"Morning Nayla.." Sapa Rafiqi mesra seraya mengambil tempat duduk di sebelah aku. Senyuman menggoda Rafiqi menjadi santapan mata di awal pagi ini.
"Morning.." Balas aku lalu turut sama memberikan senyuman kepada lelaki itu seadanya. Dan mulalah ada mata memerhati, ada mulut yang berdesas-desus mengata aku dan Rafiqi.
Letih sebenarnya menangkis tanggapan orang lain terhadap hubungan aku dan Rafiqi. Acap kali aku dan Rafiqi mengakui hubungan kami hanyalah sekadar kawan dan tidak lebih daripada itu. Namun, ada sesetengah homosapien spesies perempuan yang masih tidak berpuas hati dengan aku. Kononnya aku yang terhegeh-hegeh rapat dengan Rafiqi.
Hey! Nak aje aku ceritakan kisah sebenar siapa terhegeh dengan siapa. Tapi aku memilih untuk berdiam. Malas nak bergaduh mulut. Dah penat mulut ini berlawan kata lebih-lebih lagi dengan Amalina. Gadis itu berdendam sangat dengan aku. Mungkin sebab Rafiqi dah dekat dengan aku berbanding dia.
Buktinya, sejak dua minggu lalu lagi Rafiqi duduk bersebelahan denganku setiap kali ada kuliah atau tutorial. Dengar cerita Rafiqi juga sudah memutuskan hubungannya dengan Amalina. Ya betul ya tidak.
Menurut Rafiqi, dia tidak pernah bercinta dengan Amalina. Hanya sekadar kawan. Kalau dah perangai playboy tu tetap playboy jugalah. Kawan apa bendanya sampai dah main peluk-peluk dan cium-cium macam tu. Sakit pula hati aku mengingatkannya.
"Kenapa ni? Awak macam tak ada mood aje pagi ni.." Tegur Rafiqi lembut. Sesiapa sahaja mendengarnya pasti tersentuh dengan keprihatinan lelaki ini. Termasuk aku. Namun aku buat muka macam tak rasa apa-apa. Buat derk jer.
"Tak selesa la Rafiqi.." Aduku padanya. Sememangnya aku tidak selesa apabila menjadi perhatian rakan-rakan di kelas aku. Setiap kali Rafiqi ada berada bersama aku, tiap itu jugalah pelbagai jenis pandangan mata dan jelingan yang aku terima. Belum lagi termasuk orang yang membuli aku diluar.
"Pedulikan ajelah mereka.. kita bukannya buat salah pun."
"Senanglah awak bercakap. Yang terima padahnya adalah saya."
"Why? Ada sesiapa buli awak lagi?" Soal Rafiqi sambil mata melilau ke seluruh tubuh aku. Pervert!
"Tak payah la tengok saya sampai macam tu. Karang ada juga yang saya korekkan mata dia ni."
Ugutanku disambut dengan tawa oleh Rafiqi. Bila lelaki itu ketawa, lagilah menarik perhatian orang kelas. Siap ada dah buat muka masam mencuka. Siapa lagi kalau bukan Amalina yang duduk di barisan tepi selari dengan tempat aku dan Rafiqi. Berbulu mata gadis itu melihat wajah bahagia Rafiqi di sisi aku. Ya ke bahagia? Bahagialah kut. Rafiqi ni dah la kacak, murah dengan senyuman pula tu. Tawanya juga sentiasa menyapa gegendang telinga aku. Dah sebati dalam hidup.
Bila aku perhati dia sedekat ini, baru aku perasan lelaki itu punya lesung pipit dikedua belah pipi. Namun tak adalah ketara sangat. Cukup memaniskan senyuman lelaki itu.
"Saya buat check-up aje. Manalah tahu awak ada cedera ke apa..." Balas Rafiqi.
"Itu bukan check-up lah giler. Itu pervert namanya. Sila jaga mata awak tu baik-baik ya Mr. Sheikh." Pesanku sambil menjeling ke arahnya. Ala.. jeling-jeling manja aje.
"Awak pun sama tak jaga mata. Suka renung saya. Tahulah saya handsome." Ujar Rafiqi dengan nada suara yang perlahan seumpama tidak mahu aku mendengarnya. Tapi aku belum pekak lagi. Aku dengar kut!
"Apa awak cakap?" Aku gigit bawah bibir sambil buat muka marah. Walhal dalam hati aku dah rasa malu sebab kantoi merenung dia tadi.
Rafiqi hanya tersengih.
"I said... Baiklah Miss Yang.." Balasnya pula.
Aku jegilkan mata. Dengar orang sebelah karang. Tak pasal-pasal ada adegan tarik rambut lepas ini.
"Tapi serius ni Nayla.. awak tak apa-apa ke? Ada orang buli awak lagi ke?" Tanya Rafiqi semula. Riak wajahnya jelas menampakkan dia risaukan aku.
"Tak adalah. Diaorang pun bukannya berani sangat nak buli saya. Awak tak payah risaulah Rafiqi. Saya tahu lawan balik kalau orang lain buli saya." Aku yakinkan Rafiqi. Aku tersenyum sambil berpandangan dengan dia. Rafiqi juga turut tersenyum namun riak wajahnya masih kekal risau.
"Saya tahu dan awak sendiri tahu yang awak boleh lawan balik Nayla.. tapi saya juga sentiasa tahu dan ingat yang awak tu perempuan... sekasar macam pun awak, sehebat mana pun awak, awak tetap seorang gadis yang patut saya lindungi.." Ujar Rafiqi panjang lebar dengan nada tuturannya yang lembut dan cukup menyentuh hati aku.
Aku terkedu mendengarnya. Tipulah kalau aku tak rasa apa-apa. Terharu giler dengan kawan handsome aku ni. Namun, aku cuba kawal air muka aku. Acah-acah tidak tersentuh dengan kata-kata lelaki itu.
"Awak jangan risau okay? Tak adanya diaorang berani buli saya lagi. Kalau ada pun, tahulah saya diamkan. Saya ni handal bergusti tau?" Sempat aku berseloroh.
"Saya serius ni Miss Yang.."
Aku ketawa kecil.
"Tahu awak serius Mr. Sheikh..."
"Jangan lupa bagitahu saya tau. Tak payah nak berselindung sangat. Saya sentiada ada untuk lindungi awak."
"Okay awak.." Balasku malu-malu.
Aku pandang Rafiqi dan lelaki itu turut sama memandang ke arah aku. Tersedar begitu lama kami berpandangan, cepat-cepat aku toleh ke depan. Tepat pada masanya pengajar tiba.
Aku mahupun Rafiqi diam selepas itu. Masing-masing kekok dengan kejadian renung merenung seketika tadi.
Next chapter tunggu esok yer.. Jangan lupa vote and comment!! Love Love Love.....
YOU ARE READING
#heartstealer
Любовные романыSheikh Rafiqi, si kacak yang ingin berubah ke arah yang lebih baik dan dia memerlukan aku, Nayla Yang untuk terus berada disisinya. Aku seorang gadis yang kasar pada luarannnya namun tak ada siapa tahu itu bukanlah perangai sebenar aku kecuali Raf...