U.Marriage | 28

752 97 11
                                    

Unexpected Marriage
Chapter 28
__________________
________

3 weeks later .

" Taehyung , Hey awak bangun sahur ." Kejut Sarah lembut , Taehyung yang masih berkeruh membuatkan dia bercekak pinggang .

" Taehyung !" Sekali jerit automatik lelaki itu melompat duduk sebelum memandang Sarah yang bercekak pinggang .

Automatik dia merengek malas sebelum meronta-ronta diatas katil , Sarah yang memandang sudah menahan senyuman .

" Bila puasa ni nak habis ?" Soal Taehyung dengan suara garaunya , Sarah terus menjelingnya manja .

" Kita ada lagi seminggu je sayang , sabar eh ? Dah jom , Sahur ." Tangan Taehyung ditarik sehingga dia turun dari katil .

Dengan malas dia berjalan untuk masuk kedapur selepas menggosok giginya , Matanya bersinar melihat ayam goreng yang sudah terhidang .

" Hee Ayam !" Dengan laju dia melabuhkan punggung diatas kerusi sebelum menadah tangannya .

Niat puasa dibaca dengan laju sebelum tangannya naik menggaul nasi tersebut lalu ayam paling besar dicurinya .

Sarah yang memandang sekadar menggeleng sebelum turut menyuap nasi kedalam mulut .

Selesai Sahur , keduanya masuk kedalam bilik dan termenung diatas katil .

" Awak , Nanti rayakan . Saya ingat nak balik Malaysia , Saya nak beraya dekat sana , nak kutip duit raya , lepastu esok tu baru saya ingat nak balik kampung . Awak ikut ?" Taehyung yang mendengar sudah gatal telinga .

" K-Kampung ?! Omg finally !"

" Tapikan apa kata awak bawak kawan-kawan awak sekali ? Barulah aci ." Taehyung mengangguk .

" Tapikan , apa maksud kau duit raya ?" Soal Taehyung sambil menongkat sebelah tangannya untuk menampan kepala .

Sarah tersenyum jahat .

" Duit raya tu duit yang orang bagi waktu beraya , Tapi untuk budak-budak yang masih sekolah je dapat ! Awak dengan kawan-kawan awak takde ! HAHAHAH-"

" woi ," Sarah terus terdiam sebelum memandang Taehyung yang sudah membuat muka menyampah .

" Mana aci macamtu-"

" Kenapa awak nak duit raya ? Awak tu dah tua , dahlah duit banyak kalah gaji ayah saya lagi ." Taehyung tersengih sinis sambil mengangguk kepalanya .

" Tapi awak sebagai suami kena bagi duit dekat saya jugak ! Lagipun saya sekolah lagi hehe ," Taehyung memuncungkan bibirnya dengan mata yang sengaja digulingkan .

Sarah tergelak kecil sebelum terdiam untuk seketika , Taehyung yang perasan terus mengusap lembut pipinya .

" Kenapa ?" Soalnya perlahan , Sarah mengeluh .

" Awak memang taknak bagi saya berjumpa dengan mentua saya ke ?" Soal Sarah perlahan , cuba untuk tidak bagi hati lelaki itu tersentuh .

Bibir bawahnya digigit melihat perubahan wajah Taehyung .

" A-Aku tak tahu , Ayah aku sendiri dah taknak tengok muka aku ." Sarah mengeluh .

" Takpelah kalau macamtu , tapi sebelum kita balik Malaysia kita pergi melawat halmeoni awak dulu ya ?" Taehyung mengangguk , air matanya yang tiba-tiba mengalir membuatkan Sarah menggigit bibirnya sebelum menampar .

Badan Taehyung didekati sebelum dipeluknya erat , Taehyung membalas dan menyorokkan wajahnya pada leher gadis itu .

" Saya mintak maaf , saya tak bermaksud nak sedihkan awak ." Taehyung menggeleng .

Sarah melepaskan pelukan sebelum mengesat air mata Taehyung menggunakan tangan kecilnya .

Senyuman pahit diukir sebelum dia mengucup lama bibir Taehyung .

" Dah , jom solat ."

Skip•••

" so benda apa yang kau nak bagitahu ?" Soal Namjoon , Taehyung yang sedang bermain dengan jari jemari sarah itu dipandang .

Sarah yang berada diantara peha Taehyung terus tersenyum .

" Saya ingat nak ajak korang beraya dekat Malaysia , Kita beraya dekat rumah saya lepastu kita balik kampung ! Yeay !" Taehyung tergelak kecil melihat Sarah yang seperti kanak-kanak ribena .

Hoseok menepuk tangannya teruja ,

" Serius ?! Kampung awak seronok tak ?!" Soal Hoseok , Sarah tersenyum dan menjungkitkan sebelah keningnya dan menoleh memandang Taehyung .

Taehyung berdehem sebelum mengangguk .

" Seronok , Situlah Syurga buat aku . Sampai gemuk aku dibuatnya ." Sarah tergelak kecil .

Sementara Seokjin sudah meneguk liurnya .

" M-macam mana kalau aku jadi gemuk macam jimin ?" Soal Seokjin , hanya untuk mendapat tamparan dari Jimin .

" Hal kau , Aku okay je gemuk ." Jungkook menyampuk , Seokjin mengeluh dan mengangguk setuju .

Sarah terus melompat tinggi , tangannya didepa sebelum dia memeluk diri sendiri .

" Kalau boleh peluk awak-awak ni saya dah peluk ! Terima kasih ! Saya pasti awak suka dengan opah dan atuk saya !"

Unexpected Marriage
To Be Continue .
_________________________
_______________

________________________________________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Unexpected Marriage | [S1/S2]Where stories live. Discover now