Unexpected Marriage
Chapter 04
_________________
________" Jadi kau terpaksa masuk islam untuk berkahwin dengan dia ?" Soal Namjoon sambil mengusap bawah bibirnya . Taehyung mengeluh dan mengangguk .
" Tapi , kau tak takut ke prestasi kau akan menurun bila dah kahwin ?" Soal Seokjin sebelum menggaru kepalanya .
Taehyung terus mengangkat bahunya selamba sebelum matanya memandang Jungkook yang memandangnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan .
" Kenapa pandang aku macamtu ?" soal Taehyung pelik , Jungkook sekadar menggeleng sebelum tertunduk .
" Apapun , aku dah tetap dengan keputusan aku untuk kahwin dengan dia . Aku kesiankan dia ," Yang lain hanya mengeluarkan keluhan mendengar balasan Taehyung .
" Tapi islam tu susah untuk orang macam kita ni Tae , diorang tak boleh makan makanan sebarangan—"
" Seriously Hyung ? Kenapa makanan juga yang kau bawak masuk ?" Potong Jimin , Seokjin terus tertawa besar sebelum menggeleng .
" Aku ikut Taehyungie Hyung ," Mata Keenam-enam jejaka itu membulat besar mendengar ayat yang terkeluar dari bibir Jungkook .
Taehyung terus menepuk bahu Jungkook dengan kening yang berkerut .
" Kook , Kau tak perlu masuk islam untuk simpatikan aku—"
" Aniyo , aku memang nak masuk islam . Bukan sebab terpaksa tapi aku memang rasa nak masuk islam ." Potong Jungkook sambil menatap dalam mata Taehyung .
Taehyung terus menarik nafasnya dalam sebelum mengangguk .
Skip•••
" Abang nak pergi mana ?" Soal Puan ilya , Encik Othman yang sedang bersiap itu dipandang dengan kening yang berkerut .
" Saya nak pergi masjid ," Balas Encik Othman singkat sebelum berlalu keluar , Puan ilya mengeluh sebelum menggelengkan kepalanya .
Sebaik sahaja Encik Othman tiba di Masjid , kakinya melangkah masuk sebelum dia melabuhkan punggung dihadapan Taehyung dan rakan-rakannya yang lain .
" Yang nak kahwinnya kamu sorang , Kenapa enam orang ni pun ada sekali ?" Soal Encik Othman dengan kening yang terjungkit sebelah .
Mereka bertujuh sekadar mendiamkan diri bersama senyuman kekok . Encik Othman berdehem sebelum terbatuk kecil .
" You guys really can't speak Malay ?" Soal Encik Othman , Cuba untuk mengawal riak wajahnya .
Mereka semua menggeleng . Encik Othman terus terbatuk palsu .
" Pak Long ," Encik Othman mendongak memandang Daniel yang berdiri disebelahnya , senyuman manis diukirkan sambil memandang Daniel yang sudah melabuhkan punggung disebelahnya .
" Ah , Daniel . Ada apa datang sini ?" Soal Encik Othman , Daniel terus menipiskan bibirnya .
" Sarah ada call saya tadi , dia cakap bakal suami dia nak masuk islam dan dia orang Korea , Memandangkan dekat sekolah saya ambil mata pelajaran yang sama jadi saya dengan rela hatinya nak tolong Sarah ." Senyuman manis diukirkan .
Encik Othman mengangguk sebelum memandang Taehyung .
" Kau kena belajar jugak bahasa Melayu , kalau tak susah nanti aku nak berborak biskut dengan kau !" Ujar Encik Othman dengan nada yang sedikit ditinggikan .
Taehyung pula sudah menggaru kepala dengan riak wajah takutnya .
" Kau kena belajar jugak bahasa Melayu , Kalau tak susah nanti aku nak berborak biskut dengan kau !" Ajuk Daniel sebelum tersenyum lagi .
Taehyung terus mengangguk laju membuatkan Encik Othman tergelak kecil dan menggeleng .
Skip•••
" Pak Long , dalam banyak-banyak lelaki tadi . Mana satu yang pak long suka ?" Soal Daniel sambil berpeluk tubuh .
Encik Othman terus menjelingnya sebelum berdehem .
" Terang lagikan bersuluh Taehyung lebih cepat belajar dari yang lain , Suara dia semasa Azan tadipun dah cukup menenangkan ." Balas Encik Othman cuba untuk mengawal perasaanya .
Daniel terus menggigit bawah bibirnya sambil bermain dengan jarinya .
" Pak Long ,"
" Hmn ."
" Sebenarnya , saya tahu apa yang terjadi pada Sarah malam tu ."
Unexpected Marriage
To Be Continue
________________
__________
YOU ARE READING
[C] Unexpected Marriage | [S1/S2]
Fanfiction" Awak ingat saya hamak sangat ke nak kahwin dengan awak ?" || Unexpected Marriage || || A Bangtan's Islamic fanfiction || Start ; 21st April 2020 End ; 31st July 2020 ©Taegi_s