak gi Mid Valley. " ujar Izzati.

"Jom"

The jebons menggunakan dua buah kereta untuk ke Mid Valley. Mereka tidak mahu memandu kereta sendiri kerana takut tersekat dalam kesesakan lalu lintas. Maklumlah sekarang merupakan waktu puncak.

Sememangnya jam sebegini merupakan jam untuk warga kota untuk pulang ke rumah masing-masing setelah penat seharian bekerja.

Mereka tiba di Mid Valley agak lewat kerana tersekat dalam kesesakan lalu lintas. Mereka mengambil keputusan untuk menonton wayang bersama-sama di Goldens Screen Cinema.

"Guys jom tengok wayang. Lepas ni kita dah tak dapat nak tengok wayang sama-sama dah.Kita semua dah ambil laluan masing-masing mulai dari hari Ahad ni " ujar Niena.

" Wey kau janganlah buat kita orang sedih.Bila ingat balik esok adalah hari last kita sama buat aku nak nangis je tahu tak" kata Zehan. Kata-kata Zehan mendapat anggukan daripada yang lain.

" Eh korang janganlah nak sedih dekat dalam mall ni.Orang tengok tak malu ke?" Farah memberi nasihat kepada mereka berdua. Bukan sebab apa,dia tidak mahu mereka semua berada dalam mood yang sedih disebabkan hal perpindahan mereka. Ini merupakan kali pertama bagi mereka untuk belajar secara berasingan.

Semua sudah sedia maklum yang mereka semua telah belajar bersama-sama sejak kecil lagi. Memang berat rasanya untuk berjauhan dengan sahabat  yang sentiasa ada ketika susah dan senang.

"Dah jom,kita gerak sekarang.Nanti tiket semua dah habis baru nak meraung nak tengoklah apalah" ujar Nuraini lalu bergerak meninggalkan rakannya.

"Tunggu kita orang " jerit mereka serentak. Mereka menunduk malu apabila orang sekeliling memandang pelik terhadap mereka. Ada yang mengelengkan kepala. Ada juga yang tersenyum sipu melihat gelagat remaja sekarang.

The Royal School (EDIT VER)Where stories live. Discover now