Unexpected Marriage
Chapter 12
_________________
________" Hey , Dah okay ?" Sarah terus tersenyum memandang Yunjin sebelum mengangguk laju .
Yunjin turut tersenyum kecil sebelum kembali memasukkan lollipop kedalam mulutnya .
" Erm , Sejak bila kau ada bodyguard ni Sarah ?" Soal Yunjin tidak selesa apabila dirinya terasa diperhati . Sarah menjungkitkan kening sebelum menoleh kebelakang dan mengeluh .
" Ah , Boyfriend aku lah ni risau sangat . Takpe-takpe kau pergi masuk kelas dulu , aku borak dengan dia kejap eh ?" Pujuk Sarah sebelum tersenyum kecil , Yunjin mengangguk perlahan sebelum berlalu pergi .
Sarah menggigit bibirnya sebelum berlari anak menghampiri Hyunwoo .
" Hyunwoo-shi , bukan Taehyung suruh awak hantar dan ambil saya waktu awal dan habis persekolahan je ke ?"
" Maaf , Tapi saya terima arahan dari Tuan Taehyung untuk pantau Cik Sarah ." Balas Hyunwoo sebelum tersenyum , Sarah terus menggaru dahinya sebelum membasahkan bibir .
Baru sahaja dia hendak membuka mulut , deringan telefon menyentakkan dirinya .
Terus dia mengangkat tanpa melihat nama si pemanggil .
" Hello ?"
" Jangan degil dan dengar cakap Hyunwoo , Kalau perumpuan tu cuba buli kau lagi atleast Hyunwoo ada dengan kau ."
Sarah terus memuncungkan bibirnya sedepa sebelum menamatkan panggilan dengan laju .
" Dia dengan ayah sama je ! Eeee !" Cebik Sarah sebelum menghentakkan kakinya kasar kelantai dan menuju kekelasnya .
Hyunwoo yang dari tadi tersenyum kecil terus kembali dengan muka bekunya sebaik sahaja dia memandang Hyerin yang galak ketawa bersama rakannya .
Nafasnya ditarik dalam sebelum dia menjeling gadis itu dan berjalan mengikuti Sarah yang sudah jauh dihadapan .
Skip•••
Sarah sekadar merenung keluar tingkap dengan bibir yang termuncung , kelas yang riuh itu langsung tidak menganggu waktunya untuk termenung .
Sementara Hyerin sudah berasap telinga memandang Sarah yang tenang , Matanya mencerlung tajam kearah Hyunwoo yang berada diluar kelas .
" Tch , baru buat sikit dah pasang bodyguard ," Bisiknya menyampah sebelum menongkat dagunya kasar .
" Korang ! Ada pergaduhan ! Jom join !" Jerit Salah seorang budak lelaki dihadapan pintu menarik kesemua perhatian pelajar dikelasnya .
Sarah turut terganggu sebelum meneguk liurnya kesat dan berlalu keluar dari kelas , menghampiri kerumunan pelajar dikoridor diikuti Hyunwoo dibelakangnya .
Sarah menggigit bibir sebelum bahunya ditepuk oleh Hyunwoo dengan lembut .
Keningnya dijungkitkan , Hyunwoo tersenyum sebelum bercakap .
" Saya tak rasa cik patut berada dekat sini , Bila pengetua datang nanti cik mungkin akan terlibat sebab tak ada sesiapa rasa nak tolong ."
Skip•••
" Awak dah balik ? Nak makan tak ?" Taehyung terus mengangguk laju sebelum melemparkan telefonnya keatas sofa dan berlalu masuk kedalam bilik .
Sarah memuncungkan bibirnya sebelum kembali masuk kedapur . Periuk nasi dibuka sebelum bibirnya mengukirkan senyuman manis dengan hidung yang sudah terkembang kempis .
" Tak sia-sia ada opah yang pandai masak nasi lemak ," Bibirnya menguntumkan senyuman sebelum dia berlari dan mengambil pinggan .
Kerusi yang ditarik membuatkan Sarah menoleh dan tersenyum manis sebaik sahaja mata mereka bertembung , Taehyung sekadar membalas bersama senyuman kecil sebelum matanya memandang lauk dihadapannya .
Keningnya sedikit berkerut sebelum dia membuka mulut .
" Kau masak apa ?" Soalnya sambil menggaru hidung , Sarah tersengih .
" Nasi lemak ." Balasnya sebelum pinggan yang terisi nasi diletak dihadapan Taehyung dan ditempatnya .
Taehyung mengangguk sebelum tangannya naik mencapai sudu .
" Macam mana nak makan ? Campur semua ke ?" Soalnya sambil mata ralit merenung Ayam goreng dihadapannya .
Sarah tergelak kecil sebelum tangannya mengambil sudu didalam genggaman Taehyung .
" Ambil sambal ni letak dekat tepi ni , Ayam ni letak dekat tepi dia , telur ni pun letak dekat tepi dia , hah dah siap !" Sarah terus menepuk tangannya teruja .
Taehyung tergelak kecil , baru sahaja dia hendak menyentuh nasi dengan jemarinya , tangannya terlebih dahulu ditampar .
" Aww !" Taehyung mengerutkan kening sambil mengusap tangannya yang ditampar kuat oleh Sarah .
" Nape ?" Soalnya , Sarah menadahkan tangannya dan memberi isyarat pada Taehyung .
Taehyung terus mengeluh sebelum mengangguk laju dan turut menadah tangan .
Bibirnya yang terkumat kamit itu hanya dipandang Sarah dengan kening yang berkerut .
" Taehyung !" Taehyung mendengus sebelum memandang Sarah tajam .
" Nak apa lagi ?"
" Bacalah kuat-kuat , awakkan imam saya ."
Unexpected Marriage
To Be Continue
___________________
_________
YOU ARE READING
[C] Unexpected Marriage | [S1/S2]
Fanfiction" Awak ingat saya hamak sangat ke nak kahwin dengan awak ?" || Unexpected Marriage || || A Bangtan's Islamic fanfiction || Start ; 21st April 2020 End ; 31st July 2020 ©Taegi_s