TRS: Chapter 3

110 6 0
                                        

Rehat

"Pengetua nak jumpa korang dekat bilik mesyuarat sekarang" kata Kamal mewakili knights yang lain. Takut juga rasanya untuk bertegur dengan the jebons . Setelah dia dengar tentang kedinginan the jebons dia rasa macam nak tak nak bagitahu dengan dia orang tadi.Seram sejuk di buatnya wey.

The Jebon's hanya menganggukkan kepala mereka tanpa memandang the knight lalu bergerak ke bilik mesyuarat.

"Ish muka dingin betul. Patutlah diaorang tu digelar ice princess.Kau takde rasa takut ke masa cakap dengan dia orang tu tadi? " Tanya Ambrose kepada Kamal.

" Gila kau tak takut. Fuh hampir nak tercabut pun ada dah kaki aku ni tahu tak. Muka dahlah takde senyum langsung. Muka nak marah orang je aku tengok. Seram aku wey ." ujar Kamal kepada yang lain. Dia memang dah tak nak cakap dengan the jebons lagi. Kalau dia cakap jugak mahunya tercabut kaki dia kejap lagi.

"Dah jomlah kita gerak gi bilik mesyuarat sekarang. Aku tak nak kena marah dengan pengetua kalau lambat sampai dekat sana. Kita mestilah jadi contoh dekat orang bawahan kita." kata Haikhal.

" Pengetua mana ada panggil semua pengawas hari ni." ujar Fahmi kehairanan.

" Kau ni Haikhal gi cakap pasal the jebons tu lah " kata Azizi sambil mengetuk kepala Fahmi. Fahmi mengaduh kesakitan.

" Ish kau ni. Sakit kepala aku wey." adu Fahmi.

" Eh dah-dah, jom kita pergi sekarang" Imad mengajak rakannya ke bilik mesyuarat secepat mungkin.

Mereka pun bergerak ke bilik mesyuarat dan tertanya-tanya kenapa pengetua nak buat mesyuarat siap suruh panggil The Jebon's pulak tu. Pengetua ni tak tahu ke macam mana perangai the jebons ni.

Mereka tertanya-tanya sebab mengapa pengetua mahu berjumpa dengan the jebons.Bukannya pengetua kenal pun dengan dia orang. Alahai the knight ni,pengetua tu dah kenal lama dengan teh jebons. Cuma korang tu je yang belum kenal dengan dia orang.

🌸🌸🌸🌸

Bilik mesyuarat

Semasa The Jebon's masuk ke dalam bilik pengawas, mereka melihat knights sedang berdiri tegak di hadapan cikgu Rosman. Mereka memang mengelar pengetua dengan panggilan cikgu. Dia tidak selesa apabila pelajarnya memanggilnya sebagai pengetua. Baginya panggilan pengetua hanya sesuai bila diucapkan oleh guru-guru yang mengajar.

"Ada apa-apa ke cikgu nak bagitahu kami? " tanya Habibah. Dia hairan kenapa cikgu Rosman memanggil mereka pada hari pertama mereka masuk ke sekolah ini.

"Cikgu cuma nak bagi tag nama dan buku nota kamu semula. And kamu semua dah boleh mulakan tugas kamu semua macam biasa. Tapi jawatan yang kamu sandang dua tahun lepas masih dipegang oleh the knight dan Sharifah. Nanti kita akan buat mesyuarat semula untuk rombak kembali AJK badan pengawas sekolah." kata Cikgu Rosman lalu memberikan tag nama dan buku nota kepada The Jebon's.

"And one more thing. Cikgu nak perkenalkan kepada kamu ketua pengawas bagi tahun ini. " kata cikgu Rosman sambil memandang ke arah knights.

"Tengku Darean, Tengku Azizi, Tengku Haziq, Tengku Fairul, Tengku Eric, Tengku Kamal, Tengku Fahmi, Tengku Ambrose, Tengku Imad, Tengku Marteen Dan Tengku Haikhal pemegang jawatan paling tinggi dalam badan pengawas. " kata Haliza dengan penuh yakin.

The jebons yang lain tercegang mendengar penjelasan daripada Haliza. Mereka tidak menyangka yang Haliza akan kenal dengan semua ahli the knight.

"Cewah sempat lagi kau stalk diaorang kan? " kata Habibah. Dia tidak terkejut mendengar apa yang diperkatakan oleh Haliza sebentar tadi. Dia sudah sedia maklum dengan perangai Haliza yang suka stalk orang dia nak tahu sangat.

