Unexpected Marriage
[ SEASON 2 ]
Chapter 12
-❤-4 months later .
" Eee geramnya tengok perut awak tu ! Rasa macam nak tampar beribu kali !" Sarah terus sahaja meletuskan tawa dengan kuat sambil mengusap perutnya .
" Jungkook , kalau awak pukul nanti tak merasalah awak ada anak buah ." Jungkook mengangguk faham . Sarah terus melabuhkan punggung dan melentokkan kepalanya pada bahu Atuknya .
" Atuk seronok tak nak dapat cicit ?" Soal Sarah , Atuknya tersenyum suka .
" Mestilah ! Tambah pulak cicit atuk ada kacukan hmp ! Cayalah Sarah !" Sarah tersengih begitu juga dengan tiga orang lelaki itu .
" Tapikan macam mana kalau anak Sarah ni muka macam awak-awak semua ni ?" Soal Sarah , Mereka bertiga tersenyum kembang .
" Okaylah tu , atleast anak awak ada ciri-ciri worldwide handsome ."
" Anak awak ada masuk muka arnab !"
" Anak kau akan pandai buat lagu macam aku ," Sarah tergelak kecil .
-❤-
" Kau tahu diorang pergi mana ?" Soal Namjoon , Taehyung menggeleng malas dan mengeluh .
" Diorang dah gila gamaknya , tour kita terpaksa tangguh hari lain semata-mata nak tunggu diorang balik !" Jerit Namjoon memberontak .
Yang lain sekadar mengeluh berat dan menyebak rambut mereka , Taehyung pula asyik mendiamkan diri .
Azan Zohor yang bermain dari telefonnya membuatkan Automatik dia tersedar .
Taehyung mengeluarkan telefonnya dan membuka galery , Gambar perkahwinannya bersama Sarah direnung dengan mata yang berkaca .
Wajah Sarah diusap menggunakan ibu jarinya , Bibir bawahnya digigit lalu wajahnya ditekup .
Taehyung terus mengambil langkah keluar dari situ dan masuk kedalam perut keretanya , keretanya dibawa laju menuju kemasjid yang berada disitu .
Langkah kakinya dipercepatkan masuk lalu dia duduk betul-betul ditengah-tengah masjid .
Telefonnya yang berdering tiba-tiba membuatkan dia pantas mengangkat .
" Taehyung ?"
Jantungnya mulai berdetak laju mendengar suara merdu Sarah , Hatinya mulai berbunga-bunga .
" Sarah , S-Saya—Kenapa awak tinggalkan saya ?" Soal Taehyung dengan suara yang bergetar , Hingusnya ditarik .
" Maafkan saya , saya cuma taknak anak kita tersakiti hanya disebabkan kelakuan awak ."
Taehyung memejamkan matanya erat , Air matanya yang mengalir deras itu dilap menggunakan tapak tangan .
" Saya dah tak tahan dengan diri sendiri , Saya mintak maaf sebab mungkir janji ,"
" Tak apa , saya yang patut mintak maaf . S-saya terpaksa tinggalkan awak ."
Taehyung memegang dadanya yang terasa sakit .
" Taehyung , saya tak tahu apa dah jadi dengan awak tapi tolong—Jangan tinggal solat dan sentiasa bersujud padaNya ."
" Saya nak awak solat , demi anak kita ."
" Saya mintak maaf , saya terpaksa pergi . Saya sayangkan awak ,"
Tut—
Taehyung terus membaringkan dirinya disitu , tangisannya sudah mula kedengaran didalam masjid .
Bahunya terhincut-hincut akibat sedu , Kakinya dirapatkan kedada dengan mata yang terpejam .
Buk—
Taehyung terdiam , matanya dibuka lalu dia bangun dan memandang pintu Masjid yang tadinya tertutup itu kini terbuka .
Bahunya masih terhincut walaupun tangisannya sudah tidak kedengaran , mata coklatnya memandang sekeliling kawasan .
" Taehyung ,"
Taehyung terus sahaja mengundurkan dirinya , Lembaga hitam dihadapannya dipandang dengan mata yang bergetar .
" Jangan dengar cakap dia , awak milik saya ."
Taehyung menggeleng laju dengan bibir yang terketap rapat .
" A-Aku bukan milik kau !" Taehyung terus bangun berdiri dan membalas pandangan merah makhluk itu .
" aku tak takut dengan kau , aku hanya takut pada Tuhan aku , Jadi aku mintak kau stop rasuk badan aku !"
" Tak boleh sayang , aku dah sukakan kau . Aku nak kau jadi milik aku , dan bukan perumpuan tu !"
TBC_
Weyh jangan risau , dekat Korea ada masjid okay ? jangan pikir lain .
YOU ARE READING
[C] Unexpected Marriage | [S1/S2]
Fanfiction" Awak ingat saya hamak sangat ke nak kahwin dengan awak ?" || Unexpected Marriage || || A Bangtan's Islamic fanfiction || Start ; 21st April 2020 End ; 31st July 2020 ©Taegi_s