U.Marriage | 05

997 130 70
                                    

Unexpected Marriage
Chapter 05
_______________
________

" Jadi kamu nak kata yang selamani , Sarah selalu dibuli ?" Soal Encik Othman sambil bercekak pinggang .

Daniel mengangguk sebelum membasahkan bibirnya . Encik Othman terus mendengus sebelum memicit dahinya .

" Kenapa kamu tak bagitahu Pak Long awal-awal ? Kalau kamu bagitahu , Pak long akan bayar peguam untuk sarah supaya tak berkahwin dengan Taehyung dalam usia muda macamni ."

Daniel terus mengeluh .

" Sebenarnya , Daniel boleh je nak keluarkan Sarah dari bilik hotel tu tapi . Waktu Daniel datang , bodyguard diorang ada , jadi Daniel tak sempat ."

Encik Othman terus mengangguk faham sebelum menepuk bahu Daniel beberapa kali dan kembali memandang lantai .

Sementara Ketujuh orang jejaka itu hanya memandang dari jauh .

" Kau rasa apa yang diorang bincang ?" Soal Seokjin sebelum memeluk tubuh , Jimin mengangkat bahunya beberapa kali dengan bibir yang termuncung .

" Aku tak sukalah lelaki tu , dia macam terlalu menunjuk yang dia lebih bagus daripada kita ." Bisik Hoseok membuatkan mereka berenam menganggukkan kepala .

" Aku rasa ayah sarah sukakan dia , entah-entah dia sebenarnya calon menantu utama ayah sarah ." Taehyung menggigit bibir mendengar bisikan rakan-rakannya yang memanaskan jiwa .

Tangannya yang tergepal penumbuk dilepaskan bersama hembusan nafas yang lembut .

Kepalanya ditolehkan memandang imam yang sibuk membaca al-quran .

" Imam ? B-boleh saya tahu solat apa yang boleh menenangkan jiwa ?" Soal Taehyung pelat . Imam tersebut tersenyum sebelum mengangguk .

" Solat Tahajjud , adalah untuk menenangkan jiwa kita . Tambah-tambah lagi jika kita ada masalah dengan pasangan kita ,"

" Kenapa ? ada apa-apa yang menganggu fikiran kamu ke Taehyung ?" Soal Imam tersebut bersama senyuman .

Taehyung mengeluh dan mengangguk ,

" S-Saya cuma terfikir , ibu dengan ayah mesti akan kecewa dengan saya ." Luah Taehyung sebelum tertunduk .

Imam tersebut tertawa kecil sebelum menarik nafasnya dalam .

" Ibu dan bapa kamu memang akan kecewa , tapi percayalah . Kalau kamu berdoa banyak-banyak dalam solat ataupun bila-bila sahaja , hati ibu dan ayah kamu tetap akan lembut ."

" Islam ini indah Taehyung , Islam ini adil . Cuma ramai yang terpesong jauh dengan hasutan Syaitan ."

" Saya doakan kamu dengan kawan-kawan kamu , supaya sentiasa hidup dengan tenang dan aman , teruskan kerjaya kamu sebagai penyanyi . Tapi jangan pula lupa tentang solat , ingat kalau kita tidak sempat kita boleh ?"

" Qada' "

Skip•••

" Lepas kahwin , Sarah kena ikut Taehyung pergi duduk Korea . Memandangkan rumah diorang dekat sana ." Ujar Encik Othman , Sarah terus mendongak .

" Tapi , Sarah boleh je kan duduk sini ? Buat apa kena ikut Taehyung—"

" Sebab dia Suami kamu , Suami dengan Isteri tak sepatutnya duduk berjauhan macam tak kenal antara satu sama lain ."

" Kamu akan bersekolah dekat sana , ikut cakap Taehyung dan jangan cuba berdegil dekat sana . Ayah dengan ibu akan cuba melawat kamu seminggu sekali ke sana ."

" Ada apa-apa soalan ?" Soal Encik Othman sebaik sahaja dia habis berbicara , Sarah menggelengkan kepalanya dengan bibir yang termuncung .

" Bagus , Mari ikut ayah kemasjid . Malamni ada ceramah ,"

Sarah sekadar mengangguk sebelum segera masuk kebiliknya dan menyarung telekung .

Kakinya dilajukan turun kebawah sebelum dia berlari dan menutup kesemua lampu dan masuk kedalam kereta .

Sesampai sahaja mereka dimasjid , Sarah terus berlari keluar ingin mengikuti Encik Othman tetapi terbantut .

" Eh Sarah !" Sarah terus menoleh sebelum tersenyum kecil dengan kening yang terangkat .

" Daniel , buat apa dekat sini ?" Soal Sarah sambil memperbetulkan kain yang berada dilengannya .

Daniel terus tersenyum sebelum menoleh kebelakang . Sarah yang perasan turut menoleh sebelum membutangkan matanya .

Tujuh orang jejaka yang datang dengan baju melayu yang tersarung begitu juga dengan songkok hitam mengejutkan sarah .

Liurnya diteguk payah sebaik sahaja dia bertembung mata dengan Taehyung . Terus sahaja dia melarikan pandangan dan memandang kearah Daniel .

" Cantik seluar kau , btw ." Sarah terus membulatkan mata mendengar ejekan daniel .

Kepalanya ditundukkan memandang seluar tidur hello kittynya yang terserlah . Terus sahaja dia menggigit bibirnya apabila telinganya menangkap tawaan kecil dari Taehyung dan rakan-rakannya .

" Tak ada apa yang lawaklah !" Jerit Sarah sebelum berlari anak masuk kedalam Masjid mengikuti jalan untuk Muslimah .

Taehyung menggigit bibir bawahnya sebelum berdehem .

" Itu ke Sarah ? Comel orangnya ." Puji Seokjin , Yang lain terus mengangguk laju membuatkan Taehyung menjungkitkan kening .

" Anak ni taknak masuk ke ? Ceramah dah nak mula ." Ketujuh-tujuh mereka terus berlari anak masuk kedalam sebaik sahaja ditegur oleh seorang pakcik tua .

Pakcik tua itu sekadar menggeleng sebelum tertawa kecil dan turut melangkah masuk kedalam masjid .

Unexpected Marriage
To Be Continue
________________
_________

[C] Unexpected Marriage | [S1/S2]Where stories live. Discover now