Unexpected Marriage
[ SEASON 2 ]
Chapter 15
-❤-" Ermmh—Ahh ." Taehyung merengek kecil sambil sibuk meronta-ronta ingin dilepaskan . Tangannya yang dipegang kuat oleh Jungkook dan Seokjin itu membuatkan dia menjeling kedua lelaki itu tajam .
" S-Sakit !" Jerit Taehyung , matanya terpejam dengan kepala yang terdongak menunjukkan buah halkumnya yang bergerak-gerak . Seksi bodo .
" L-lepas !" Jerit Taehyung , Matanya bertembung dengan Ustaz Adam yang memandangnya tenang dengan mulut yang terkumat kamit .
" Taehyung , Saya nak awak ikut apa yang saya cakap ya ?" Pinta Ustaz Adam tenang , lelaki itu tidak menjawab malah hanya berdiam diri .
Ayat kursi dibaca satu-persatu dan diikuti tenang oleh Taehyung , tangannya yang tadi mengeras itu sudah perlahan lemah .
Pandangan matanya yang tajam menusuk juga kini sudah melembut . Taehyung tersandar lemah pada kerusi tersebut .
Ustaz adam terus menghulurkan botol air zam-zam tersebut pada Taehyung . Taehyung menyambut nak meneguk .
Tekaknya yang tiba-tiba mengembang itu membuatkan dia memuntahkan segala isi .
Bibirnya dikesat kasar sebelum dia jatuh terjelopok diatas lantai , Ustaz adam memandang muntah darah milik Taehyung .
" Taehyung , minum lagi air tu ." Arah Ustaz Adam , Taehyung akur dan meneguk kasar air tersebut sehingga habis .
Botol air tersebut digenggamnya sebelum perutnya yang terasa sakit itu dicengkam .
Keningnya berkerut sebelum dia kembali memuntahkan isi dan kembali terbaring lemah diatas lantai .
Ustaz Adam mengangguk memandang lintah-lintah yang bergerak didalam bekas muntah milik Taehyung .
Jungkook terus menghampiri Taehyung dan mengangkat badan lelaki itu supaya bersandar pada dinding .
Tisu diambil lalu bibir Taehyung yang berdarah itu dilapnya . Taehyung bernafas berat , dadanya berombak .
" Balik nanti , Saya nak kamu semburkan air zam-zam ni dekat setiap pelosok rumah kamu . Bersihkan rumah kamu , solat jangan tinggal ." Taehyung mengangguk akur .
" Sudah , kamu boleh balik ." Mereka mengangguk , Jungkook memapah Taehyung sehingga kedalam kereta dan melabuhkan punggung disebelahnya .
" Kita nak pergi mana ni ?" Soal Namjoon , Yoongi mengeluh sebelum menyebak rambutnya .
" Aku takde pulak book hotel , Jadi kita bermalaman dekat rumah Opah jelah ." Mereka mengangguk setuju , Yoongi terus memulakan perjalanannya .
Sebaik sahaja mereka sampai , pintu diketuk laju oleh Seokjin .
" Opah ! Seokjin lapar ! Nak makan !" Jerit Seokjin sebaik sahaja Opah membuka pintu , Opah tersenyum sebelum mempelawa mereka masuk .
Taehyung yang berada dibelakang sekali dipandang sebelum menekup mulutnya , Taehyung tersenyum pahit dengan mata yang bergetar .
Kakinya dilangkah menghampiri Opah lalu tubuh Wanita itu dipeluk erat dan melepaskan tangisannya .
Opah memejamkan mata dan membalas pelukan Taehyung , belakang badan lelaki itu ditepuk-tepuk .
" Jangan sedih , yang penting kamu dah sembuh ." Pujuk Opah , Taehyung membasahkan bibirnya .
" T-Taehyung hampir bunuh Sarah dengan Anak Taehyung sendiri opah ."
-❤-
" Buat apa kau datang sini ? Dah tak ada guna kau datang sini , Anak buah aku dah tak sukakan lelaki yang dah suci ." Cakap pakcik itu tanpa memandang Gadis dihadapannya yang tidak senang duduk .
" Kau kata dia akan bercerai dan datang pada aku ! Kenapa kau perlu menipu ?! Dasar orang tua gilakan duit !" Tempik Gadis itu dan memeluk tubuhnya .
Pakcik tua itu berdecit sebelum mendongak dan menjeling tajam kearahnya .
" Aku cuma arahkan benda yang betul untuk Anak buah aku , lepastu apa yang dia nak buat dia buat . Tapi kau kena tahu , Anak buah aku pun boleh jatuh cinta dengan manusia ."
Gadis itu menggulingkan biji matanya menyampah sebelum beg tangannya diambil dan berlari keluar dari situ dengan kaki yang terhentak geram .
Pakcik tua itu berdecit lalu bersiul seram , senyuman sinis diukir memandang 'Anak Buahnya' yang berada diatas syiling .
" She's all yours ."
TBC_
YOU ARE READING
[C] Unexpected Marriage | [S1/S2]
Fanfiction" Awak ingat saya hamak sangat ke nak kahwin dengan awak ?" || Unexpected Marriage || || A Bangtan's Islamic fanfiction || Start ; 21st April 2020 End ; 31st July 2020 ©Taegi_s