Saban hari
Aku setia menunggu
Lewat hari
Lewat bulan
Lewat tahun
Aku masih setia
Kerana aku tahu
Kau turut menungguku.Derita ini
Kian menyesakkan
Seolah menghimpit nadiku
Seolah merentap jantungku
Seolah mencintai diriku
Menyeksa hati yang semakin kontang
Akibat kemarau panjang
Tanpa cahaya di sisi.