Bab 8 - When the time is right

612 37 9
                                    


Aku masukkan buku nota ke dalam beg seusai sahaja kuliah pagi ini berakhir. Lalu aku rebahkan kepala aku di atas beg tersebut. Nasib baiklah hari ini satu sahaja kelas yang perlu aku hadiri.

Terlepas keluhan kecil di bibirku. Terasa badan aku masih penat walhal keluar dating dengan Rafiqi aje kut.

Teringat pada Rafiqi, terus aku toleh ke tempat duduk sebelah. Serentak pandangan mata kami bertemu. Ohh.. dia dah renung aku sedari tadi.

"Kenapa?" Soalnya sepatah sambil mata galak itu masih merenung aku bersama riak wajah yang kebimbangan.

Aku senyum kecil sambil menggeleng kepala. Kemudian, aku angkat muka dan kemaskan beg semula. Saja aku buat muka acuh tak acuh walhal rasa segan dah berkepul-kepul tersimpan. Tak senonoh punya girlfriend!

"Penat.." Jawabku juga sepatah tanpa memandang wajah Rafiqi.

"Awak tak tidur ke malam tadi?"

"Mana awak tahu?" Bulat mata aku pandang lelaki itu. Terkejut bila Rafiqi tanya aku. Nampak sangat ke aku tak tidur semalaman? Macam mana lelaki itu tahu?

Tercetus ketawa kecil di bibir Rafiqi.

"Nampak mata awak tu yang. Tak tidur sebab ingatkan saya ke apa?" Usik Rafiqi, berbisik perlahan. Tidak mahu perbualan kami didengari yang lain sebab hubungan kami sebagai kekasih masih lagi jadi rahsia. Rata-rata tahu kami berdua hanya sekadar berkawan.

Yalah tu dia orang percaya yang kami ni cuma berkawan. Kalau dah macam belangkas, tidak mahu berenggang, pasti menjadi buah mulut orang dan gosip akan meliar juga. Namun aku mahupun Rafiqi hanya pekakkan telinga saja. Lagipun, tak lama dah nak grade. Lepas ni tak ada dah nak bertemu dengan mereka semua.

"Perasan aje awak ni." Aku nafi dan jeling Rafiqi.

Tangan aku naikkan ke pipi. "Ada lingkaran hitam tak?" Tanya aku sedikit cuak. Kut la aku tak perasan mata aku lebam.

Rafiqi tersenyum seraya menggeleng perlahan.

"Awak cantik Nayla. Hari ini pun awak extra cantik." Puji lelaki itu tanpa segan silu.

Aku juihkan bibir. Sembunyikan rasa gemuruh dengan tenungan itu.

"Padanlah awak asyik pandang saya ya? Fokus tak Prof ajar tadi?"

"Fokuslah! Mata saya aje perhati awak, tapi telinga saya tajam mendengar tau! Saya ni budak bijak. Jangan pandang saya sebelah mata. Pandang dengan dua mata. Pandang dengan hati awak tu pun boleh juga." Sempat lagi dia menggatal.

"Saya tahu awak ni bijak orangnya. Buktinya, awak dah ada dua degree, kan?"

Rafiqi melepaskan tawanya.

"Perasan tak sayang?" Soal Rafiqi tiba-tiba.

"Perasan apa?" Aku soal dia balik sambil mata memerhatikan sekelilingi. Risau jika ada yang terdengar panggilan lelaki itu terhadap aku. Nasib baiklah kelas mula renggang. Yang stay mungkin ada kelas lagi selepas ini.

"Kita ni memang berjodoh kan?"

"Maksud awak?"

"Yalah.. dalam kelas ni kita berdua aje terlajak tua sambung belajar."

Aku ketawa. Memang betul pun apa yang Rafiqi katakan. Dalam kelas ini, rata-rata pelajar berumur antara 23 hingga 25. Manakala aku dan Rafiqi masing-masing dah masuk dua puluh enam dan dua puluh tujuh tahun. Lambat gila nak sambung belajar. Tapi aku ada alasan tersendiri, mengapa aku berhenti selepas tamat belajar asasi dahulu. Disebabkan kisah lalu yang membuatkan aku trauma, aku memilih untuk tidak menyambung pelajaran lagi. Bila aku sudah mempunyai sedikit keyakinan, barulah aku melanjutkan pelajaran lagi. Menuntut ilmu, tak kisah pun umur dah berapa. Betul tak?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 28, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

#heartstealerWhere stories live. Discover now