TRS: Chapter 6

105 4 1
                                    

Kelas

Nuraini terus masuk ke dalam kelas selepas mendengar suara cikgu Aini yang sudah mula mengajar dari jauh lagi.

Dia masih berada dalam keadaan yang sangat marah terhadap cadangan yang telah dikemukakan oleh pengetua ketika berada di bilik pengetua sebentar tadi.

Cadangan yang diberikan oleh pengetua tadi masih tersemat di dalam fikirannya. Dia memang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

Dia rasakan yang pergerakan mereka akan terbatas sekiranya the knight menjadi penjaga mereka.

Pastinya the knight akan melaporkan semua aktiviti yang mereka lakukan kepada Cikgu Rosman. Memang mereka tidak ada kebebasan selepas ini.

Tok Tok Tok

Bunyi ketukan pada pintu kelas telah mematikan lamunannya.

Seisi kelas terus melihat ke arah pintu kelas apabila mendengar seseorang yang mengetuk pintu.

Kelihatan Nuraini berada di pintu kelas menunggu keizinan daripada cikgu Aini untuk masuk ke dalam kelas.

"Kamu boleh masuk" arah Cikgu Aini bersama senyuman yang sentiasa tersemat di bibirnya. Memang wajah Cikgu Aini tidak pernah lekang dengan senyuman manisnya.

"Terima kasih cikgu" ucap Nuraini sebulum masuk ke dalam kelas.

Ketika Nuraini sedang berjalan ke arah tempat duduknya, The Jebons hanya memerhati setiap gerak langkah Nuraini.

Mereka melihat Nuraini seperti tiada mood selepas pulang dari bilik pengetua. Mereka pasti ada yang telah terjadi semasa perjumpaannya dengan Tengku Rosman sebentar tadi.

Asyikin mewakili yang lain terus bertanya kepada Nuraini tentang apa yang telah dibincangkan dengan pengetua sebentar tadi.

Kedengaran suara Cikgu Aini meminta diri untuk keluar dari kelas kerana waktu pembelajaran telah tamat. Dia sempat berpesan kepada anam muridnya supaya menyiapkan tugasan yang telah dia berikan sebentar tadi.

" Nuraini, nanti tanya dekat kawan kamu apa yang kita belajar hari ni ye. Kamu pun sama juga Azizi pergi tanya dekat kawan kamu." pesan cikgu Aini kepada Nuraini dan Azizi. Dia tidak mahu ada muridnya yang tertinggal pelajaran yang penting.

Memandangkan mereka akan menduduki ujian yang terbesar dalam hidup mereka pada tahun ini, mereka perlu bekerja keras untuk mencapai semua yang mereka idamkan dalam kehidupan mereka.

"Baiklah cikgu" jawab mereka berdua serentak.

"Weh Nuraini kenapa dengan kau ni? Dari tadi dah kita orang tengok kau macam tak da mood je. Ada masalah ke tadi masa korang jumpa dengan pengetua." tanya Asyikin.

Kedengaran hanya keluhan yang keluar dari mulut Nuraini. Dia tidak tahu adakah dia harus memberitahu perkara tersebut kepada yang lain. Dia tahu pasti yang lain akan membantah cadangan yang tidak masuk akal tu.

"Kalau aku bagi tahu korang, aku rasa korang pasti akan marah. " kata Nuraini sambil melihat wajah rakannya.

"Maksud kau apa? Apa yang pengetua cakap? " tanya Sakilla. Pasti ada yang tak kena ni.

"Tadi masa aku dengan Azizi kena panggil, pengetua ada jelaskan tentang AJK dalam organisasi pengawas sekolah tapi aku tak faham sangat. Aku pun malas nak ambil tahu dengan organisasi ni." kata Nuraini sengaja berbohong tentang KP dan PKP Sekolah.

Dia sudah berjanji dengan Tengku Rosman untuk merahsiakan perkara tersebut daripada ahli the jebons yang lain.

Ini kerana atas permintaan pengetua yang menyuruh mereka berdua untuk merahsiakan perkara tersebut.

The Royal School (EDIT VER)Where stories live. Discover now