Bukan harta yang aku pinta
Bukan paras menawan yang aku mahu
Bukan teman upahan yang aku ingin
Bukan salah satu daripada itu.Tidakkah kau fahami
Kehendak hati ini
Yang saban hari merayu
Memohon ihsan ke kepadamu
Agar kau berikan aku
Secebis kasih dari jiwamu
Sebutir sayang dari hatimu.Mungkin caraku salah
Terlihat terlalu keanak-anakan
Melempar batu ke kerumunan orang
Sehingga mencalit arang ke wajahmu
Atau bahkan membuatmu gila
Tertekan kerana telatahku.Setidaknya
Aku turutkan kehendak hatiku
Yang sekian lama terpendam
Berharap agar kau melihatku
Menghargai kewujudanku
Meskipun harus aku terima tomahan
Aku tidak menyesali
Kehendak hati ini.