Kedengaran jeritan dari tengah dewan.
The Knight dan The Jebons terus bergerak ke tengah dewan untuk melihat siapakah gerangan yang menjerit sebentar tadi.
Apabila tiba di tengah dewan,mereka sedang melihat Sakinah yang merupakan kawan kepada Sharifah telah menghalang seorang pengawas untuk melakukan pemeriksaan.
The Knight dan The Jebons yang melihat kejadian tersebut terus menegur perbuatan Sakinah yang tidak seperti pelajar tingkatan 5.
Umur je 17 tapi mengalahkan pelajar lain. Macam mana nak dijadikan contoh kalau perangai macam ni.
Marteen yang merupakan salah seorang ahli The Knights terus bertanya kepada Sakinah apakah masalah yang dihadapi oleh Sakinah.
"Apa masalah kau ni?" tanya Marteen.
"You tanyalah dia orang ni.Nak buat spot check bagailah.I takda bawak apa-apa barang larangan lah.You pun tahukan" adu Sakinah kepada Marteen dengan nada yang manja.
'Eeee geli aku dengar dia cakap macam tu. Manja nak mampus' kata Marteen.
The Jebons yang melihat kelakuan Sakinah yang mengedik tak tentu pasal terus sahaja menegurnya.
"Aku nak tanya kau ni,kau datang sekolah nak belajar ke nak tunjuk muka dengan body kau tu ke hah?" tanya Habibah berang dengan sikap Sakinah dan kawan-kawannya.
"Eh yang kau nak sibuk hal aku ni kenapa?" tengking Sakinah.
"Masalah aku ialah kau ni.Dah tak pandai nak pakai pakaian yang elok sikit ke?Ni tak baju dahlah ketat,kau nak tunjuk dekat siapa?"sampuk Haliza.
"Dan satu lagi,muka kau tu.Kalau takde make up tak sah eh? Kalau tak tebal tak pe lah jugak ni tak tebal mengalahkan salji yang turun pulak.Aku nak tanya kau ni,kau pakai berapa inci make up tu?10?20?"
"Entah-entah kalau aku tampar muka kau ni mesti berdebu satu KL ni kan?" sambung Haliza dengan sinis.
Sakinah yang mendengar balasan daripada Haliza terus berang.Dia beraura untuk mengadukan perkara tersebut kepada The Knights.Tetapi tidak sempat dia untuk menegur ahli The Knights,The Knights telah berlalu pergi meninggalkan Sakinah bersama The Jebons.
The knight tahu pasti Sakinah akan mengadukan hal tersebut kepada mereka. Lebih baik dia orang larikan diri dengan lebih awal.
"Kau nak mengadu dekat siapa pulak sekarang ni?The Knights? Dia orang dah lama blah dari sini." kata Nuraini.
"Nak suruh kawan kau yang pegang jawatan PKP tu? Jangan haraplah. Tugas yang pegetua bagi dekat dia belum tentu dia dah uruskan.Nak tolong korang?memang taklah kan?" sambung Nuraini.
Sebaik sahaja selepas Nuraini berkata demikian,tidak semena-mena pipinya telah ditampar oleh Sakinah.
Pelajar lain yang masih berada di dalam dewan tersebut terus tercegang setelah melihat tindakan drastik daripada Sakinah.
"Berani betul kau kan?Apa motif kau nak tampar aku?"tanya Nuraini dengan senyuman sinis terukir di bibirnya.
Sakinah yang melihat senyuman tersebut terus ketakutan.Bukan dia tidak tahu kalau The Jebons tersenyum begitu sudah pastinya akan ada yang mendapat bala.
"Aku.....Min...ta ...maaf...Aku...Tak ....Sengaja" kata Sakinah dengan nada yang ketakutan.
"Tak sengaja kau cakap?" marah Nuraini lalu bergerak ke arah Sakinah.
Sakinah yang melihat Nuraini yang semakin mendekatinya terus mengundurkan diri dan mencari pintu untuk melepaskan diri.
Nuraini yang melihat Sakinah yang berada dalam keadaan yang ketakutan hanya membiarkan Sakinah keluar dengan senyuman sinis yang terukir di bibirnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/214873397-288-k348387.jpg)
YOU ARE READING
The Royal School (EDIT VER)
Teen Fiction"Aku akan pastikan aku dapat yang aku nak"-Sakinah. "Kau tak kan dapat satu pun dari kita orang. Sebab benda tu memang hak kita orang " - Farah. "Aku akan rampas The Knight dari the Jebons " Sharifah. ********** "Saya suka awak"- Darean. "Apa ya...