Unexpected Marriage
[ SEASON 2 ]
Chapter 16
-❤-5 months later .
Sarah menggigit bibirnya , Wajah anak lelakinya yang tertidur disebelah itu dipandang sambil mengusap lembut pipi gebu miliknya .
" Psst !" Sarah terus menoleh kearah tingkap yang terbuka , tawaan kecil dikeluarkan sebelum dia menghampiri tingkap tersebut .
" Awak buat apa ni ? Nak kena marah dengan opah ke ?" Soal Sarah perlahan , Taehyung menggigit bibirnya , cuba untuk mengawal perasaannya yang ingin mengucup bibir Sarah yang memerah .
" Saya rindu awak ! Anak kita mana ?" Soal Taehyung , Sarah terus menginjak sedikit . Taehyung tersenyum dengan mata yang bersinar .
" Astaghfirullahalazim ! Kim Taehyung ! Apa kamu buat dekat situ ?!" Taehyung membulatkan mata dan laju menoleh memandang Opah yang sudah bercekak pinggang tidak jauh darinya .
Taehyung dengan laju membuka langkah , melarikan diri dengan gelabah sementara Sarah sudah tergelak suka dan menggeleng .
Opah yang sudah menggantikan tempat Taehyung itu dipandang bersama senyuman lebar .
" Apa kena dengan laki kamu tu ? Kamu ni pun satu , layan jugak dia—" Bebel opah sambil menutup tingkap tersebut .
Sarah kembali membaringkan dirinya dan memejamkan mata ingin melelapkan diri .
-❤-
" Dah kenapa kau ni Taehyung , macam baru lepas kena kejar dengan babi hutan je aku tengok ." Tegur Seokjin sebaik sahaja Taehyung sampai kekebun dengan nafas yang tercungap-cungap .
Taehyung mengeluh nafas lega dan mengusap dadanya sebelum melabuhkan punggung di pondok yang berada dikebun tersebut .
" Aku pergi rumahlah tadi nak tengok Sarah , Tapi Opah kacau ." Taehyung mendengus tidak puas hati dan memuncungkan bibirnya .
Tawaan Atuk mulai kedengaran , Taehyung mendongak memandang Atuk yang sudah membuka kasut boot nya .
" Biasalah Taehyung , Perumpuan bila dalam pantang memang tak dibenarkan berjumpa dengan Suami . Tambah-tambah pula bila opah kamu yang jaga , memang bersungguh dia jaganya ." Taehyung membasahkan bibirnya .
" Tapi kenapa tak boleh jumpa ? Taehyung dah lama rindu Sarah ni !" Rengek Taehyung , Atuk tergelak geli hati .
" Entahlah , Yang atuk tahu kalau berjumpa tu dah kira melanggar pantang , takpe jom ikut atuk ambil makanan dekat rumah harini hari cheat day ." Ajak atuk sebelum mengenyitkan sebelah matanya . Taehyung tersenyum suka sebelum dengan laju berlari mengikuti langkah Atuk .
Kakinya dilangkah naik keatas motor bersama senyuman lebar yang tidak hilang dari wajahnya .
Sebaik sahaja tiba dirumah , Taehyung menyorok-nyorok masuk kedalam rumah dibelakang badan Atuk .
Tengkuknya dipanjangkan untuk memandang keruang tamu , Sarah yang tertidur bersama anaknya dipandang dengan pipi yang memerah .
" Ehem !" Taehyung tersentak sebelum menoleh dan tersengih kearah opah .
" Hai Opah , Lama tak jumpa hehe ." Opah sekadar menggeleng sebelum menghulurkan mangkuk tingkat besar itu pada Taehyung .
" Kawal sikit nafsu kamu Taehyung , dah tak lama je nanti dah habis pantang tu bergolek lah sampai jatuh katil pun tak apa ." Tegur Opah , Hidung Taehyung yang terkembang-kempis itu dipandang sebelum dia tergelak kecil .
" Sudah ! Pergi balik kebun !" Taehyung menghincutkan bahunya terkejut dan memuncungkan bibir .
Tubuhnya yang mula ditolak oleh Opah membuatkan dia seperti hendak menangis sahaja disitu .
" Sarah ! Sayang cepat sikit habis pantangnya ya ! Saya rindu awak ! Aik aah !" Taehyung merintih sakit dan mengusap kepalanya yang dipukul manja oleh Opah .
" Shh ! Dah pergi balik !" Taehyung mencebikkan bibirnya dengan mata yang mulai berair .
Mangkuk tingkat tersebut dihentaknya kasar pada raga motor membuatkan Atuk menjegilkan matanya terkejut .
Taehyung yang sudah berlari dengan wajah yang ditekup dengan kedua tangan dipandang tidak percaya .
Opah tergelak kecil dan bersandar pada pintu .
" Pergilah ambil dia , tadi dah puas larikan diri dari saya ."
TBC_
YOU ARE READING
[C] Unexpected Marriage | [S1/S2]
Fanfiction" Awak ingat saya hamak sangat ke nak kahwin dengan awak ?" || Unexpected Marriage || || A Bangtan's Islamic fanfiction || Start ; 21st April 2020 End ; 31st July 2020 ©Taegi_s