Bukan Kerana Dia Tetapi Kerana-Nya

35 13 0
                                    

Ingin aku tangisi
Kekosongan hati ini
Walau sebentar cuma
Sakitnya menghempap dadaku
Terasa dingin cecair mengalir
Menuju ke pangkal hatiku.

Raungan aku bergema
Seluruh makhluk tunduk bersimpati
Lalu dibawakan aku bidadara
Tanpa cacat cela rupanya
Hatiku merintih penuh syahdu
Mereka gagal mengerti
Rasa kekosongan ini.

Kakiku melangkah longlai
Menjauh dari sang bidadara
Kerana aku tahu pasti
Dalam manisnya gula
Akan kau temui pahitnya
Saat ia rentung bersama api.

Sang Pipit singgah berlabuh
Membisikkan aku pedoman
Aku mendongak memandang langit
Entah bagaimana lagi
Harus aku jelaskan kepada mereka
Rasa kosong ini hadir
Bukan kerana dia
Tetapi kerana-Nya.

Realitasi ✓Where stories live. Discover now