Taman Tasik selepas itu terletak di kawasan Seremban dan ia tempat pekerjaan dan pelancongan. Terdapat banyak hospital disini ekoran ramainya jumlah doktor yang lahir dikawasan ini. Di sini juga terdapat taman yang ada tasik di tengahnya dan menjadi kawasan percintaan yang hangat. Suami dan isteri banyak jumpa jodoh disini kerana ini merupakan kawasan riadah yang mempunyai banyak pokok dan kawasannya sejuk indah mata memandang. Golongan muda terikut ikut dan kawasan ini menjadi kawasan yang sibuk tetapi tenang.
Nadeem seorang lelaki yang bekerja sebagai pencuci hospital mempunyai seorang awek yang cantik iaitu Nisa. Mereka bertemu di Taman Tasik dan jatuh cinta tah camne aku lupa. Narrator sesekali pun boleh terlupa juga daaa. Love is blind bak kata orang Jerman. Nadeem telah bercinta selama 4 tahun lamanya dan mahu mahu kahwin dengannya walaupun tidak melalui proses merisik dan meminang. Tah orang muda zaman sekarang, lain macam.
Dia telah membeli cincin besi bersalut emas tulen yang berharga RM450 walaupun terpaksa ikat perut semasa menjadi pencuci hospital. Dia telah mengajak si Nisa makan chicken chop di kedai mamak Bastro selepas magrib. Kenapa chicken chop? Biasalah kerja gomen gaji tidak tinggi sangat kena berjimat carmat (cermat). Tidak semua kerja dapat RM4000 macam budak degree nak. Nak hidup jai.
Semasa di kedai dia telah segan silu dan memulakan percakapannya tentang Nisa. Ini kerana pada Nadeem, gentleman let woman talk first and be a good listener. Cara nak menambat hati dan minat seorang wanita dan tektik ini selalu berjaya selama mereka keluar dating sebulan sekali. Selepas dia habis bercakap, Nadeem meluahkan perasaannya dan memasang lilin kecil yang dia bawa.
“I love u Nisa, sudikah kamu hidup bersamaku?” Nisa amat terharu dan tersenyap seketika. Apabila dia bercakap mamak simbah air kat lilin tu hingga terkena muka. Dua dua malu dan Nadeem marah. Seorang lelaki mamak lain tutup mulutnya dan pekerja mamak yang lain tarik besi kedai supaya nak menandakan kedai tutup. Nadeem dan semua orang nampak kelibat kepala terbang disebabkan bulan terang.
Di dalam kedai mamak, lampu dibuka dan semua orang senyap. Selepas 30 minit maka dibuka balik. Mamak memberitahu bahawa Penanggal has been spotted. Ini berlaku kerana isteri tuan kedai mamak mengandung dan untuk menjaga keselamatan terpaksa tutup secara laju kedai dan selepas 30 minit orang boleh balik rumah menaiki kenderaan masing masing.
Nadeem dan semua penghuni balik kecuali dia hendak hendak laporkan kepada Laporan Pengaduan Awam atau mana mana agensi kerajaan tentang perkara ini. Keesokan harinya, dia akan membuat laporan itu.
YOU ARE READING
Dukun Vs Bomoh
TerrorDukun dan Bomoh bergaduh sekian lama, kerana Bomoh menggunakan ilmu hitam yang terlarang. Kisah ini tentang saka dan ilmu hitam yang digunakan oleh bomoh.