Hari ini aku lambat bangun. Sebab aku cuti solat jadinya aku terlajak tidur sampai pukul tujuh setengah pagi. Kuliah pula akan bermula pada pukul sembilan. Laju sahaja aku bersiap ala kadar. Nasib baiklah aku memang tidak bermekap kalau keluar. Cukup pakai pelembap dan sunblock cukup! Rambut pula aku sanggul dan tutup guna topi. Siap!
Tepat pukul sembilan baru aku sampai di fakulti. Masuk sahaja ke dalam dewan kuliah, semua pelajar dah datang. Aku seorang saja yang lambat. Nasib baiklah pengajar pun belum sampai. Selamat reputasi aku.
Kelihatan Rafiqi sedang merenung aku sejak dari masuk ke dalam dewan tadi sehinggalah aku selamat duduk ditepi dia. Renungan itu penuh dengan tanda tanya sehingga membuat aku gelisah saja. Buruk sangat ke aku hari ini? Yalah sebab tadi aku main rembat aje baju yang ada didepan mata. Berhias pun tak sempat. Dah la hari ini hari pertama aku jadi...
Err.. malulah nak mengaku!
"Apa?" Jerkahku sedikit kasar kepada Rafiqi bila lelaki itu asyik merenung aku sedari tadi.
"Apa yang apa?" Soal Rafiqi blur. Terkejut dengan dengan jerkahanku. Lepas tu terkulat-kulat muka dia pandang aku. Nampak sangat syiok merenung aku dari tadi.
Aku tidak menjawab. Hanya jelingan mata yang aku berikan kepadanya.
"Kenapa awak lambat hari ini? Semangat tau saya datang awal hari sebab excited nak jumpa awak. Tak sangka pula awak lambat cenggini."
"Saya lewat bangun. Yang awak datang awal sebab excited nak jumpa saya tu, dah buang tebiat ke?"
Rafiqi tersengih. Langsung tidak mengambil hati dengan kata-kata aku. Aku sedar aku kasar, tapi aku tak tahu macam mana nak berlembut. Malu kut!
"Mesti awak terlepas solat subuh ni kan, Miss Yang?"
Aku mencebik. Sembarang tuduh aje dia ni tau.
"Saya cuti." Balasku pendek.
"Ohh...." Ujar Rafiqi sambil mulatnya membuat bentuk O. Panjang sangat oh dia tu.
"Padanlah awal pagi lagi awak dah jadi singa jadian. Fasa menses rupanya." Sambung Rafiqi sambil ketawa kecil.
Tajam mataku pandang dia. Aku tak terhibur pun tapi rasa nak hempuk kepala dia.
"Awak nak rasa penumbuk saya ke Rafiqi?" Soalku, menahan marah. Betullah kut aku ni singa jadian. Buktinya, marah ajelah yang aku tahu buat ketika ini. Kesian member aku seorang ini.
"Tak nak la yang. Apa pula buat kat saya macam tu. Tak baik tau. Saya ni kan..." Rafiqi berjeda lalu tersenyum. Senyum gatal.
Perlahan-lahan dia datang mendekat dan berbisik ke telinga aku, menyambung kembali bicaranya. "Boyfriend awak..."
Lup dup lup dup....
Mulalah jantung aku mengepam darah dengan laju. Sesak nafas mendengar bisikan lelaki itu. Gugup dan malu untuk mengangkat wajah. Sudahnya aku tunduk dengan wajah yang memerah.
"Oh my... someone is blushing right now." Rafiqi gelak jahat.
Aku diam menahan diri untuk mengeluarkan suara. Malu mahu memandang Rafiqi. Huwaa.. boleh pula dia gelakkan aku. Tak guna punya boyfriend!
Ya.. setelah diberi masa seminggu untuk berfikir, barulah semalam aku memberi keputusan yang aku akan terima Rafiqi selepas pengakuan cintanya kepada aku tempoh hari. Dalam diam, aku mengakui yang aku juga mencintai Rafiqi namun aku malu untuk menuturkan secara terbuka lelaki itu. Cukuplah dia tahu aku sayang dia dan dia sayang aku.
"Dah sudah la tu buli saya..." Tegurku perlahan. Baru ada kekuatan nak berbalas pandang.
"Sorry girlfriend saya..." Balas Rafiqi sambil tersenyum.
YOU ARE READING
#heartstealer
RomanceSheikh Rafiqi, si kacak yang ingin berubah ke arah yang lebih baik dan dia memerlukan aku, Nayla Yang untuk terus berada disisinya. Aku seorang gadis yang kasar pada luarannnya namun tak ada siapa tahu itu bukanlah perangai sebenar aku kecuali Raf...