Bab 1 - Sakitnya Hati

1.5K 49 5
                                    


Bila pengajar lambat masuk, mulalah pelajar di kelas aku membuat bising dengan membuat benda yang tidak berfaedah. Pelajar lelaki sibuk bermain game menggunakan telefon masing-masing manakala pelajar perempuan tak lain tak bukan mesti berpuak untuk bergosip dan bergelak ketawa sehingga membingitkan gegendang telinga aku. Tak terkecuali juga pasangan-pasangan kekasih di kelas aku. Sibuk berdating tanpa mempedulikan pandangan rakan-rakan yang lain.

Walaupun keadaan bingit, tidak mengganggu tumpuan aku untuk belajar kerana aku dah terbiasa dengan suasana seperti ini. Aku boleh mencipta dan duduk dalam dunia sendiri. Bukan aku tak ada geng di kelas ini, ada aje tapi malas nak join bergosip dengan mereka. Ada baiknya aku buat benda yang berfaedah sedikit.

Tangan laju mencatat nota kuliah sambil mendengar lagu. Mp3 lama aku mempermainkan lagu Easy nyanyian Camila Cabello. Aku berhenti sekejap sambil mata melilau ke sekeliling kelas.

Mata aku tiba-tiba terpaku pada sepasangan kekasih yang sibuk bermesra dengan adegan yang kurang senonoh pada pandangan mata aku. Rasa nak termuntah bila melihat gelagat gadis gedik itu seakan-akan cuba menggoda lelaki yang memeluknya itu. Nak terjojol mata tatkala gadis itu selamba sahaja mencium pipi kanan lelaki itu. Lelaki itu tersenyum suka dan gatal. Yalah.. siapalah tak suka dicium oleh gadis cantik dan seksi seperti Amalina.

Mungkin perasan yang dirinya diperhati, tidak semena-menanya lelaki itu memandang ke arah aku.

Gulp!

Buat seketika pandangan mata kami bersatu sebelum aku cepat-cepat fokus semula pada nota di atas meja. Laju sahaja terasa jantung aku mengepam darah. Berdebar-debar rasa hati tatkala berpandangan dengan lelaki itu. Ya si dia yang bernama Sheikh Rafiqi Hulaif. Lelaki yang menjadi kegilaan para gadis kerana ketampanan dan kekayaannya itu. Dah nama pun berpangkal Sheikh, mestilah dia datang daripada keluarga yang berada. Rupa paras kacak itu jelas menampakkan yang dia sememangnya ada baka keturunan arab. Matanya yang besar, hidungya yang mancung terletak tinggi macam Shah Rukh Khan, kulit wajah yang putih dan bersih serta bibirnya merah semerah buah delima. Mesti mak dia selalu makan buah delima waktu mengandungkan dia. Handsome sangat. Tapi sayang.. playboy dan perangai ke laut. Tak padan dengan namanya yang membawa maksud pelindungku yang setia. Dah bukan pelindung lagaknya tapi penghancur masa depan anak gadis orang. Dalam hati aku membebel sendiri.

Aku curi-curi lagi pandang ke arah lelaki itu. Dia kelihatan khusyuk mendengar celoteh Amalina. Dilayan saja karenah teman wanitanya yang menginginkan Rafiq untuk mencium pipinya.

Terpempan aku mendengar permintaan selamba Amalina. Aku dengar dengan jelas sebab mereka duduk tak jauh dari aku. Lagipun kelas tak adalah bising sangat macam tadi. Dan satu lagi, takkan nak bermesra depan semua orang. Tak ada tempat lain ke?

Geram pula aku dengan Amalina ni. Memalukan kaum wanita betul.

Walaupun begitu, aku masih memerhati dan menunggu reaksi Rafiq. Dalam hati aku berdoa agar lelaki itu tidak menuruti kemahuan Amalina. Entah mengapa ada rasa sakit hati terselit sedikit jika lelaki itu berbuat demikian.

Namun, tatkala melihat wajah Rafiq semakin mendekat ke wajah teman wanitanya itu, aku terus toleh ke hadapan. Aku tahu aku akan hampa apabila melihat adegan seterusnya sebab doa aku tak makbul dan Rafiq akan cium pipi Amalina. Hesy! Sakitnya hati.




Hi semua.... cerita kali ini lebih pendek dan agak santai dengan gelagat Nayla dan Rafiqi. Jangan lupa vote dan komen tau. Teruskan sokong karya Amel.... Love you alls.

#heartstealerWhere stories live. Discover now