Unexpected Marriage
[ SEASON 2 ]
Chapter 12
-❤-Sarah memejamkan matanya rapat , rela untuk menyerahkan dirinya . Hujung kain jubah yang dipakainya dicengkam kuat .
Keningnya berkerut merasai cengkaman pada rahangnya yang mulai melonggar .
Matanya perlahan terbuka , Taehyung yang terkebil-kebil disebelahnya dipandang .
" AHH !" Sarah terus menjerit apabila terasa perutnya yang sudah ditoreh pisau .
Taehyung membutangkan mata sebelum menolak bahu Jungkook sehinggakan lelaki itu terduduk .
Matanya terkebil-kebil sebelum dia memandang perut Sarah yang sudah berdarah dengan pisau dilantai itu silih berganti .
Jungkook dengan laju merangkak menghampiri Sarah . Air matanya jatuh lalu matanya memandang Taehyung yang masih terdiam .
Jungkook mengetap giginya rapat , telefon dipoket belakang diambil lalu nombor 911 didail .
-❤-
4 hours later
Jungkook menyebak rambutnya kebelakang resah , tangannya yang bergetar itu dipandang sebelum bibir bawahnya digigit .
" A-Apa yang aku dah buat Ya Allah ." Jungkook menekup wajahnya , Sementara Yoongi dan Seokjin hanya memerhatinya dengan raut simpati .
Masing-masing cuba untuk memujuk tetapi takut untuk menegur Jungkook .
" H-hyung a-aku pembunuh—"
" Aniya Jungkook-ah , Kau dirasuk ." Potong Seokjin lalu menarik Jungkook masuk kedalam pelukan .
" t-tapi ,"
" Jungkook , jangan terlalu fikirkan sangat . Kita masih tak tahu keadaan Sarah dan baby dia macam mana , berdoa je untuk Allah lindungi mereka ." Pujuk Seokjin .
Jungkook meraup kasar wajahnya , matanya yang berair itu dipejam .
Pintu bilik rawatan yang terbuka membuatkan ketiganya bangun berdiri .
" Songsaenim !" Panggil Yoongi , doktor tersebut mengangguk sebelum menghampiri mereka .
Kepalanya yang tertunduk didongakkan balik sebelum senyuman kecil dihadiahkan .
" Puan Sarah dan kandungannya selamat , torehan pisau itu hanya sekilas jadi lukanya tak besar . Tapi kami dah berjaya jahit semula perut Puan Sarah ."
Ketiga-tiga lelaki itu mengeluh lega , Yoongi terus menyalam tangan doktor tersebut sebelum menunduk hormat .
Berlalu sahaja doktor itu , Yoongi menoleh dan bercekak pinggang .
" Taehyung mana ? Kenapa dia tak ada ?" Soal Yoongi , Jungkook mendongak sebelum menggeleng .
" A-Aku tak tahu , lepas dia mintak maaf dekat sarah dia tiba-tiba meracau dan larikan diri macamtu je ."
" Haih , Lepasni kita cari dia dengan member yang lain . Aku tak kira , aku nak diorang pergi berubat harini jugak ! Aku takut sarah kena lagi teruk !"
-❤-
Bam!
pintu bilik tarian yang dirempuh kasar oleh Yoongi mulai menarik perhatian kesemua rakannya yang berada disitu .
Yoongi berdecit sebelum dia masuk diikuti dengan Seokjin dan Jungkook .
" Well well , baru nak balik ." Namjoon berbicara sambil menepuk tangannya , memerli .
" Ya , baru nak balik dan aku akan bawak kau ikut aku ." Balas Yoongi sebelum menumbuk kasar Wajah Namjoon .
Lelaki itu terus terduduk sebelum memegang rahangnya .
" Rude Asshole !" Namjoon berdiri ingin menumbuk wajah Yoongi semula , tetapi sempat ditahan oleh Jungkook dan Seokjin .
" Ikat diorang ," Arah Yoongi , Jungkook dan Seokjin mengangguk . Yoongi menghampiri Taehyung yang hanya membuat riak beku .
" Kau , Ikut aku !" Selesai mengikat tangan Taehyung , Tubuh lelaki itu ditolaknya .
" Lepaslah !" Jerit Namjoon tidak puas hati , Yoongi menggulingkan biji matanya menyampah .
" Duduk diam , atau aku tak teragak-agak nak tumbuk kau sekali lagi ."
TBC_
YOU ARE READING
[C] Unexpected Marriage | [S1/S2]
Fanfiction" Awak ingat saya hamak sangat ke nak kahwin dengan awak ?" || Unexpected Marriage || || A Bangtan's Islamic fanfiction || Start ; 21st April 2020 End ; 31st July 2020 ©Taegi_s