Waktu balik
Sebelum keluar dari kelas untuk menuju ke kereta masing-masing, The knights telah memberitahu kepada The Jebons bahawa pengetua ingin berjumpa dengan semua ahli lembaga pengawas di bilik mesyuarat.
"Weh tunggu kejap. " sergah Arel.
"Kau ni dah kenapa? Dah tak pandai nak tegur elok-elok ke? Main sergah je. Kalau kita orang ni ada penyakit jantung kan dah arwah dah tadi." marah Wawa. Dia memang tak suka kalau orang main sergah ni. Nanti dah bagus-bagus dia takde sakit jantung tiba-tiba ada pulak nanti.
"Hah yelah. Aku minta maaf sebab tadi and aku nak bagitahu korang ni yang pengetua nak jumpa semua pengawas dekat bilik mesyuarat sekarang. " kata Arel lalu berlalu pergi meninggalkan ahli The Jebons diikuti oleh ahli The Knights yang lain.
"Wey kalau kita orang tak pergi takpe kan? " jerit Sakilla. Malas dia nak hadir perjumpaan lepas waktu sekolah ni. Lebih baik dia balik tidur.
Hmm tu jelah kerja kau kan. Balik rumah lepas tu tidur. Memang takde kerja lain.
"Cubalah. Kalau korang nak kena marah dengan pengetua dipersilakan balik. " kata Fahmi yang terselit amaran di dalamnya.
"Ish yelah. Jomlah kita pergi. Kang kena marah pulak kalau lambat. Macamlah tak tahu kalau kita lambat sikit je mesti kena marah lepas tu." kata Sakilla.
Setibanya di bilik mesyuarat, kelihatan ramai pengawas yang sedang menunggu kedatangan pengetua.
Sementara menunggu kedatangan pengetua, mereka berbual-bual kosong. Ada yang bergosip tentang artis korea yang sedang hangat ketika ini. Ada juga yang bergurau senda.
"Bila pengetua nak sampai ni? Lama dah kita tunggu. Penatlag macam ni.kalau aku tahu lama macam ni memang aku balik dah tadi." kata Niena tidak sabar. Sudah lama mereka menunggu pengetua tetapi kelibat pengetua langsung tidak kelihatan sejak dari tadi.
"Ish kau ni boleh sabar ke? Cubalah sabar sikit. Mana tahu pengetua ada masalah ke? " celah Eric.
"Yang kau sibuk nak menyampuk apa yang aku cakap dah kenapa? " marah Niena.
"Lah dah kau tak tahu nak sabar, aku gi suruh kau bersabarlah. Kenapa tak boleh ke? Sabar tu kan separuh daripada Iman" balas Eric sinis.
Niena yang mendengar balasan daripada Eric terus mendiamkan diri. Malas dia nak bertekak dengan Eric tentang hal yang sekecil kuman tu. Nanti orang cakap tak matang pulak.
"Tahu pun diam. Ingat tak tahu tadi. "
Setelah hampir 30 minit menunggu kedatangan pengetua akhirnya pengetua sampai.
"Selamat petang cikgu." ucap semua ahli lembaga pengawas setelah melihat Tengku Rosman masuk ke dalam bilik mesyuarat.
"Selamat petang. Saya nak minta maaf kerana terlambat. Saya ada hal diluar sebentar tadi. " Tengku Rosman meminta maaf sebelum memulakan sesi perbincangan dengan semua lembaga pengawas sekolah.
"Ada apa pengetua panggil kami semua? " tanya Farah tanpa mahu menunggu dengan lebih lama.
"Kau dengan kawan-kawan kau ni memang jenis yang tahu nak sabar ke? " tanya Azizi dengan sinis..
"Tu lah kan I dah cakap jangan bagi jawatan yang tak sepatutnya dekat dia orang ni. " sampuk Sharifah. Dia ingatkan kalau dia cakap begitu the knight akan sokong dia tapi rupanya tak. Kesiannya kau Sharifah oi.
"Eh kau ni dah kenapa? Ada aku tanya kau ke? Takde kan? So lebih baik kau diam eh sebelum tangan aku ni hinggap dekat muka kau yang tebal dengan make up tu." kata Farah berang.
YOU ARE READING
The Royal School (EDIT VER)
Ficção Adolescente"Aku akan pastikan aku dapat yang aku nak"-Sakinah. "Kau tak kan dapat satu pun dari kita orang. Sebab benda tu memang hak kita orang " - Farah. "Aku akan rampas The Knight dari the Jebons " Sharifah. ********** "Saya suka awak"- Darean. "Apa ya...