Selesai sahaja kuliah petang ini, aku terus ke library untuk menghantar buku yang aku pinjam minggu lalu. Sejurus aku memulangkan dua buah buku yang aku pinjam, aku terus menuju ke arah rak buku yang menempatkan buku-buku fiction.
Baru sahaja tangan mahu mencapai buku di barisan rak itu, ada tangan yang terlebih dahulu mengambilnya sebelum aku. Tersentak aku dibuatnya. Laju muka aku palingkan ke sebelah, ke arah si gerangan yang dah mengambil buku yang ingin aku pinjam tadi.
Terkedu aku tatkala melihat wajah yang berdiri di sisi aku ketika ini. Dalam banyak-banyak orang, mengapa mesti dia?
"Ehem.." Aku berdehem untuk menghilangkan rasa janggal antara kami. Buku tadi masih ditangannya dan dia kian merapat ke arah aku.
Aku beranjak sedikit. Risau lelaki itu berdiri dekat dengan aku. Wangiannya mampu menggoyahkan hati ini yang sememangnya dah tergoda dengan penampilan lelaki itu. Santai, kemas dan kacak!
Amboi Nayla... sempat lagi cuci mata ya.
"You want this book?" Nada suara seksi itu bertanya kepada aku.
Aku beranikan diri menatap matanya. Dia juga sama menatap mata aku dalam-dalam. Hesy! anak Sheikh Samad ni buat hal betullah. Dia tak tahu ke dia pandang aku macam tu pun dah buat kaki aku ni menggeletar.
"Tak jadi. Awak ambik sajalah buku tu. Saya boleh cari lain." Ujarku sambil mata melilau mencari buku lain. Kehadirannya yang masih memerhatikan aku itu tidak aku hiraukan langsung. Aku berpura-pura mencari buku lain walhal hakikatnya fikiran aku dah terbang melayang ke tempat lain. Serius tak selesa bila aku dapat rasa Rafiqi masih memerhatikan aku.
"Awak ni kan Nayla, kenapa formal sangat kalau bercakap dengan saya?"
Tersentak aku dengan pertanyaan lelaki itu. Keningku terangkat memandang ke arahnya. Formal sangat ke aku bercakap dengan dia?
"Seriously, awak masih anggap saya ni orang asing ke? Dah berapa lama awak ambik masa untuk fikirkan permintaan saya tu? Dah lama Nayla." Ujar Rafiqi lagi separuh merungut.
Mahu terletus tawa aku bila tengok muka masam lelaki itu. Untunglah.. masam macam mana pun muka tu tetap kacak.
"Kenapa awak senyum?" Tegurnya.
Hah? Mati terus senyuman aku. Aku sendiri tak sedar bila masa aku tersenyum. Aduhai, memalukan ajelah kau Nayla.
"Mana ada saya senyum!" Balasku garang dan berpura-pura seperti marah semata-mata untuk menutup malu.
"Saya tak buta lagilah yang..."
Laju aku menjegilkan mata ke arah Rafiqi. Mata melilau melihat sekeliling. Risau jika ada yang mendengar perbualan kami.
"Kan saya dah banyak kali pesan, jangan panggil saya yang." Marahku padanya. Bukannya tak suka tapi panggilan itu buat aku berdebar semacam. Rasa macam dicintai pun ada.
"Tak salah pun saya panggil awak yang. Dah memang itu nama awak kan?"
Aku diam. Mengiyakan dalam hati saja. Memanglah tak salah sebab nama aku Nayla Yang tapi Yang tu diambil sempena nama keluarga cina daddy aku. Daddy aku sino kadazan, ada darah cina dan darah kadazan. Mummy aku pula berbangsa melayu tapi half cina. Hah, sebab tu muka aku ada iras-iras orang cina walaupun dah terang berderang dalam surat lahir menyatakan aku ni berbangsa melayu.
"Tapi tak selesalah awak panggil saya macam tu... Nanti apa pula kata orang." Bantahku lagi.
"Awak takut orang lain fikir saya panggil awak sayang ke?"
Dush!!
Darah menyerbu naik ke seluruh muka aku. Badan dah rasa berbahang lebih-lebih lagi pada pipi yang menjadi santapan mata Rafiqi sedari tadi. Kulit aku yang putih sememangnya mudah yang amat untuk bertukar warna.
YOU ARE READING
#heartstealer
RomanceSheikh Rafiqi, si kacak yang ingin berubah ke arah yang lebih baik dan dia memerlukan aku, Nayla Yang untuk terus berada disisinya. Aku seorang gadis yang kasar pada luarannnya namun tak ada siapa tahu itu bukanlah perangai sebenar aku kecuali Raf...