Lama aku merenung wajah sendiri melalui cermin meja solekku. Wajahku sudah diserikan dengan make-up sederhana dan tampak neutral. Bibir yang selama ini hanya dilapisi pelembap, kini kelihatan kemerahan oleh gincu yang berwarna merah. Rambut panjang milikku yang selama ini aku sembunyikan dengan menyanggulnya tiap kali keluar kini aku biarkan terurai lurus. Entah apalah reaksi Rafiqi tatkala melihat aku.
Aku berdiri dan kemudian membelek lagi pakaian di badan. Dress paras bawah lutut berwarna biru laut menjadi pilihan aku. Penampilan aku nampak berbeza kali ini.
Setelah berpuas hati dengan penampilan sendiri, aku turun ke bawah dan kelihatan ahli keluarga aku sedang berbual sambil menonton movie di ruang tamu.
"Wow! Cantiknya kakak..." Puji Nazira tatkala terpandang aku yang sedang menuruni tangga.
Mummy dan daddy turut sama menoleh ke arah aku. Semua buat muka terkejut. Yalah, siapalah tak terkejut tengok perubahan pada penampilan aku. Selepas kejadian yang lalu, aku memang dah tak berhias seperti ini. Dah lama aku ubah penampilan. Tup tup hari ini aku buang tebiat untuk berhias kembali. Mana tak terkejutnya mummy dan daddy.
"Kakak nak ke mana lawa-lawa macam ni? Terkejut mummy tengok." Soal mummy yang tidak berkedip pandang aku.
"Cantiknya anak daddy ni." Puji daddy pula.
Aku tersenyum malu.
"Kakak nak keluar jumpa kawan dulu mummy, daddy." Jawabku sopan. Segan aku bila menjadi tumpuan ahli keluarga sendiri. Tahulah aku cantik giler hari ini. Hahaha.. tak salah puji diri sendiri.
"Jumpa kawan ke atau boyfriend?" Sampuk Nazira mengusik.
Aku jegilkan mata ke arah adik aku itu. Aku pandang dia dengan pandangan yang memberi amaran jangan nak pecah rahsia!
Nazira tersengih. Dia seakan faham dengan isyarat mata yang aku berikan kepadanya.
"Jumpa kawan lelaki ke perempuan ni?" Mummy mula menyiasat. Ini semua disebabkan oleh mulut celupar si Nazira la ni.
"Errr..." Gugup aku mahu menjawab. Malu pun ada. Takkan nak cakap jumpa kawan lelaki kut. Malulah. Tapi nak tipu mummy pun macam tak sampai hati.
"Mummynya.. biar ajelah kakak keluar. Tak payah nak jadi detective sangat." Tegur daddy. Yes! Aku senyum pada daddy. Thank you daddy!
"Saya bukan apa bang. Anak abang ni cantik sangat. Risau saya dibuatnya. Selama ini asyik nak pakai macam lelaki aje. Tiba-tiba hari ini nak berlawa sakan."
"Laa.. apa masalahnya? Biar ajelah dia pakai apa yang dia nak. Dia berlawa macam ni pun awak risau dah kenapa?."
Aku tunduk saja sambil mendengar perlawanan mulut antara mummy dan daddy.
"Mummy... daddy..." Panggil aku cukup perlahan. Mata kedua orang tua ku itu terus tertumpu kepada aku. Menanti aku menyambung bicara.
Aku tarik nafas dalam dan hembusnya perlahan.
"Kakak rasa.. kakak nak berubah. Dah tiba masanya kakak lupakan apa yang pernah terjadi pada kakak dahulu. Kakak taknak terus dibayangi kisah lalu lagi. Kakak nak kembali jadi Nayla, anak mummy dan daddy yang dulu. Boleh tak mummy, daddy dan adik terus membantu dan menyokong kakak? Jadi kekuatan kakak untuk kembali hidup seperti biasa tanpa perlu ada rasa takut pada kejadian buruk itu?" Aku meluahkan rasa hati aku. Ya, sejak semalam aku berfikir untuk berubah semula. Dah tiba masanya untuk aku move-on.
Ketiga-tiga mereka terdiam seraya mendengar luahan hati aku. Terkejut dan tidak percaya aku mengambil keputusan seperti ini setelah bertahun aku berdiam diri dan tidak menyebut akan perkara lalu itu.
YOU ARE READING
#heartstealer
RomanceSheikh Rafiqi, si kacak yang ingin berubah ke arah yang lebih baik dan dia memerlukan aku, Nayla Yang untuk terus berada disisinya. Aku seorang gadis yang kasar pada luarannnya namun tak ada siapa tahu itu bukanlah perangai sebenar aku kecuali Raf...