Dr Nik merupakan kawan kepada Dr Thien dan El Faris kecuali dia telah mempelajari ilmu Malaya Fit Tibb bahagian 3 yang merupakan ilmu hitam. Dia tidak senjaga terjumpa botol yang mengandungi surat bab 3 tersebut semasa beriadah di kawasan Taman Tasik lama, kawasan Perang Dukun Bomoh 1.
Ini merupakan tektik isteri Pak Dollah, puntianak yang mahukan kumpulan dukun berpecah. Hasilnya menjadi kerana dia telah membuat Dr Nik mengawal kuasa santau dan menyantau semua orang yang cuba mengambil jawatannya di hospital. Dia juga merupakan orang yang sangat famous kerana pandai bercakap dan tutup kesalahannya. Pusing cakap dalam bahasa sekarang.
Kegiatan ini tidak disedari sehinggalah kumpulan Amir tidak datang mesyuarat agong. Keadaaan yang mencurigakan ini telah menimbulkan spekulasi dan melantik Dr Nik sebagai El. Kecuali dia tidak menerima dan menuduh seseorang yang tidak bersalah iaitu El Choi yang merupakan mentor tok guru kepada El Choong. El Choi telah dibuang negeri dan diletakkan dalam penjara. Tabib Cina tidak suka kumpulan Qawiem kerana hal ini.
Pemanipulasian Dr Nik telah menghuru harakan kumpulan dukun dan dia membina kumpulan bomoh dengan pengikutnya. Dia juga berjaya menguasai separuh lagi botol pak Dollah. Separuh lagi ada pada Kementerian Alam Ghaib dan mereka menjada dengan penuh rapi.
Dr Nik telah menyusun strategi dan mahu menguasai buku Malaya Fit Tibb yang merupakan asal usul kepada ilmu sihir kerana percaya ilmu ini siapa yang mengambilnya maka dia akan mendapat kuasa yang sangat hebat. Ini merupakan penipuan apabila sesiapa yang menguasai dan menggunakannya.
YOU ARE READING
Dukun Vs Bomoh
HorrorDukun dan Bomoh bergaduh sekian lama, kerana Bomoh menggunakan ilmu hitam yang terlarang. Kisah ini tentang saka dan ilmu hitam yang digunakan oleh bomoh.