Kembali kepada masa sekarang, El Choong yang berjaya membeli banyak supply makanan dan tinggal sementara di kubu yang El Faris jumpa. Kubu yang dibina ialah di kawasan hutan yang segar nyaman dengan mempunyai sungai. Dia menyusun strategi dan menyediakan banyak senjata baru dan El Tumbuk telah menjumpai Dr Nik untuk pengisytiharan perang sebelum dia dapat memanipulasikan El Tumbuk.
Perang kali ini akan menjadi pengakhiran kepada Dr Nik dan pengikutnya dan mereka banyak mempersoalkan mana buku Malaya Fit Tibb yang asal. Faris telah mengaku bahawa dia telah tanam di hadapan rumahnya dan benda itu telah disimen dan ditanam. Belum cukup lagi, El Faris telah meletakkan tar supaya tiada orang boleh curi. El Choong dan El Faris bersama sama pergi mengorek kawasan itu untuk mengambil balik buku itu. Akhirnya mereka melihat manuskrip asal buku itu dan melindunginya supaya Dr Nik tidak mengambilnya.
El Tumbuk kembali dan El Faris memberi dia buku ini untuk dia menjaganya. El Tumbuk telah mengata supaya kita jangan menyerang waktu malam dan serang waktu pagi tanpa alasan yang kukuh. El Faris dan El Choong mengataka Ya tetapi telah bincang di belakang belakang kerana merasa mencurigakan. Mereka merasai bahawa El Tumbuk telah dipengaruhi Dr Nik.
Dialog di bawah El Faris dan El Tumbuk;
El Faris: Kenapa subuh? Mereka akan serang malam.
El Tumbuk: Mereka akan serang waktu lebih malam sebab akan mengejutkan waktu kita penat.
El Choong: Betul juga Faris.
El Faris: Kalau mereka baca buku itu (Malaya Fit Tibb) mereka akan baca bahagian 3. Buku tu tiada arahan larangan pun.
El Tumbuk: Habis tu kenapa tidak setuju dengan aku. Memang tiada larangan pun.
El Choong: Macam mana tahu tiada larangan, Tumbuk?
El Tumbuk: Logik rasanya.
El Faris: Buku itu mempunyai jumlah larangan yang sama dengan jumlah perihal sihir. Kau menipu El Tumbuk atau telah di tipu.
El Tumbuk: Kita kena selesaikan dengan aman
El Choong: Setuju (memberi isyarat tidak percaya kepada Faris)
El Tumbuk: Jumlah join Dr Nik, betul aku kumpulan bomoh.Kedebab! El Choong bantai lesung meriam di kepala El Tumbuk dan mengikatnya dengan tali. El Choong bermain sahaja supaya dapat mengorek rahsia El Tumbuk. DEL telah diberi kepada Faris dan El Choong menyokongnya. Dia sengaja tidak sokong kerana Choong bijak dalam menjadi perisik dan mengkaji pengkhianat dalam kumpulan dukun.
Perkara ini telah diumumkan kepada ahli dan Del Faris telah menjadi ketua untuk mereka. Kata kata semangat telah diberi supaya semnagat kumpulan Amir bertenang dan jangan keluar saka awal awal. Masa telah malam dan kumpulan El Faris dan El Choong menyediakan ahli dukun supaya untuk menunggu kumpulan bomoh.
YOU ARE READING
Dukun Vs Bomoh
HorrorDukun dan Bomoh bergaduh sekian lama, kerana Bomoh menggunakan ilmu hitam yang terlarang. Kisah ini tentang saka dan ilmu hitam yang digunakan oleh bomoh.