"Biasalah instafamous kot. Dulu masa aku kat overseas aku selalu je stalk diaorang. Tapi siapalah aku ni diaorang nak pandang kan. " kata Haliza dengan nada yang sangat sedih. Mimik mukanya juga tela berubah sedih.

The knight tercegang melihat gelagat Haliza. Dia tidak menyangka yang perangai Haliza tidak sedingin yang lain.

"Stop it Haliza" tegur Farah.Sudah banyak kali dia pesan kepada Haliza supaya menjaga tingkah lakunya. Tapi macam tak kenal macam mana perangai Haliza.Bukannya dia nak dengar apa yang kita nak pesan.Makin kita pesan makinlah dia nak buat benda tu.

Haliza yang telah ditegur oleh Farah terus terdiam.Dia meninggalkan Farah dan pergi ke tepi Sakilla.

" Tahu takut rupanya" ujar Habibah sambil tergelak melihat gelagat Haliza yang kecut setelah mendapat amaran keras daripada Farah.

"Dan satu lagi cikgu nak bagi tahu yang penolong ketua pengawas yang sekarang ni hanya untuk sementara waktu sahaja. Dan penolong ketua pengawas yang sekarang ni satu kelas dengan kamu iaitu Sakinah." kata Cikgu Rosman.

"Kenapa" tanya Zehan. Dia pelik apabila pengetua memberitahu yang penolong ketua pengawas sekarang ni hanyalah buat sementara waktu sahaja.

"Sebab kitaorang tak nak. Gedik. " kata Ambrose.

" Memang gedik pun. Korang takyah nak hairan sangat dengan perangai dia yang mengalahkan ulat bulu tu. Geli gelaman aku tengok perangai dia mengedik sana sini tu. Tak dapat nak tengok orang yang hensem sikit terus nak mengedik " ujar Syikin tidak puas hati.

"Jadi cikgu tinggalkan korang kat sini and korang bincanglah apa yang korang nak buat" kata Cikgu Rosman lalu bergerak keluar meninggalkan bilik mesyuarat.

"So aku nak tanya korang ke yang mentadbir sekolah ni masa kitaorang takda? " tanya Niena meminta kepastian. Dia tidak percaya yang sekolah ni telah ditadbir oleh 11 orang pelajar lelaki yang boleh tahan hensemnya. Amboi Niena takkan dah terpikat dengan dia orang kot.

"Aku rasa macam tu" kata Imad.

"Aku rasa poyo lah Mamat depan kita ni" bisik Syikin kepada Sakilla.

"Excuse me. Kitaorang dengar okey apa yang kau cakap dengan kawan kau tu. Kau ingat kita orang ni pekak ke?" celah Marteen.Macamlah dia tak dengar apa yang dia orang dua cakapkan. Kalau ye pun nak berbisik,jangan lah sampai orang lain dengar. Tu bukan berbisik namanya.

"Eh badut" kata syikin.

"Sejak bila kau jadi badut ni Ambrose? " tanya Fahmi sambil mengetawakan Ambrose.

"Ish kau diamlah. " kata Ambrose dengan serius. Dia terasa dengan apa yang Syikin katakan sebentar tadi.

" Eh kau ni takyah acah-acah nak merajuk" Eric sengaja mengusik ambrose.

"Mana ada aku merajuk. Kau tengok muka aku ni macam muka orang merajuk ke" Ambrose tidak puas hati dengan Eric. Dia tahu yang Eric sengaja mahu mengusiknya.

"Alahai korang ni, macam budak kecil je kan" kata Darean.

The jebons hanya melihat gelagat the knight yang seperti budak-budak. Mengalahkan budak kecil bergurau pulak dia orang ni.

The jebons tidak percaya yang the knight merupakan orang yang terpenting dan terpengaruh di sekolah ini.

Macam manalah dia orang ni nak pegang sekolah ni kalau perangai pun dah macam budak kecil. Tapi takpe yang penting rekod disiplin sekolah masih juga macam dulu walaupun banyak pelajar yang perangainya mengalahkan monyet.













To be continue...

Macam mana dengan this chapter? Okey or not? Kalau okey, tinggalkan komen dekat bawah ni yee heheheheh.

The Royal School (EDIT VER)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang