TRS:Chapter 2

183 6 0
                                    

2 Tahun kemudian

Setelah dua tahun belajar di luar negara mereka sebelas telah kembali ke Malaysia.

"Arhh akhirnya sampai jugak aku kat Malaysia ni" kata Haliza sambil mata melihat sekeliling KLIA. Matanya sempat menangkap sepuluh figura yang amat dikenalinya sedang bergumpul di tengah kawasan KLIA tersebut.

"Tu The Jebon's lah. " kata Haliza lalu berlari ke arah rakannya yang lain.

" Hye guysssss" jerit Haliza. Ramai orang sedang memerhatikan tingkah laku nya tetapi hanya dihiraukan. Dia kisah apa kalau orang nak tengok dia macam apa  yang penting dia berjumpa dengan The Jebon's.Dahlah lama dia orang tak jumpa ni.Banyak benda yang nak diborakkan.

Walaupun sering berborak melalui video call, semuanya tidak mencukupi bagi mereka. Kalau berborak secara berdepan barulah puas rasanya,

"Hye. Eh Haliza rupanya. Ingat siapa je yang terjerit-jerit macam tarzan tadi rupanya kau" perli Farah.

Haliza yang mendengar hanya mencebikkan mulutnya tanda protes.

" Amboi mulut kau. Aku cili nanti kang baru kau tahu." Haliza seakan-akan mengugut Farah .

Farah hanya mencebik.Bukannya dia takut pun dengan si Haliza ni.Dia cakap je yang dia nak buat tapi dia  takkan buat betul pun.Cakap je lebih.

"Aku rindu koranggg" kata Haliza lalu memeluk kesemua rakannya.

"Kitaorang pun rindu kan kau ni ha. " kata Hidayah mewakili yang lain.

"Sekarang ni kita dah kembali ke Malaysia. So esok kita sekolah balik kat sekolah lama kita and dapatkan balik jawatan kita yang The Knights dah ambil alih masa kita takda kat sini. " kata niena.

"Macam mana kau tahu pasal the knight ni.Kau stalk dia orang ke apa?" tanya Farah kehairanan.

"kau ni macam baru kenal aku je.Aku kan stalker terbaik .Mestilah aku stalk ig dia orang.Bijak kan " kata Niena.

"Memang bijak" jawab mereka semua.

Mereka pun bergerak untuk balik ke rumah masing-masing.Penat yang di rasa hanya mereka sahaja yang tahu.

Mereka ingin merehatkan fikiran dan badan mereka supaya mereka dapat menghadapi hari esok dengan penuh keyakinan. Mereka tahu pasti ada yang sedang menunggu kepulangan mereka iaitu geng the gediks babes.

Mereka nak tengok macam mana rekriasi mereka semua masa mereka tengok kehadiran the jebons di sekelah esok.

🌸🌸🌸🌸

Keesokannya.

"Asal aku dengar diaorang semua ni sebut pasal The Jebon's hah ? Siapa dia orang ni sebenarnya? Asal banyak sangat pelajar yang macam takut dengan dia orang ni." tanya Darean kepada rakannya yang lain.Dia berasa hairan kenapa hampir satu sekolah membicarakan tentang the jebons. Asal mereka tak pernah tahu tentang keweujudan the jebons ni. Macam ketinggalan zaman pun ada dah ni.

"Entah lah aku pun tak tahu. Apa kata kita gi tanya budak yang dah lama sekolah dekat sini. Mana tahu mereka tahu siapa dia orang tu.Aku pun nak tahu jugak." kata Fairul.Rasa ingin tahu dalam dirinya semakin memuncak.

"Aaa tadi pengetua suruh kita buat pengumuman suruh semua pengawas bergumpul kat bilik mesyuarat pukul 10 nanti." kata Eric.Dia hampir terlupa yang pengetua ada menyuruhnya membuat pengumuman. Semuanya kerana rakannya sedang asyik memikirkan siapakah the jebons sebenarnya. 

Dia sebenarnya malas nak ambil tahu siapa the jebons kerana dia tahu yang dia takkan terlibat dengan mereka pun.Buat sarat kepala otak dia je nak memikirkan hal dia orang tu.

The Royal School (EDIT VER)Where stories live. Discover now