Bab 3 Perang Dukun Bomoh 1

324 8 0
                                    

Peperangan terjadi apabila kawasan Taman Tasik telah dikacau pelbagai hantu termasuk penanggal, hantu cina, pocong dan puntianak dalam jumlah yang banyak. Amar telah membuka setengah botol yang terdapat di bawah rumah Pak Dollah. Amar menjangkakan bahawa dapat menguasai kawasan Taman Tasik dan dapat membunuh Qawiem dan Amir serta dapat membaca buku Malaya Fit Tibb dan menguasai ilmu hitam yang ditinggalnya.

Qawiem dan Amir telah bersatu dalam hal ini untuk mengalahkan abangnya Amar. Ini kerana gangguan makhluk halus akan merebak ke kawasan lain jika tidak dihancurkan awal awal. Kecuali Qawiem mengatur strategi dalam hal ini dengan membawa segala garam yang boleh dijumpanya dikawasan perantauan dan Amir telah ke Kampung Cina untuk memanggil Tabib Cina yang pakar menghalau hantu. Usaha ini membawa kejayaan kerana dapat merekrut 20 pakar tabib dan penduduk campuran kawasan itu bersama Qawiem dan Amir untuk menentang hantu di kawasan Taman Tasik.

Garam, air yasin, paku telah diberi kepada semua anggota dan jumlah kewangan yang besar habis digunakan untuk membeli segala peralatan ini. Tombak dilumur garam, lastik paku dan mandian air yasin telah dibuat oleh semua orang. Jumlah dibawah Qawiem ialah 50 orang manakala dibawah Amar ialah 2 orang termasuk emaknya dan hantu tidak diketahui bilangannya.

Disinilah kumpulan Qawiem diisytiharkan golongan dianggotai oleh Qawiem, Amir dan Tabib Cina dikenali sebagai Dukun dan Bomoh ialah nama musuh yang diberi kepada yang menentang. Peperangan bermula dan kumpulan Bomoh hampir berjaya. Hantu merasuk satu demi satu dan membaling kayu dan batu kearah Dukun sehingga tercetus huru hara. Hantu tidak boleh membunuh, hanya boleh mengacau.

Qawiem mengarahkan semua Dukun untuk baling garam. Mereka berjaya dan menang. Amar telah dibunuh dan isteri dan anaknya telah dibawa keluar dari rumah tersebut untuk diberi pada golongan berkuasa untuk proses taubat. Emaknya telah hilang kerana paku telah tercabut dari kepalanya sebab Amar memberi nama kepada dia dan semasa itu leher dia panas dan berdarah. Amar cabut dan emaknya lepas dari belenggu dan menghilang.

Namun, perkara ini bertahan lama sehinggalah muncullah perubatan moden pasca kemerdekaan. Golongan Dukun berpecah kerana memilih perubatan moden dan ekonomi yang baik ekoran dasar pembangunan negara yang pro perubatan. Manakala golongan Bomoh telah wujud bukan dari keturunan Amar tetapi dari salah faham tentang Malaya Fit Tibb. Mereka dalam keadaan jumud hanya percaya kepada sihir ialah ilmu perubatan. Buku ini pula telah disembunyikan oleh golongan Dukun yang menjadi Doktor moden. Ia tidak dijumpa oleh golongan bomoh.

Dukun Vs Bomoh Where stories live. Discover now